10 Jenis Makanan Atasi Kadar Kolesterol Dalam Badan  | Tak kira berapa usia, kita yang pentingkan kesihatan akan sentiasa bimbang dengan kadar kolesterol dalam badan yang menjurus pada masalah jantung. 

Apa Itu Kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’. 

Atasi Kolestrol
10 Jenis Makanan Atasi Kadar Kolesterol Dalam Badan 
sumber: Google

Selain daripada orang dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami kadar kolesterol tinggi (hiperkolesterolmia). Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila mereka dewasa.

Tiga sebab kanak-kanak mempunyai kolesterol tinggi:

  • Keturunan
  • Diet
  • Obesiti

Perlu diketahui yang kolesterol penting bagi tubuh untuk menghasilkan:

  • Sel-sel membran
  • Hempedu
  • Sesetengah hormon
  • Vitamin D


Bacaan kadar kolesterol pada mg/dL 

(miligram untuk setiap desiliter):

  • Baik – 170 ke bawah
  • Pertengahan – 170 – 199
  • Tinggi – 200 ke atas


10 Jenis Makanan Atasi Kadar Kolesterol Dalam Badan 

Kadar kolesterol boleh berubah-ubah mengikut gaya hidup dan pemakanan. Anda boleh meningkatkan kadar kolesterol baik (LDL) and mengurangkan kadar kolesterol buruk (HDL) dengan cara berikut:

  • Mengelakkan makanan lemak trans - Kentang goreng memang enak tetapi mempunyai asid lemak trans yang tinggi. Begitu juga marjerin dan snek-snek. 
  • Menghadkan pengambilan makanan lemak tepu - Lemak tepu paling tinggi datang daripada haiwan dan makanan berasaskan haiwan seperti mentega, susu penuh krim, keju, mayonis, lemak daging dan sebagainya. 
  • Meningkatkan pengambilan serat terutamanya serat larut - Serat larut mampu mengurangkan serapan kolesterol di dalam darah. Serat larut boleh didapati daripada makanan seperti oats dan kekacang, dan buah-buahan seperti epal dan pear. 
  • Bersenam - Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, dan berlari adalah bagus untuk kesihatan jantung. Cuba bersenam selama 30 minit, lima kali seminggu. 
  • Berhenti merokok - Kesan daripada menghentikan tabiat merokok adalah hampir serta-merta. Dalam masa 20 minit anda berhenti merokok, tekanan darah dan kadar jantung anda akan turun. 
  • Mengurangkan pengambilan alkohol - Pengambilan alkohol dikaitkan dengan kadar HDL yang tinggi. Bagi wanita di semua peringkat umur dan lelaki berusia 65 tahun ke atas, disarankan hanya satu gelas alkohol sehari. Bagi lelaki berusia 65 tahun ke bawah pula, mereka boleh mengambil dua gelas alkohol sehari.  

Kolesterol adalah lemak lipid sterol yang bergerak melalui saluran darah dan boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama, iaitu:

  • Kolesterol baik merujuk kepada lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)
  • Kolesterol jahat dikenali sebagai lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)

Kolesterol baik atau HDL, membantu menyingkirkan kolesterol daripada tubuh melalui hati. Tahap kolesterol HDL yang tinggi dapat mengurangkan risiko masalah jantung dan strok. Kolesterol LDL disebabkan pengumpulan lemak pada saluran darah, seterusnya menyekat aliran darah dan menyebabkan serangan jantung atau strok. 

Ada ke makanan turunkan kolesterol?

Ya, terdapat banyak makanan bagi turunkan kolesterol untuk dijadikan amalan setiap hari.

Diet pemakanan seseorang sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol individu.

Pengambilan makanan yang dapat menjaga tahap keseimbangan kolesterol boleh membantu mencegah masalah kesihatan, termasuklah serangan jantung atau angin ahmar.


Dalam 10 makanan buat turun kolesterol ini ada yang anda tidak suka tapi kena mulakan selera untuk suka kerana makanan ini dapat mengurangkan faktor risiko lain yang menyumbang kepada penyakit jantung.

10 Jenis Makanan Atasi Kadar Kolesterol Dalam Badan
sumber : Google 

1. Terung

Terung mengandungi serat makanan yang tinggi dan merupakan antara jenis makanan turunkan kolesterol. Serat yang terdapat di dalam terung membantu meningkatkan kadar kolesterol darah. Ia juga mengurangkan risiko daripada mendapat:


2. Epal

Pengambilan 2 biji epal sehari dipercayai dapat mengurangkan kadar kedua-dua jenis kolesterol. Amalan ini juga menurunkan kadar trigliserida – sejenis lemak dalam darah.

Epal juga mengandungi sebatian yang disebut polifenol, yang dikatakan memberi kesan positif pada kadar kolesterol.


3. Ikan berlemak 

Ikan berlemak seperti salmon dan ikan tenggiri adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik. Omega-3 dapat memperbaiki kesihatan jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan risiko keradangan dan strok.

Manfaat pelindung jantung juga boleh diperolehi daripada ikan melalui sebatian peptida yang terdapat dalam protein ikan.


Baca juga: Kebaikan Daun Belalai Gajah untuk kesihatan


4. Buah-buahan

Buah adalah makanan turunkan kolesterol yang baik untuk ditambah dalam diet pemakanan jantung sihat.

Terdapat pelbagai jenis buah tinggi dengan serat larut – yang membantu menurunkan kadar kolesterol.

Buah juga mengandungi sebatian bioaktif yang membantu mencegah penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik lain kerana kesan antioksidan dan antiradangnya.


5. Kekacang

Kekacang adalah sumber lemak tak tepu yang baik dan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL.

Makanan turunkan kolesterol ini kaya serat dan dapat mengawal penyerapan kolesterol oleh tubuh dan meningkatkan proses penyingkirannya.

Antara jenis kekacang yang sesuai untuk diet sihat dan mengurangkan kolesterol adalah:

  • Kacang badam
  • Walnut
  • Pistachio
  • Pecan
  • Kacang hazel
  • Gajus


6. Coklat gelap

Koko yang terdapat dalam coklat gelap, mengandungi flavanoid – sebatian dalam kebanyakan jenis buah-buahan dan sayuran.

Sifat antioksidan dan antiradang yang terkandung di dalamnya dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.

Mereka yang ada masalah kolesterol tinggi disarankan untuk mengambil sebarang produk coklat gelap secara sederhana kerana kebanyakannya tinggi kandungan lemak tepu dan gula.


7. Teh hijau

Kandungan antioksidan yang dikenali sebagai catechin dalam teh tertentu, seperti teh hijau, sangat bermanfaat kepada kesihatan.

Pengambilan teh hijau dipercayai dapat meningkatkan tahap kolesterol secara signifikan, mengurangkan tahap kolesterol total dan LDL tanpa menurunkan tahap kolesterol HDL.


8. Sayuran berdaun gelap

Secara amnya, semua sayuran adalah baik untuk jantung. Pun begitu, sayuran berdaun gelap sangat bermanfaat dan menjadi antara jenis makanan turunkan kolesterol.

Antara jenis sayuran berdaun gelap seperti bayam dan kangkung, mengandungi lutein dan karotenoid – yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung lebih rendah.

Sayuran jenis ini juga membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikat asid hempedu dan menjadikan tubuh menyingkirkan lebih banyak kolesterol.


9. Minyak zaitun

Extra virgin olive oil (EVOO) yang sering digunakan sebagai minyak masak adalah antara 10 jenis makanan penurun kolesterol dan baik untuk jantung.

Kandungan lemak tak tepu mono (monounsaturated fat) yang terdapat dalam minyak zaitun ini membantu mengurangkan kadar LDL.

EVOO ini juga mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang sangat bermanfaat untuk keseluruhan kesihatan kardiovaskular.


10. Bendi 

Kandungan seakan gel di dalam bendi yang disebut sebagai mucilage dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikatnya semasa proses pencernaan. Ia membantu menyingkirkan kolesterol melalui najis.


Kesimpulan

Memastikan kadar kolesterol seimbang dalam badan penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagi memastikan kadar kolesterol anda berada di tahap normal, lakukan pemeriksaan kadar kolesterol secara rutin.

Bagi individu berusia 20 tahun ke atas, adalah disarankan untuk melakukan pemeriksaan kadar kolesterol setiap lima tahun. Namun, jika anda berisiko tinggi, anda perlu membuat pemeriksaan yang lebih kerap.