KOPETRO Lancar 5 Produk Baru RTE LengQuas, Buat Stok Ramadan | Salam Jumaat buat semua sahabat. Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat terakhir sebelum kita menyambut bulan Ramadan beberapa hari lagi. Indahya Jumaat hari ini juga merupakan hari pertama solat Jumaat tanpa penjarakkan yang dibenarkan sejak pandemik covid-19 melanda. Hari ini juga sempadan Singapura-Malaysia dibuka dan nampak betapa gembiranya rakyat Malaysia dapat menyeberang sempadan balik ke negara sendiri setelah 2 tahun hidup berkelana di negara jiran.


Banyak sungguh peristiwa hari ni yang pastinya seronok sebab beberapa hari lagi dah nak sambut Ramadan dan pastinya Ramadan kali ini cukup bermakna dan indah bila dapat bersama keluarga tercinta. 


Agak-agak ada tak sahabat pembaca yang turut ke Hari Terbuka LengQuas yang berlangsung dari 25 hingga 26 Mac di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan sambil dapat merasa sajian, dapat juga membeli produk RTE untuk stok.




Okay, dok bebel panjang ni bukan apa, cuma nak cerita tempohhari saya ke Hari Terbuka LengQuas di Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger. Saja suka-suka pergi sebab difahamkan ada jualan produk RTE ni pada harga kilang, jadi memang ambil kesempatan la untuk membeli buat spare untuk berbuka atau bersahur nanti. Kes terlajak bangun dan kesibukan untuk menyediakan juadah berbuka bukan sesuatu yang tak pernah berlaku, jadi produk RTE ni jadi penyelamat sementara. 


Seperti kebiasaan, hari terbuka produk makanan ni pasti ada makan-makan. Dah makin banyak produk LengQuas ni yang boleh menyenangkan para suri rumah dan mereka yang sibuk hingga tak sempat memasak.

 


Terdapat 11 Produk RTE LengQuas yang telah lama berada dipasaran ni yang cukup disyorkan bertepatan dengan motto LengQuas iaitu Mudah, Cepat Dan Enak, jadi anda kena cuba Paru Goreng Berlada, Daging Masak hitam, Daging Dendeng, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Ayam Kukus, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Ayam Masak Hitam, Nasi Briyani Ayam Masak Merah, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Putih Daging Masak Hitam.


Baca : 7 Menu Makanan Sejuk Beku Untuk Ringankan Tugas Di Dapur


Antara menu yang mendapat sambutan hangat adalah Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Percik dan Paru Goreng Berlada.




4 Produk RTE terbaru Dapur Setempat KOPETRO : Daging Perap Beku, Ayam Pedas Korea, Ikan Merah Kukus dan Puff Daging, 


Jadi dalam kesempatan tu, saya pun tak lepas peluang mencuba dan membeli buat stok kelima-lima produk yang baru diperkenalkan tu. 


Apa yang saya suka, produk RTE LengQuas ni tak perlu dimasak dalam kuali atau periuk dan tidak perlu dipanaskan lama, cukup mudah untuk disediakan dengan hanya tebuk lubang di atas plastik penutup. Masukkan ke dalam microwave selam 3 hingga 4 minit dan boleh diambil dan makan.


Tak ada microwave atau suka travel, tak perlu risau sebab produk ni anda boleh rendam dalam air panas dalam 6 minit dan boleh sedia dimakan. Masak jer air dalam kettle dalam bilik hotel tu, pastu masukkan pek RTE ni, cukup mudah kan.


1. Puff Daging


Pagi tadi perut terasa sangat lapar, sambil dok fikir nak makan apa dan teringat saya ada stok RTE LengQuas, jadi bersarapanlah dengan Puff Daging. Panaskan dalam microwave selama 3-4 minit jer dah boleh dimakan. Memang sedap dengan isi daging batang pinang yang cukup lembut walaupun saiznya agak tebal dan itulah yang mengenyangkan. Di dalam pek tu ada sos black pepper dan sayur lobak merah serta brokoli. Memang terlebih kenyang kalau dimakan seorang diri, jadi berkongsilah dengan the girl.


2. Ayam Pedas Korea


Bila Cik Meya tengok Ayam Pedas Korea ni terus dia nak cuba sebab katanya nak tahu sedap tak macam ayam goreng Korea yang eprnah dia makan. Ada 3 ketuk bahagian kepak dalam pek ni dan memang dia suka sebab terasa pedas manis dari sos dan bijan yang ditabur di atas ayam tu cukup membuat terbuka selera. Tak sempat makan dengan nasi, habis diratahnya. 


3. Ikan Merah Kukus


Mulanya agak risau nak makan Ikan Merah Kukus ni sebab takut berbau tapi bila dipanaskan dan cukup sedap dimakan. Tiada bau hanyir sebab dimasak dengan baik dan rasanya orang diet boleh la jadikan stok di rumah.


4. Ayam Cili Padi


Orang Malaysia terutamanya orang Melayu memang sukakan lauk yang pedas jadi Ayam Cili Padi ni memang cukup menepati selera saya yang sukakan masakan pedas. Memang seakan  masakan yang kita masak  di rumah. 


5. Daging Perap Barbeku


Sebagai peminat daging, memang saya cukup puashati dengan rasa daging perap barbeku ni yang tidak liat, lembap dengan sos terayaki serta kicap cair, wangi minyak bijan dan terasa cukup juicy. Nak kunyah pun tak sakit rahang.




Dah kata hari terbuka, pengunjung di jamu dengan makanan tengahari dari produk LengQuas. 




Pengalaman paling best, bila diberikan peluang melawat ke dalam Dapur Setempat KOPETRO, tempat penyediaan masakan serta tempat penyimpanan barangan serta diterangkan sedikit sebanyak cara pembungkusan produk. Cukup teratur bagi memastikan kualiti produk terjaga. Jangan risau sebab produk LengQuas diperakui HALAL serta mendapat pensijilan dari pihak berwajib.


Selain itu jenama LengQuas ini adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerth The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku. Selain diiktiraf dengan sijil HACCP (Hazard Analysis dan Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice) daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM), Kementerian Kesihatan Malaysia, produk LengQuas turut mempunyai pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.


Produk LengQuas ni bukan sesuatu yang asing pada saya dan memang antara produk yang saya simpan stok terutama di bulan Ramadan. 


Kalau dulu agak susah nak dapatkan produk LengQuas ni tapi kini, selain boleh didapati dari 800 ejen seluruh Malaysia, anda juga boleh mendapatkannya di stesen-stesen minyak, kedai serbaneka, kafe, pasaraya seperti ST Rosyam Mart.


Semasa hari terbuka tempohari, pihak LengQuas turut memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menjadi ejen dan menjana pendapatan dengan produk LengQuas, jadi kalau berminat boleh la hubungi pihak LengQuas.


Untuk yang ingin mendapatkan informasi terkini atau berkenaan produk LengQuas, bolehlah ikuti mereka di sosial media berikut: 


Facebook: https://www.facebook.com/lengquas.official/

IG: https://www.instagram.com/lengquas.official/

Twitter: https://twitter.com/lengquas

Email: food@kopetro.com.my

Whatsapp: +60 17-319 576