Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah | Rasanya tak ada sesiapa yang akan pertikaikan yang masakan ibu sendiri tu tak sedap terutama bila ibu-ibu kita tu adalah surirumah sepenuh masa yang sibuk dengan hal ehwal rumah tangga, menjaga anak dan memastikan keperluan anak dan suami terjaga dan semestinya akan memastikan masakan yang dimasak dan dihidang tu memenuhi selera ahli keluarga kan.  Bonda saya memang pakar memasak walau tidak pernah mengikuti mana-mana kelas memasak dan bonda saya ni memang pandai improvice lauk pauk yang dia rasa di majlis kenduri dan kemudian dia akan memasak untuk kami.  Hebat kan! Eh panjang pulak celoteh petang ni. 

Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

Okay saya nak kongsi resepi bonda saya Sup kepala ikan merah yang terbaik ni, tidak hanyir dan cukup sedap terutama bila rasa badan tu tak sihat, dapat semangkuk sup ikan merah dengan nasi putih atau bubur nasi ni cukup membuat badan kembali segar. Mudah sebenarnya untuk memasak sup kepala ikan merah ni rupanya dan dulu masa dalam pantang bonda juga memasak sup kepala ikan merah ni sampai badan rasa segar sebab adanya lada hitam.  Fuhhh rindu masakan bonda tapi tu la sekarang ni kena masak sendiri.


Bahan-bahan:-
1 ketul kepala ikan merah, dipotong ikut kesukaan
1 bungkus sup bunjut
3 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 asam keping
Daun sup
Daun bawang
Garam secukup rasa
1 sudu minyak masak


Bahan untuk ditumbuk:-
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sm halia


Bahan untuk ditabur:-
Daun bawang
Daun sup
Limau nipis, diperah semasa dihidang

Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

Cara memasaknya:-

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga bertukar kekuningan dan naik wangi
  • Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut.  Renih dengan api sederhana
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan, biar direnih hingga kuah kembali mendidih.
  • Padamkan api dapur, taburkan daun bawang, daun sup dan garam secukup rasa
  • Sendukkan sup di dalam mangkuk dan tabuar bawang goreng sewaktu dihidahkan.


Selamat mencuba!

20160710

10 Comments

  1. Sedapnya kak oi... lama betul dana tak buat sup ikan merah

    ReplyDelete
  2. jenis sup macam ni memang buat naik selera makan, nak pulak kalau demam ke apa bila tak lalu makan... macam juadah dalam pantang sikit kan..

    ReplyDelete
  3. Hmmm, tetiba saya pulak rindu dengan sup kepala ikan merah. Kadang2 ibu ada jugak buat. Dulu masa kecik, tak paham kenape ler orang gi makan kepala ikan. Dah besar, saya yg kaut dulu kepala tu dari periuk hehe

    ReplyDelete
  4. Saya tak teringin sebenarnya nak makan sup kepala ikan. Tapi saya tak reti nak masak. Tak pernah makan pun sebelum ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kakkk! hehe lama tak singgah blog ni.
    Salam Ramadan kak fuzy! :)

    ReplyDelete
  6. Ni pun sedap. Kalau ana suka letak tahu lembik tu bebanyak. Tak pun cendawan inoki. Yumms.

    ReplyDelete
  7. I promise the sight of it is so satisfying it will bring your mouth to water... Lets Hit the LIKE
    facebook.com/resepimasakananekarasakakros

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!