Tawaran Hebat LuLu Hypermarket Sempena Tahun Baru Cina | Tau tak yang sekarang ni tengah ada promosi tawaran hebat bersempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi. Jadi baru-baru ini saya pun sempat terjah kat Lulu Hypermakat kat Menara Capsquare KL. Memang buntang mata tau!


Promosi Tawaran Hebat Tahun Baru Cina Lulu Hypermarket sehingga 2 Februari 2022 telah bermula sejak 17 Januari 2022 ini, bukan hanya kat Menara Capsquare KL, LuLu Hypermarket turut menawarkan tawaran hebat ni di ke semua cawangan LuLu Hypermarket seperti di  1 Shamelin, Setia City Mall dan  kat Lulu Grocer di Amerin Mall. 



Jadi, masih banyak masa lagi untuk anda terjah kat mana-mana cawangan LuLu Hypermarket untuk nikmati diskaun dan harga menarik bagi pelbagai barangan yang ada kat sana.


Tawaran Hebat Tahun Baru Cina LuLu Hypermarket Sehingga 2 Februari 2022

Kalau nak sambut raya tu, pakaian dan kasut tu satu kemestian. Apatah lagi tahun ni pasti ramai yang nak sambut perayaan dengan lebih gembira tidak seperti tahun-tahun yang lalu.


Kalau Tahun Baru Cina warna merah tu tanda 'ONG' jadi memang tak sah kalau tak pakaian persalinan berwarna merah yang menggambarkan kemeriahan dan rasa ceria tahun baru kan.







Memang syok betul tengok kasut, handbag yang boleh dipadankan dengan pakaian semasa menyambut Gong Xi Fa Chai nanti.


Kemudian kita ke bahagian Lulu Celebrate yang menempatkan pelbagai pilihan sari dan churidar yang tersusun kemas tu. 




Mungkin ada  yang nak membuat kelainan pada sambutan Tahun Baru Cina tahun Harimau ni dengan gaya ala Bollywood. Pasti meriah raya tahun ni! 

Kalau badan dah tersarung pakaian cantik, rumah kenalah juga dihias. Kat sini ada pelbagai barangan untuk dekorasi rumah dengan potongan harga 50%. 


Bahagian Kelengkapan Dapur

Kalau mak-mak macam saya ni bila masuk bahagian kelengkapan dapur memang tetiba rasa pekakas dalam dapur tu tak cukup. Mana tidaknya, pelbagai periuk, kuali, pinggan mangkuk, air fryer  kena ada seperti pinggan mangkuk, periuk belanga yang anda boleh dapatkan di tingkat 




Bahagian Barangan Elektrik Dan Elektronik

Terdapat banyak tawaran hebat lagi menarik kat bahagian ni yang jadi bahagian kegemaran saya kalau berkunjung ke LuLu Hypermarket ni.






Tetiba rasa tv kat rumah tu kecil, dah lama apatah lagi harga yang ditawarkan tu memang hebat. Selain TV, peti ais, periuk nasi, airfryer, laptop, telefon bimbit dan banyak lagi barangan elektrik dan elektronik yang ditawar dengan harga hebat.

Bayangkan kalau harga TV Samsung 65" 4K Ultra HD TV hanya RM3,399 (harga asal RM4599), Philips Air Fryer Digital RM449 (harga asal RM799), Sharp Ketuhar Mikro 20L RM219 (harga asal RM329). Tu baru sikit yang saya kongsikan, ada banyak lagi yang akan buat anda pasti akan bawa balik barangan elektrik atau elektronik dari sini.


Bahagian Makanan Kering Dan Basah

Kalau LuLu Hypermarket ni buat promosi tawaran hebat memang anda kena datang dan shopping kat sini sebabnya harga yang ditawarkan tu memang harga runtuh. Hampir semua barangang keperluan seharian di  LuLu Hypermarket dan barangan dapur memang berpatutan harganya.  Memang cukup berbaloi dan mujur ada LuLu Hypermarket untuk kita berbelanja dengan lebih berhemah dan berjimat










Jangan lupa singgah kat bahagian bakeri di LuLu Hypermarket ni, memang saya tak pernah ketinggalan singgah sebab sukakan pelbagai pastri yang dijual dan memang tak sah kalau tak bawa balik beberapa pai cendawan, pai rendang ayam, tart telur dan muffin.


Penat berjalan sambil pilih memilih barangan tu, perut pun berkeroncong minta diisi, jadi saya dan anak-anak makan nasi briyani dan chai tea. Selain nasi briyani, terdapat nasi berlauk, pasta, ayam bakar yang boleh dimakan atau bungkus bawa balik. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan sedap.


Baca je pun pasti ramai yang teruja apatah lagi kalau ada kat LuLu Hypermarket yang terdekat dengan anda atau pilih yang jauh pun ok sebab diskaun yang berbaloi-baloi ini boleh didapati kat kesemua cawangan Lulu Hypermarket samada di Menara Capsquare KL, 1 Shamelin Setia City Mall dan cawangan terkini di  Lulu Grocer di Amerin Mall yang luasnya  31,000 kaki persegi dengan konsep kedai terbaru.


Barangan di LuLu Hypermarket boleh dibeli secara online di https://www.luluhypermarket.com/ dari 17 Januari sehingga 6 Februari 2022. 


PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian bernilai minima RM150. Promosi tawaran hebat Tahun Baru Cina Lulu Hypermarket memang hebat. 


Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke LuLu Hypermarket sebelum tawaran hebat berakhir pada 2 Februari 2022.