Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat | Dah berapa lama dah berhasrat nak masak nasi briyani tapi asyik tak kesampaian, samada bahan tak cukup atau sebab korum tak cukup. Tapi sebenarnya nak memasak nasi briyani ni kena tunggu DH outstation sebab dia tak gemar nasi briyani. Kalau pergi kenduri kahwin, dia cari nasi putih jugak.

Tempohhari sewaktu shopping barangan kering, terus saya ambil sepaket rempah nasi briyani Adabi sebab ada pek kecil. Kalau rempah nasi briyani Faiza pula pek besar, jenuh pulak nak kena buat banyak kali kan.

Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat
Raita, Ayam Masak Merah, Acar Buah, Nasi Briyani


Kalau makan nasi briyani kat kenduri, saya pasti akan ambil dalca, acar mentah dan daging masak hitam berbanding ayam tapi sebab kat rumah stok daging dah habis, jadi saya masak Ayam Masak Merah dan papadom. Kalau tak de papadom, memang tak lengkap nasi briyani. Mujur ada acar buah yang kekanda sulung buatkan. 

Kalau Allahyarham abah, dia cukup menggemari nasi briyani dengan nasi masak hitam atau daging masak kurma. Al maklumlah ada darah mamak sebab tu kalau offer nasi briyani, abah jarang tolak.


Saya pernah menulis resepi nasi briyani cukup ringkas menggunakan rempah Hexa yang cukup mudah dan senang bagi ibu-ibu yang bekerja sediakan.

Jom tengok dan sila la mencuba resepi nasi briyani tukang masak amatur ni tapi stok papadom tak de. 


Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat

Resepi Nasi Briyani 

Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat


Bahan-bahan

4 cawan beras basmathi atau campur beras biasa atau beras biasa

Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)

3 sudu besar rempah beriani Adabi, campur dengan sedikit air 

1/2 cawan susu cair 

1 biji bawang besar. dihiris

3 ulas bawang putih, dihiris

1 inci halia, dihiris 

2 helai daun pandan, dikerat pendek

kiub pati ayam 

Sedikit minyak sapi

Sedikit garam 

Air secukupnya 

100 gm kismis

100 gm gajus, disagai

pewarna kuning

1 ikat daun ketumbar


Bahan hiasan 

Daun bawang

Daun sup

Bawang goreng


Cara membuatnya

  • Beras dibasuh dan direndam dalam 30 minit, kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu  dan masukkan rempah 4 sekawan, daun pandan dan pes rempah briyani. Tambah sedikit air (supaya rempah briyani dimasak dengan sempurna)
Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat

  • Bila rempah nampak dah masak, masukkan susu cair dan tambah air secukupnya. 
  • Masukkan daun ketumbar, garam dan kiub pati ayam. Bila dah mengelegak, tutup api dan tuangkan ke dalam periuk nasi berisi nasi tadi. Kacau supaya rempah mesra dengan beras dan tutup periuk.
  • Bila nasi dah masak, taburkan gajus serta kismis dan titiskan pewarna kuning sikit (kalau suka) dan tutup periuk.

Nota : daun pandan tidak disimpul tapi dikerat pendek supaya nasi tidak melekat pada simpulan dan berlakunya pembaziran beras/nasi.


Resipi Ayam Masak Merah

Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam – digoreng dulu 

Bawang goreng secukupnya 

Daun bawang dan daun sup sebagai hiasan 


bahan tumis

1 inci halia *

2 labu bawang besar *

4 ulas bawang putih  *

2 cawan cili kering, di kisar 

3 sudu besar sos cili 

2 sudu besar sos tiram 

1 cawan air 

Garam dan gula 


Cara membuatnya

  • Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan digoreng.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda *. Bila dah garing, masukkan cili kisar. 
  • Kacau sebati hingga garing dan naik minyak, kemudian masukkn sos cili dan sos tiram dan secawan air. 
  • Perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  • Bila dah mendidih, masukkan ayam yang digoreng, kacau dan biarkan ianya mesra. 
  • Taburkan dengan daun bawang ketika dihidang


Nota : kalau ada yang suka boleh tumis rempah 3 sekawan sebelum menumis bahan tumisan dan memasukkan serai serta daun limau purut. Terpulang ikut kesukaan masing-masing ketika memasak.


Resepi Raita (Indian Salad)

Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat


Bahan-bahan

1 biji lobak merah, dipotong dadu

1 biji timun

1 biji tomato

2 biji cili merah

2 biji cili hijau

3 tangkai cili api (kalau suka pedas)

2 labu bawang besar / 3 ulas bawang merah

daun ketumbar, dicincang

1 mangkuk plain yogurt

Garam secukup rasa


Cara membuatnya:

  • Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan dalam 30 minit sebelum dimakan
  • Boleh hidangkan bersama nasi briyani atau masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di makan.


Resepi Dalca Daging

Resepi Nasi Briyani Rempah Adabi Sedap Mudah Dan Cepat


Bahan-bahan

300 gm daging lembu batang pinang, dipotong kecil

1 peket rempah kari daging 

4 cawan santan 

1 biji terung bulat 

1 biji terung panjang

4 biji ubi kentang 

1 biji carrot 

3 batang kacang panjang

2 tangkai cili merah

100 grm kacang dal 


Bahan tumisan

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm halia

3 cm kayu manis 

3 biji bunga lawang 

1 biji bunga cengkih 

3 biji buah pelaga 

1 peket serbuk kari daging 

Garam secukup rasa 


Cara membuatnya: 

  • Rebus kacang dal hingga empuk dan ditoskan. Simpan air rebusan kacang untuk dicampurkan dalam kuah dalca nanti
  • Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. 
  • Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai, dibasuh dan ditoskan. 
  • Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga. Kacau sampai naik wangi dan masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau biar sebati dan dimasak hingga pecah minyak. 
  • Masukan daging, kacau dan biarkan mesra dengan rempah seketika, kemudian masukkan air rebusan kacang dal. Masak hingga daging nampak empuk, masukkan santan. Kacau dan biarkan daging mesra dengan kuah.
  • Masukkan ubi kentang, masak hingga empuk dan kemudian masukkan lobak merah, diikuti dengan kacang dal, terung bulat, terung panjang, kacang panjang dan cili merah dan masak hingga kesemuanya nampak layu. 
  • Tutup api dapur dan perasankan dengan garam secukupnya. Siap


Selamat mencuba.