Doa Buat Bonda, Ya Allah SWT Berikan Kesembuhan Buat Bonda | Semalam singgah ke rumah bonda, memang terasa sebak bila tengok Kak Lang (kakak sulung) menyuap bonda makan bubur. Kesihatan bonda semakin merosot sangat dan muka bonda bertambah cengkung dengan cheek bone yang sangat menonjol. Bonda tak boleh duduk tanpa dibantu, nak berjalan dengan tongkat pun kaki dia lemah. 


Baca : Bonda bergelar Buyut menurut susun galur keturunan


Lepas makan, saya papah bonda ke bilik air untuk tukar diaper dan bagi segar badan. Memang sejak bonda hilang selera makan memang bonda dah tak stabil bila berjalan dan memang kena perhati supaya bonda tak jatuh lagi. 


Baca : Tip Mudah Pakaikan Diaper Bagi Pesakit Bedridden atau uzur

 

Doa Buat Bonda, Ya Allah SWT Berikan Kesembuhan Buat Bonda

Sempat juga Kak Jang berswafoto dengan bonda untuk dikongsi dalam grup whatsapp keluarga. Bonda nampak sihat masa hari Rabu hari tu.


Bonda jadi makin tak larat sejak jatuh minggu lepas kemudian jatuh lagi (29 Mac) waktu saya dan cikapplepie menguruskan katil di bilik selepas menghantar bonda ke bilik air. Tiba-tiba dengar bunyi jatuh, terus kami dua beranak berlari dan tengok bonda dah terlentang. Allahuakbar. Rasa bersalah sebab tinggalkan bonda sekejap walau gitulah rutin saya bila ambil turn tidur di rumah bonda.


Dengan tiada tenaga untuk bangun sendiri, memang ambil masa untuk saya bantu bonda. Cuba angkat bonda tapi tak boleh sampai pecah peluh dan memang saya menangis sebab tak boleh membantu. Bonda asyik cakap call Kak Ndak (kakak no 3) lepas tu call adik (adik lelaki bongsu) tapi dah lebih jam 11 malam, cuba tak nak ganggu tapi akhirnya call juga bila rasa give up untuk angkat bonda. Kak Ndak tengah solat dan adik baru sampai rumah di Ukay Perdana.


Alhamdulillah usaha saya berhasil membantu bonda duduk atas kerusi roda dan bukan saya saja penat, bonda pun penat. Siap tuam kepala bonda yang ada sedikit benjol akibat jatuh. Kesian bonda.


Akhirnya selesai bila dapat siapkan bonda untuk masuk tidur. Lega sangat. Waktu nak lelapkan mata,  Kak Ndak pun datang walau ingat tak payahlah dia datang sebab dah lewat malam dan bonda dah well taken care of.


Esoknya hari Rabu, rutin seperti biasa, adik akan provide lunch untuk bonda dan rest untuk saya. Tu lah hari yang saya akan ambil peluang untuk turut dalam event kalau ada kesempatan.


Rutin untuk provide lunch untuk bonda pada hari Khamis, bonda masih boleh makan sendiri tapi selera dia dah tak berapa ada. Malam tu rutin saya tidur di rumah bonda, Alhamdulillah, semua berjalan seperti biasa.


Hari Ahad adik Chef Ross dan isterinya disahkan positif  covid, kemudian Kak Ndak pula positif covid pada hari Selasa. Alhamdulillah mereka dah semakin sihat walau adik tu demam agak teruk. Jadi memang keduanya tak boleh kunjungi bonda selama seminggu. Mujur ada teknologi masakini kan jadi dapat lah bonda bercakap dan tengok anak-anak dia tu


Bebalik pada kisah bonda dan jadual saya menjaga bonda di bulan Ramadan ni memang ikutkan perancangan bulan Ramadan ni akan sama macam tahun lepas, dimana saya akan pulang jam 4.30 pagi ke rumah untuk bersahur dengan keluarga dan akan balik ke rumah bonda untuk uruskan bonda. Kalau tahun lepas, bila saya datang rumah bonda untuk hantar lauk makan tengahhari, bonda dah siap mandi sendiri dan siap masukkan kain bajunya ke washing machine. Saya kemudian akan ambil baju untuk dikeringkan di dobi atau sidai di rumah. Dah lebih 3 tahun bonda tak kami benarkan berpuasa sebab dia memang tak sihat tapi semangat dia kuat.


Makan dah kurang, tenaga pun dah kurang tambahan lagi dengan tulang belakang yang mereput hingga pergerakan bonda terganggu. Kalau dilihat memang senget struktur badan bonda. Kalau tahu dulu memang kami buat operation untuk betulkan tapi bila dah makin berusia ni memang doktor tak galakkan sebab berisiko.


Terkejut bila tetiba ada orang bagi salam. Waktu tu sudah lebih jam 11 malam, rupanya Kak Jang datang bersama suaminya pada malam bila rutin saya menginap di rumah bonda malam Rabu. Suaminya cuma hantar dan kembali memandu balik ke Kajang. Kata dia, dia risau sebab adik-adik (Kak Ndak, adik dan cikapplepie) disahkan positif. Risau sebab tiada sesiapa yang dapat membantu bonda jadi dia ambil kesempatan untuk menjaga bonda memandangkan tahun ni dia tak menjaga cucu. Untung orang dah pencen (kedua kakak dan abang ipar ni bekas guru) boleh rasa tenang selain dapat jaga cucu.


Alhamdulillah, bonda akan teman yang boleh uruskan sewaktu saya pulang untuk sahur nanti dan rasanya Kak Jang akan berada hingga hujung minggu yang cukup dapat membantu bonda.


Tak sangka pula bila Kak Lang ada di rumah bonda pada hari Khamis sewaktu saya kembali mengunjungi bonda. Jadi bonda ada dua pembantu. 


Kami ada lapan beradik dan saya akan ambil 2 malam iaitu malam Rabu dan malam Jumaat untuk teman bonda setiap minggu. Malam-malam yang lain akan diambil oleh kakak, abang dan adik bongsu dengan masing-masing ambil 1 malam seorang. Rutin dan jadual ni kami buat masa Allahyarham abah masih ada dan diteruskan apatah lagi abah dah tiada dan bonda pula lebih selesa tinggal dirumahnya.


Sehingga saya menulis ni, bonda masih lemah dan memang kami bercadang nak bawa bonda ke Hospital Tunku Mizan untuk dapatkan drip. Rasanya tu dah membantu untuk bonda kembali sihat


Semoga Allah SWT panjangkan usia bonda, berikan kesihatan yang baik buat bonda seperti sediakala hendaknya


Doa buat bonda


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ اَذْهِبِ الْبَاْسَ وَاشْفِهُ وانْتَ الشَّافِى لاَ شِفَاءَ اِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا 


Allahumma robbannaasi adzhibil ba’sa wasy fihu, wa antas syaafi, laa syifaa-a illa syfaauka, syifaan laa yughaadiru saqaama.



Artinya:

“Ya Allah, Rabb Manusia dan alam semesta, hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”