Assalammualaikum, selamat tahun baru buat rakan dan pembaca budiman. Ketika catatan ini dicoretkan hari sudah lewat malam yang terasa sejuknya kerana hujan turun di bumi Wangsa Maju tanpa henti sejak lewat pagi tadi. Mentari pagi yang mengorak langit sewaktu dalam perjalanan ke Pasar Datuk Keramat cukup membuat umi tersenyum, "Alhamdulillah, cuaca pasti terang,  bisik hati dan begitu  spontan melafazkan pada DH yang disebelah.




Tahun Baru Hari Baru 

Namun hujan turun tanpa henti, tidak lebat tapi berterusan  dan sesekali reda.  Bagi umi, hujan adalah rahmat yang menyejukkan hari tapi sejak peristiwa banjir besar di Selangor, Negeri Sembilan dan beberapa daerah lain cukup membuat hati risau buat mereka. Moga mereka tabah dan sabar atas ujian yang pastinya ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa. InsyAllah.


Visi & Misi

visi dan misi diri masih sama setiap hari masih sentiasa cuba memperbaiki diri, tutur kata dan sifat diri, melangsaikan apa yang patut, melangkah setiap hari dan sentiasa berusaha untuk terus istiqomah, diberkati dan sentiasa didalam rahmatNya.


2021 yang ditinggalkan

memang banyak kenangan manis dan tak kurang ada tangis, yang nyata dan yang tersembunyi disimpan rapi sebagai pemangkin diri.

Pencapaian tahun 2021 walau tidak sehebat mana dan tidak segah mereka yang cukup dikenali dalam bidang sebagai penulis siluman atau penulis upahan, umi catatkan sedikit buat kenangan.

  • Menulis sebagai penulis upahan antara kerjaya yang indah selain mencatat kenangan di blog peribadi www.iamfuzy.com dan berkongsi resepi di www.dapursweetsourleyra.com. 
  • Menulis di blog klien untuk niche teknologi, kesihatan dan kekeluargaan
  • Bekerja sebagai Pengurus Media Sosial untuk niche teknologi dan kesihatan
  • Pengalaman sebagai transkriptor 
  • Menyertai program affiliate tapi berharap dapat fokus pada 2022
  • Pengalaman disahkan positif covid-19


Dalam hidup kita perlu berkawan dan sebaik-baiknya dapat berkawan dengan mereka yang ikhlas dan tiada iri serta sudi berkongsi.

Tahun 2020, aktiviti 'me time' dengan sahabat sekolah APGS terbantut akibat Covid19 dan 2021 peluang agak cerah untuk kami bertemu lagi dan lagi dan lagi. Sungguh indah ukhuwah walau sebahagian mereka bukanlah sahabat akrab kerana berbeza aliran dan kelas. Maklumlah kategori mak-mak dah pencen yang dah bermenantu dan bercucu, sering pula ada pertemuan dari makan pagi hingga ke tengahhari hingga ke petang.


Kenalan dalam KA Academy

Antara yang menarik pastinya mengenali ramai rakan positif di KA Academy disamping menambah ilmu antara coretan manis dan melihat serta membaca cerita positif mereka yang cukup memberi inspirasi. Moga ukhuwah kami berpanjangan.

Semoga hubungan kita sesama ahli keluarga terus baik dan semoga kita juga terus baik-baik dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik. 


Quote Untuk Diri

The road to SUCCESS is never straight.

There is a curb called FAILURE,

a Loop called CONFUSION;

Red Lights called ENEMIES;

Caution Lights called FAMILY;

Speed bumps called FRIENDS &

Flat tyres called JOBS;

However, if you have a spare tyre called DETERMINATION;

an ENGINE called PERSEVERANCE;

an insurance called FAITH,

you will make it to a place called SUCCESS!!