16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah | Pasti ramai yang menyukai sup terutama bila rasa nak demam, selesema dan tambahan lagi dengan musim demam akibat covid-19 ni, masakan paling sedap untuk dihirup adalah semangkuk sup sedap yang mudah untuk disediakan.


Antara resepi favorite dalam 16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah ni semestinya Sup ikan merah, sup ayam dengan cendawan, sup tulang ala Thai, sup gearbox yang boleh sentiasa di masak kat rumah. 


16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah


Semoga koleksi aneka resepi sup ini dapat membantu anda yang mungkin buntu untuk memasak. Selamat mencuba

16 Koleksi Aneka Resepi Sup Sedap Dan Mudah

1. Resepi Sup Kambing Berempah

2. Resepi Sup Tulang Ala Thai

3. Resepi Sup Kepala Ikan Merah

4. Resepi Sup Perut

5. Resepi Sup Siam

6. Resepi Sup Ayam Ala Mamak 

7. Resepi Sup Ketam

8. Resepi Sup Ekor Ala Thai 

9. Resepi Sup Kaki Ayam

10. Resepi Sup Gear Box

11. Resepi Sup Ayam Cendawan

12. Resepi Sup Tulang Merah Singapura

13. Resepi Sup Urat Keting

14. Resepi Sup Ikan Haruan

15. Resepi Sup Belut

16. Resepi Sup Mentarang



1. Resepi Sup Kambing Berempah



Bahan-bahan:

1.5 kg daging dan tulang kambing

Rempah 4 sekawan 

2 biji kentang, dipotong 4

2 biji lobak merah

2 biji tomato

daun sup/daun bawang


Bahan A - kisar:

1 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 inci halia

2 sudu besar lada hitam biji


Bahan B:

1 sudu besar rempah sup/kurma

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk lada sulah


Cara cara:

  • Rebus isi dan tulang daging kambing hingga empuk. Bagi yang punya pressure cooker boleh la guna tapi saya menggunakan periuk tembikar untuk merebus dan merenih daging. Campurkan bawang kuning dan akar ketumbar. Masak dengan api sederhana dan tutup periuk. Buka tutup periuk supaya air tidak melimpah keluar.
  • Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah dikisar. Gaul biar mesra dan sebati.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan  hingga naik bau dan masukkan rempah yang telah dicampur tadi, dimasak hingga naik wangi. 
  • Kemudian masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk berisi daging kambing yang sedang direnih. Tambahkan air secukupnya, jika perlu. Kacau biar sebati dan tutup periuk.
  • Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan dalam 5 minit atau hingga keduanya lembut. Masukkan tomato dan daun sup. Biar seketika dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap


2. Resepi Sup Tulang Ala Thai




Bahan-bahan :

500 gm tulang lembu + daging cincang

air secukupnya

2 biji buah keras, diketuk

4 ulas bawang putih diketuk

1 batang saderi, dipotong serong

3 tangkai pokok ketumbar

1 batang lobak, dipotong

10 biji cili api

1 biji bawang holland, dipotong baji

1 senduk sos ikan

2 senduk jus limau nipis

daun sup, dihiris

daun bawang, dihiris

Nota : buah keras 2 biji diketuk, direbus bersama tulang/daging supaya daging menjadi lembut


Cara membuatnya :

  • Rebus tulang dan daging cincang (kalau suka) didalam periuk bersama dengan buah keras yang telah diketuk.  Pastikan air menutupi tulang dan direbus hingga air sampai suku periuk. Kalau guna pressure cooker pun boleh.
  • Tambahkan air masak dalam periuk berisi daging, bila agak mengelegak, masukkan bawang putih yang diketuk, sos ikan, jus limau nipis, serai dan daun limau purut.
  • Masukkan daun ketumbar, batang saderi, lobak, cili api yang diketuk, bawang holland dan tomato.  Biarkan sup mendidih dan tutup api.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
 

3. Sup Kepala Ikan Merah



Bahan-bahan:-

1 ketul kepala ikan merah, dipotong ikut kesukaan

1 bungkus sup bunjut

3 cawan air

1 sudu kecil lada hitam ditumbuk

2 asam keping

Daun sup

Daun bawang

Garam secukup rasa

1 sudu minyak masak


Bahan untuk ditumbuk:-

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

3 sm halia


Bahan untuk ditabur:-

Daun bawang

Daun sup

Limau nipis, diperah semasa dihidang


Cara memasaknya:-

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga bertukar kekuningan dan naik wangi
  • Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut.  Renih dengan api sederhana
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan, biar direnih hingga kuah kembali mendidih.
  • Padamkan api dapur, taburkan daun bawang, daun sup dan garam secukup rasa
  • Sendukkan sup di dalam mangkuk dan tabuar bawang goreng sewaktu dihidangkan.


4. Resepi Sup Perut



Bahan-bahan

500 gm perut, dicuci bersih

5 biji cili api Thai, diketuk

1 biji tomato, dipotong baji

Daun kesum

Akar ketumbar (optional)

Garam secukup rasa

Daun ketumbar dihiris untuk hiasan

Sos ikan

sedikit jus limau kasturi


Bahan untuk ditumbuk

4 biji bawang putih 

2 cm halia 

2 biji bawang merah 


Cara memasak :

1. Perut lembu yang telah dicuci, direbus hingga lembu bersama asam gelugur bagi menghilangkan bau hamis. Bila dah lembut, tutup api dan toskan. Bila dah sejuk, boleh lah dipotong ikut kesukaan.

2. Bila dah kekuningan, masukkan perut lembu dan tambahkan air secukupnya. Air tu biar menutupi perut lembu.

3. Masukkan akar ketumbar dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan daun kesum, cili api, sos ikan dan jus limau kasturi. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili. 

4. Masukkan tomato, renih dengan api sederhana hingga mendidih dan tutup api

4. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap


Nota :

Daun ketumbar akan menghilangkan bau hamis perut dan menyedapkan sup dan sekiranya tak suka, boleh lebihkan daun kesum ke dalam sup. 


5. Resepi Sup Siam



Bahan-bahan;

1/2 kg tulang

1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang

1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]

1 sudu sos ikan 

2 biji ubi kentang 

4 biji cili padi, diketuk

1/2 biji bawang besar kuning, dihiris bulat-bulat

1 biji perahan air limau nipis

1 biji tomato, dibelah 4

1/2 batang saderi, dihiris

garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa

daun sup dan daun bawang

Sedikit bawang goreng


Bahan ditumbuk

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1/2 inci halia 


Cara Membuatnya:

  • Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
  • Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
  • Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
  • Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
  • Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
  • Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang


kredit : https://blogresepimasakan.blogspot.com/2019/04/resepi-sup-siam.html


6. Sup Ayam Ala Mamak


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam 

2 kiub pati ayam

2 biji bunga lawang

1 batang kayu manis

3 biji buah pelaga

6 tangkai cili padi diketuk

2 sudu tepung gandum di bancuh air

1 batang lobak potong halus

4 biji ubi kentang

Air

Garam gula lada hitam


Bahan Kisar

2 sudu besar rempah kurma

1 sudu besar lada hitam

4 ulas bawang putih

1 peket rempah sup

2 biji bawang merah

1 sudu serbuk kunyit

2 inci halia

Bahan Pelangkap

Daun ketumbar

Bawang goreng


Cara-Cara:

Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.

Panaskan minuak ke atas kuali dan tumiskan bahan kisaran bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.

Masukkan air ke dalam kuali, dan kemudian masukkan ayam, ubi kentang, lobak, cili padi dan kuib pati ayam.

Masak hingga mendidih dan ayam lembut. Kemudian masukkan tepung gandum kepekatan yang yang diingini. 

Sudah siap, angkat ke dalam bekas. Kemudian tabor daun bawang dan bawang goreng ke dalam bekas.

Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan telur masin. 

Dinikmati bersama ulam dan telur dadar pasti membuatkan suami anda terliur.

Mesti Cuba!

Kredit : wanita's voice


7. Resepi Sup Ketam


Bahan-bahan:

4 ekor ketam, dibelah 2 atau 4

2 biji tomato, dipotong baji

1 liter air

daun bawang, dihiris

daun sup, dihiris


Bahan untuk dihiris 

3 ulas bawang merah 

2 ulas bawang putih

1 inci halia, diketuk


Cara membuatnya :

  • Ketam yang sudah dibersihkan, sepit ketak tu diketuk supaya senang nak makan nanti.
  • Masukkan bawang merah dan halia ke dalam periuk berisi air dan renehkan sehingga mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan ketam  dan dimasak hingga mendidih dan masukkan tomato.
  • Bila tomato dah nampak masak, taburkan daun sup & daun bawang dan garam. Bila dah siap dan nak hidang boleh tabur bawang goreng


Nota :

Jangan masukkan telalu banyak garam sebab ketam kalau tidak hilang manis ketam tu. Kacau hingga mendidih dengan api perlahan.


8. Resepi Sup Ekor Ala Thai



Bahan-bahan

1 kg ekor lembu, dibasuh bersih dan dipotong

10 tangkai cili api thai, diketuk

4 batang serai di ketuk 

2 labu bawang besar belah emapt 

6 ulas bawang putih, diketuk 

3 inci halia diketuk

seikat kecil daun ketumbar 

Jus limau kasturi

1 biji tomato, dibelah empat

5 helai daun limau purut 

3 sudu sos nampla (sos ikan)

3 biji limau kasturi, ambil jusnya

Daun bawang, dihiris


Cara-cara 

 1. Rebus ekor hingga empuk (8 jam) atau guna pressure cooker untuk lebih cepat. Masukkan bawang besar yang potong 4, halia 3 inci tadi, rebus sehingga lembut. Masukkan selepas ekor direbus dalam 4 jam

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi,  masukkan serai, bawang besar dan kacau.

3. Masukkan daun limau purut, cili api dan kemudian masukkan ekor yang direbus bersama air rebusan dan biarkan direnih. 

4. Masukkan tomato dan sos nampla, jus limau kasturi serta garam dan tambah sedikit gula supaya ada rasa pedas, sedikit manis dan masam. Biarkan dimasak seketika dan boleh tutup api.

5. Perahkan jus limau kasturi dan taburkan daun bawang sewaktu dihidang.



9. Sup Kaki Ayam





Bahan-bahan:

10 ketul kaki ayam, dipotong bahagian jari dan dicuci

1 sup bunjut Adabi

3 bii kentang, dibelah 4

2 batang lobak merah, dipotong

11/2 sudu serbuk lada hitam

2 kiub ayam 


Bahan untuk ditumis

3 ulas bawang merah, ditumbuk

3 ulas bawang putih, ditumbuk

1 inci haliam diketuk

1 inci kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

air secukupnya


Bahan hiasan

daun sup dan daun bawang, dihiris


Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan sup bunjut hingga naik wangi. Masukkan kaki ayam, kacau hingga sebati dan masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk sup dan kiub ayam. Renih sampai kaki ayam empuk dan lembut.
  • Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan dimasak hingga lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan taburkan daun sup adn daun bawang yang dihiris. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan dimakan dengan nasi panas-panas



10. Resepi Sup Gear Box



Bahan-bahan :

Tulang lembu @ bahagian otot yang ada isi daging 

5 - 7 tangkai cili api, diketuk

3 inci halia, dihiris 

2 inci lengkuas, diketuk

1 1/2 serbuk lada putih

2 sudu sos ikan

1 mangkuk jus limau kasturi

2 keping asam gelugur

1 batang saderi, dipotong serong

3 biji tomato, dibelah empat

2 biji bawang kuning, dipotong bulat


Bahan hiasan :

Bawang goreng

Daun sup

Limau kasturi


Bahan untuk ditumis :

2 biji bawang merah, dihiris

6 bawang putih merah, dihiris 

3 labu bawang besar, dihiris  

Sup bunjut tulang 


Cara memasaknya :

  • Basuh bersih tulang dan direbus didalam periuk dengan sehingga mendidih @ daging akan kelihatan tertanggal dari tulang
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan kedalam periuk yang berisi tulang tadi. 
  • Masukkan halia, lengkuas, batang saderi serta serbuk lada dan renih lagi hingga mendidih.  
  • Akhir sekali masukkan jus limau, sos ikan, asam keping, tomato dan garam secukupnya. Bila nampak tomato agak lembut, matikan api. Taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang dan jangan lupa kalau rajin buat sambal kicap



11. Resepi Sup Ayam Dengan Cendawan


Bahan-bahan:

800 gram isi ayam – dipotong kecil

Cendawan tiram, dibasuh, toskan dan disiatkan sedikit

1 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu besar rempah soto – dibancuh dengan air

1 biji lobak merah – dipotong bulat

6 biji cili padi merah

1 sudu besar perahan limau nipis

1 kiub ayam Maggi

Garam secukupnya

Air secukupnya

Daun sup/daun bawang/bawang goreng – untuk hiasan


Bahan tumis:

1 batang kulit kayu manis

1 bunjut sup tulang – dibuka bunjutnya

3 ulas bawang putih – ditumbuk

3 biji bawang merah – ditumbuk

½ inci halia – diketuk


Cara-cara memasak: 

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan di dalam bunjut sup tulang hingga wangi. Kemudian masukkan bahan tumbuk serta halia. Kacau sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan rempah soto yang dibancuh, kacau rata dan masak sehingga rempah garing.

3. Masukkan potongan ayam dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan rempah. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh di atas dapur selama 10 minit dengan api yang perlahan.

4. Kemudian baru dimasukkan air secukupnya, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan garam. Biarkan mendidih dan masak sehingga ayam empuk.

5. Selepas itu masukkan lobak merah dan masak sehingga empuk.

6. Akhir sekali masukkan cendawan dan cili padi yang diketuk. Biar sup mendidih sekali lagi. (Kalau suka, ambil sedikit cendawan dan 2 cawan sup diblender halus, kemudian dimasukkan kembali ke dalam periuk dan dididihkan). Kemudian bolehlah dipadamkan api.

7. Masukkan perahan limau nipis, kacau dan bolehlah dihidangkan.

8. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan dengan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng jika suka.

kredit : https://sajiandapurbonda.blogspot.com/2013/01/sup-ayam-cendawan.html


12. Resepi Sup Tulang Merah Singapura




Bahan-bahan
1 kg tulang gear box@ tulang rawan
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan cili kering kisar
Minyak masak
1/2 sudu besar tomato puri
1 sudu pewarna merah

Bahan tumisan
5 biji bawang putih, dikisar
5 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia-kisar
1/2 sudu tea serbuk lada hitam
Rempah 4 sekawan
Garam

Bahan disangai dan dikisar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan hiasan :
Daun sup dn daun bawang dihiris serta bawang goreng

Cara membuatnya:
  • Basuh daging dan direbus dalam daging empuk (dalam 3 jam). Sementara itu tumis bahan tumisan sup hingga naik bau.
  • Masukkan bahan sangai yang dikisar, kacau hingga sebati dan naik bau
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan tomato puri, tambah air supaya kesemuanya mesra, kacau seketika. Bila dah garing, masukkan pewarna merah 
  • Masukkan bahan tumisan kedalam periiuk yang berisi rebusan daging, kacau dan dimasak dengan api sederhana, kemudian masukkan lada hitam. Biarkan direnih hingga menjadi pekat
  • Perasakan dengan garam dan tabur daun bawang. Siap
  • Tabur daun bawang dan bawang goreng serta limau nipis sewaktu menghidang


13. Resepi Sup Urat Keting



Bahan-bahan 

1 kg urat keting- bersihkan

1 sudu makan perencah sup, bancuh dengan sedikit air

Rempah 4 sekawan

cili padi secukupnya, diketuk

2 batang serai, diketuk

1 mangkuk jus limau nipis 

garam, gula dan air secukupnya


Bahan tambahan

1 labu bawang besar, dimayang

1 biji kentang

1 batang lobak merah

1  biji tomato

bawang goreng

daun sup/daun bawang


Bahan (kisar/tumbuk)

2 biji bawang merah 

1 ulas bawang putih 

1/2 inci halia 

1/2 sudu makan lada hitam 


Cara membuatnya:

  • Urat keting yang sudah siap dibasuh di rebus didalam periuk dengan api sederhana. Masak hingga nampak macam lutsinar. Biarkan sejuk dan lemak yang ada tu mengeras. Buang bahagian lemak yang telah menjadi kepingan di bahagian atas.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk dan rempah hingga naik wangi. Masukkan perencah sup, masak hingga pecah minyak. Kaut dan masukkan ke dalam periuk berisi urat keting tadi dan masukkan sup bunjut.
  • Renih dengan api sederhana dan tambah air jika perlu. Masukkan lobak merah dan kentang serta jus limau nipis. Bila nampak sudah empuk masukkan bawang besar. 
  • Tutupkan api dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sewaktu dihidang.



14. Resepi Sup Ikan Haruan


pix kredit : FB



Bahan-bahan:
1 ekor Ikan haruan  
2 batang serai, diketuk
5 biji cili api, diketuk
Rempah 4 sekawan
Garam- secukup rasa
air

Bahan ditumbuk
2 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan lain:
2 biji tomato, dibelah 4
Bawang goreng 
Daun sup/daun bawang


Cara membuatnya:
  • Siang ikan haruan dan cuci ikan dengan air asam jawa sehingga bersih bagi menghilangkan bau hanyir .
  • Tumiskan bawang merah, putih, halia, serai, cili burung dan rempah 4 sekawan sehingga kekuningan dan naik wangi dan masukkan air.
  • Apabila kuah mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Perlahankan api dan biarkan kuah mendidih. Masukkan tomato  dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan



15. Resepi Sup Belut

pix kredit Rest Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh


Bahan-bahan
3 ekor belut - siang dan cuci bersih, potong pendek
1 biji bawang besar, dipotong baji
1 batang saderi, dipotong 
1 biji tomato, dibelah 4
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun sup - cincang halus
1 biji kentang, potong 4


Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 sudu rempah sup
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 liter air

Bahan kisar:
1 batang saderi
2 biji bawang merah
4 biji cili padi
1 biji bawang putih


Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, kacau hingga masak dan masukkan air, belut dan kentang.
  • Bila kuah mendidih, masukkan rempah sup. Renih hingga kentang dan belut masak.
  • Masukkan kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi. Masak seketika dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Hidangkan dengan taburkan bawang goreng dan daun sup.



16. Sup Mentarang



Bahan-bahan
1/2 kilo mentarang
3 ulas bawang putih, ditumbuk
2 batang serai
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu besar garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Rendam mentarang dalam air berisi garam kasar. Biarkan dalam 20 minit dan cuci bersih mentarang dari selut.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih tadi hingga kekuningan. Masukkan seram dan mentarang serta air hingga mentarang terendam (air secukupnya)

3. Rebus hingga air mendidih dan masukkan bawang besar serta sedikit garam. Biar direnih seketika dan tutup api. 


Nota : Kalau buangkan kulit mentarang dan guna hanya isi sahaja di dalam sup.