Kami Dating Untuk Breakfast Lagi | Kami dating lagi! Mentang-mentang ofis dia dah dekat sekarang ni kan.


Semalam DH cakap esok kalau nak breakfast sama-sama, tunggu dia lepas saya hantar cik Meya kat tempat letak kereta dan boleh dia bawa ke kedai yang dia sering pergi untuk sarapan. Rasa malas pun ada sebab selalunya lepas hantar Cik Meya, saya terus balik rumah dan tengok blog atau layan Neflix sebelum masuk dapur untuk memasak.


Seperti kebiasaan, saya memakai seluar tidur je untuk hantar Cik Meya tu sebab bukan perlu keluar kereta tapi pagi tadi terasa nak berpakaian luar kebiasaan..hehe. Pakai jeans dan proper la sebab terfikir mungkin kalau terserempak DH boleh la join breakfast walau rasa mungkin tak join kot.



Kami jarang bertembung, sebab saya akan sampai lebih awal dan DH dari Sg Buloh akan sampai lewat dalam 5 - 10 minit ke pejabat. Tapi tadi, selepas Cik Meya turun je, terus nampak DH yang baru sampai dan dia ajak sekali. Mulut kat jom. Ehh dating lagi dengan suami sendiri kan.


Kami singgah kat kedai makan tepi jalan dan terus order untuk 2 roti canai Melayu, DH ambil kuih seri muka dan kuih lepat pisang dan secawan nescafe o untuk saya dan teh tarik untuk DH. Rasa roti canai biasa-biasa ala kampung dan kuah dal letak cili secoet yang juga biasa-biasa. Buat lapik perut kata orang kan.


So, kereta pun diparkir elok dan there we go on ADV lagi. Destinasinya kedai makan kat Kampung Kemensah. 


Baca sini : First Ride Tahun 2022 kami ke Kuala Kubu Baru untuk sarapan


Jangan tak tahu, sini pun antara kenangan kami dulu-dulu waktu muda remaja dan pernah bawa anak berkelah di sungai kat sini.





Semestinya bila nampak view cantik, kami akan stop untuk simpanan. Sunyi, tenang dan sejuk. Kalau duduk sini mau bertambah gebu saya ni yang sedia gebu ni.

Nanti ada masa nak edit video dan kongsi kat channel youtube. Video ride pertama pun tak siap-siap lagi..alahaiii


Mungkin ramai anak muda tak kenal siapa Sofea Jane ni sampai nama air terjun yang asalnya Air Terjun Kubang Gajah ni dinamakan atas nama beliau. Pelakon cantik kacukan Inggeris Melayu ni dikenali sejak membintangi filem Harry Boy yang kontroversi, Kekasih Awal Dan Akhir dan filem kontroversi Perempuan, Isteri Dan dot dot do tahun 1993.

DH pernah ke Air Terjun Sofea Jane ni dulu dengan Azlan, senior KKM dengan berbasikal dalam 30 minit katanya. Tu cerita beberapa tahun sudah waktu Azlan masih sihat tapi kini dia sendiri tak nak kawan-kawan datang melawat walhal kami agak close dengan dia sekeluarga. Semoga dia baik-baik hendaknya.

Seronoknya sepanjang perjalanan tu kita boleh tengok air sungai mengali di kiri dan kanan dan semak samun pun ada. Kalau lalu kat sini kena berhati-hati sebab jalannya sempit dan berlubang.

Kat sini juga ada chalet Rimba Jinbara tapi tak pula nampak chalet tu, mungkin dah bertukar nama atau kami tak perasan sebab tujuan kami hanya nak layan pemandangan jer. Banyak juga chalet lain di sepanjang perjalanan dan anda dinasihatkan berhati-hati ketika memandu kerana jalannya sedikit kecil dan berlubang.




Kalau sesiapa nak naik ATV boleh le singgah sini. Memang banyak kenderaan ATV bersusun waktu kami lalu pagi tadi.




Sempat juga kami singgah bukan untuk makan tapi untuk ambil gambar je. Rindunya nak makan kat sini tapi nak kena tunggu anak-anak semua free baru best makan dalam sungai ni.



Jalan mati. Kami sampai di penghujung jalan iaitu Kem Ghafar Baba, kem untuk ahli-ahli politik dan namanya yang diambil sempena menghormati jasa Almarhum Tun Abdul Ghafar Baba kepada Malaysia katanya tidak akan ditukar.


Next ride, tu tak pasti bila la pulak tapi DH tu memang jarang nak buat planning nak-nak pula di usia hampir pencen ni kan.