Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

by - May 30, 2020

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya |Tiada siapa yang mahu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Baik orang muda seawal pertengahan 20an apatah lagi yang sudah menjangkau 40an, 50an memang bimbang bila acapkali dipanggil kakak atau makcik oleh tuan kedai.  Kalau dipanggil sebegitu ada yang dengan lancang membalas balik "eh, sejak bila saya kahwin dengan pakcik awak" tapi ramai juga yang lebih suka mendiamkan diri tapi bila sampai ke rumah, terus terjah ke cermin, mencari bahagian mana yang kedut, bahagian mana yang nampak macam makcik-makcik kan.  Panggilan sebegitu tidak salah tapi alangkah baiknya sekiranya peniaga atau mereka yang tidak mengenali kita tu lebih berhemah dengan memanggil pelanggan wanita tak kira usia sebagai cik atau puan ataupun cikpuan, bukan dipanggil atas penampilan sebab kita nampak kaya dan bergaya tapi itulah panggilan tanda hormat.  Bagi pelanggan lelaki sebaiknya dipanggil encik atau tuan bukan abang atau pakcik melainkan si pelanggan minta dipanggil sebaliknya.  Alamak panjang pulak ngomelan walhal nak bagi  info elakkan kelihatan berusia sebelum waktu untuk kita tengok balik yang boleh dijadikan panduan.

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

Sedar atau tidak ada beberapa perkara yang anda lakukan tanpa sedar boleh menyebabkan anda kelihatan lebih berusia. Cuba lihat dan kenali 10 perkara penyebab kelihatan berusia sebelum waktunya dan kemungkinan kita boleh mengubahnya tapi perkara ke 3 dan 9 tu mungkin ramai yang tak setuju dan tidak lojik, apa pun elakkan apa yang tidak perlu dan perbaiki apa yang perlu.

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

1. Duduk Melebihi Lapan Jam Sehari
Mungkin ramai yang dudul melebihi lapan jam tanpa senaman, terutama mereka yang bekerja mengadap komputer atau kerja yang perlukan pemerhatian dan secara biologinya lapan tahun lebih tua daripada usia sebenar. Para penyelidik menentukan bahawa ini berkaitan dengan DNA. Duduk yang berpanjangan dapat memendekkan kromosom dan ini boleh menyebabkan beberapa penyakit. Oleh itu, para penyelidik mengesyorkan untuk bersenam selama 30 minit setiap hari dan bangun daripada duduk setiap 30 minit.


2. Makan Terlalu Banyak Daging
Pola makanan yang tidak betul boleh mengurangkan kadar kolagen pada kulit kerana tidak menyukai buah-buahan apatah lagi sayuran yang mengandungi kandungan anti-oksida. Satu kajian yang telah dijalankan di luar negara menunjukkan makan terlalu banyak daging merah dan terlalu sedikit buahan dan sayuran boleh meningkatkan usia biologi seseorang. Ia berlaku kerana diet jenis ini dapat meningkatkan tahap satu unsur dalam darah yang digelar serum fostat. Selain itu, ia boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik. Cara terbaik untuk elakkannya adalah dengan mengimbangi pemakanan anda dan tidak mengecualikan jenis makanan yang lain, terutama buahan dan sayuran.

3. Tiada Teman Rapat
Ternyata mengabaikan persahabatan dan rangkaian sosial anda boleh membawa kepada masalah kesihatan dan penuaan yang lebih cepat. Kesepian adalah antara faktor risiko yang meningkatkan peluang kematian. Juga, kesan perasaan kesepian boleh dibandingkan dengan orang yang merokok. Kesan seperti ini boleh dilihat pada individu yang tidak mempunyai kawan. Ia juga menyumbang kepada pengurangan aktiviti fizikal yang sangat penting untuk kesihatan.


4. Tukar Diet Dengan Kerap
Tabiat suka menukar diet pun antara faktor yang menyumbang penuaan kerana tubuh tidak  tidak punya masa untuk menyesuaikan diri malahan boleh menyebabkan tekanan yang berterusan hingga anda menjadi lebih tertekan. Perubahan jangka pendek dalam menu makanan dan aktiviti senaman boleh menyebabkan kehilangan kekuatan otot dan tulang. Hasilnya, anda boleh mengalami kesukaran untuk bergerak dan penuaan lebih awal. Jadi untuk kekal siaht dapatkan bentuk badan ideal, anda harus  berpegang kepada rutin makanan tertentu.


5. Pengambilan Gula Berlebihan Dan Produk Tenusu
Cuba perhatikan sekiranya anda meninggalkan sebiji buah di atas meja sementara waktu, ianya akn mula berubah warna kecoklatan kerana gula di dalam buah bertindak balas dengan proteinnya. Tindak balas yang sama berlaku dalam tubuh apabila gula mula bertindak balas dengan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kusam. Terdapat penyelidik yang berpendapat bahawa produk tenusu juga boleh membuat anda kelihatan lebih tua kerana ia meningkatkan keradangan. Ini membawa kepada tekanan oksidatif yang boleh menjadi punca utama penuaan pramatang.


6. Penggambilan Suplemen Berlebihan
Seperti yang kita tahu kekurangan vitamin boleh menyebabkan kulit, rambut dan kuku anda kelihatan kusam tetapi jika suplemen diambil secara berlebihan, ia akan memberikan ancaman kepada kesihatan dan ia juga menyebabkan gejala toksik hingga menjejaskan sistem tubuh dan buat anda kelihatan lebih tua dengan cepat. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari doktor atau pakar sekiranya perlu untuk mengambil suplemen.


7. Tidak Periksa Tahap Hormon
Tahap hormon akan berubah selari dengan peningkatan usia dan jika ada ketidakseimbangan, ia akan menjejaskan sistem badan. Selain menyebabkan perubahan mood tetapi kulit dan rambut juga boleh berubah menjadi lebih teruk daripada biasa dan juga buat anda tampak lebih berusia. Adalah disarankan anda membuat pemeriksaan tahap hormon setahun sekali.


8. Merokok Dan Pengambilan Alkohol
Kandungan nikotin dalam tembakau akan melambatkan peredaran darah ke wajah, jadi mereka yang merokok harus mula berfikir untuk berhenti. Pengambilan alkohol akan menyebabkan kulit  mengalami dehidrasi, menjadi kering.


9. Posisi tidur
Tidur secara terlentang dikatakan boleh mengelak kulit dari cepat kedut berbanding dengan tidur dengan posisi kiri dan kanan kerana dikatakan ia adalah tindakan dari tarikan graviti.  Mungkin ada logiknya tapi tidak semua orang boleh tidur terlentang terutama mereka yang punya masalah pernafasan.


10. Kerosakan kulit oleh sinar UV
Umum tahu penuaan dan kerosakan pada kulit adalah disebabkan oleh sinar UV, selain elakkan dari berjemur pastikan pemakaian sun screen dengan SPF50 yang boleh didapati di hampir semua farmasi.


Selain yang dinyatakan diatas tu ada banyak lagi penyebab anda menghadapi penuaan pra matang jadi elakkan dan banyakkan pemakanan sihat dan ceriakan kehidupan anda dan berfikiran positif dan jalani hidup dengan positif. Letak ketepi gajet seketika dan bacalah buku-buku motivasi yang mampu membantu anda berfikiran positif

Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik. Jom kongis pendapat anda, penyebab lain yang boleh dielakkan, saya hargai komen anda.


You May Also Like

8 Comments

  1. alamakkkk tanakkkk nampak tua dari usiaaa...

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA.. saya suka entri ini.. done follow, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak perkongsian tips.

    ReplyDelete
  4. No. 10 tu paling biasa dengar. Tapi kak, no.3 tiada teman rapat? Adeh. Jarang dengar tu hihi. Seram betul.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!