Selamat Hari Wanit buat semua sahabat-sahabat wanita, yang muda mahupun yang sudah berusia.  Wanita hebat bukan karena dia cantik, Wanita hebat bukan karena dia kaya, Wanita hebat bukan karena dia pintar dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya


Tapi WANITA HEBAT adalah  wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya, mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan. Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan, bersabar saat tertekan, tersenyum saat hati menangis, bangkit saat dia terhina, ikhlas dalam memaafkan, membalut luka hati dengan doa, memadam amarah dengan istighfar dan mampu menghapus dendam dengan kemaafan penuh keikhlasan.


kata motivasi
25 Kata Bijak Buat Semua Wanita Hebat 


Bak kata pepatah lelaki hebat kerana dibelakangnya adalah wanita yang hebat tapi wanita juga hebat kerana di depan, di sisinya berdiri seorang lelaki hebat.  Kita adalah wanita hebat bila kita juga punya keluarga hebat, ibu bapa hebat menjadi tulang belakang dan pendorong pada setiap kehebatan.


Wanita memanglah benar-benar hebat! Satu di antara buktinya, waktu dianya menangis, ia tetap masih dapat berkata 'saya tidak apa-apa'.


1. "Wanita yang bermanfaat adalah wanita yang mampu menempatkan dirinya dalam setiap situasi."


2. "Jadilah wanita yang mahal, yang diinginkan semua orang namun hanya satu yang mendapatkanya."


3. "Wanita itu unik. Kamu mampu melihatnya tersenyum sepanjang hari, tanpa mengetahui betapa dia menangis sepanjang malam."


 4. "Wanita menangis bukan karena lemah, namun karena telah lelah berpura-pura tersenyum meski hatinya terluka."


5. "Wanita bijak membuat keputusan penuh dengan keberanian namun masih menjaga harga diri'


6. "Wanita bertutur dengan hemah bukan lemah tapi penuh kebijaksanaan"


7. "Wanita hebat memelihara keluarga dengan penuh kasih sayang dan keperihatinan"


8. "Wanita yang cantik akan membuka 'mata lelaki'. Tetapi wanita yang baik akan membuka 'hati lelaki


9. "Wanita hebat tidak mensia-siakan hidupnya dan belajar untuk terus berjaya"


10. "Wanita hebat berkualiti akan menjadikannya diinginkan sebagai suri dari seorang lelaki dan menjadi ibu kepada anak-anaknya."


11. "Wanita hebat bijak fokus memperbaiki kekurangannya mengimbangi kelebihannya."


12. "Wanita hebat tidak pernah menyerah dan berusaha dalam menghadapi cubaan dalam kehidupan seharian."


13. "Wanita hebat  kuat membela dirinya sendiri. Wanita yang lebih kuat membela orang lain."


14. "Wanita hebat bermanfaat adalah wanita yang mampu menempatkan dirinya dalam setiap situasi."


15. "Wanita hebat menjaga kesihatan dirinya untuk sihat dalam menjaga ahli keluarga yang sakit"


16. "Wanita hebat mengajar dengan kelembutan dalam ketegasan supaya anak-anaknya mampu berdiri atas kaki sendiri"


17. "Wanita hebat menahan sabar walau dibebani dengan dugaan tugasan sebagai anak, isteri dan ibu."


18. "Wanita hebat menghargai usaha orang lain dan mengucapkan terima kasih tanda penghargaan" 


19. "Wanita hebat sentiasa memakai keyakinan sebagai pakaian seharian"


20. "Wanita hebat itu akan baik terhadap perempuan yang lain."


21. "Wanita hebat menuturkan kata dengan kebijaksanan bukan dengan kebodohan"


22. "Wanita hebat itu bicaranya penuh makna serta berilmiah"


23. "Wanita hebat itu tetap mengejar impian untuk berjaya demi diri dan keluarganya"


24. "Wanita hebat itu tidak mudah menyerah demi cinta tanpa ikatan sah"


25. "Wanita hebat itu membantu membangunkan orang lain untuk menjadi sehebat mereka"


Semoga semua wanita muslimah secerdik AISHAH, secantik AINUL MARDIAH, berkorban setinggi SUMAIYAH, seikhlas RABIATUL ADAWIYAH dan semoga kita wanita yang ditempatkan di Syura Al Jannah


"Untuk seluruh wanita hebat tetaplah bersinar walau mimpimu selalu dipatahkan."