Salam Aidilfitri 1434H Yang Indah - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Salam Aidilfitri 1434H Yang Indah

Salam Aidilfitri 1434H Yang Indah | Raya terkejut? atau Raya Mengejut? Sebenarnya memang dah expect pun raya akan jatuh pada hari Isnin, 2 Mei bila di sosial media dok berlegar bercerita pasal Arab Saudi yang akan sambut raya pada hari Isnin. Sebenarnya tahun 2022 bukan kali pertama raya awal sehari sebab pernah berlaku pada tahun 1983 bila Perak dan Johor menyambut sehari lebih awal berbanding 12 negeri dalam Malaysia.


Jadi bila tahun 2022 ni kita sambut raya sehari lebih awal, iaitu kita berpuasa sebanyak 29 hari tu bukan sesuatu yang pelik sebab dalam bulan Islam, bulan Ramadan ini mempunyai 29 dan 30 hari. 




Saya selaku pemilik blog iamfuzy.com ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, mohon maaf zahir batin buat semua kenalan yang mengenali secara peribadi dan di alam maya ini. Mungkin sepanjang saya menitipkan penulisan secara maya, ada perkara yang tidak disenangi dan menguris rasa. 


Jadi saya memohon sepuluh jari memohon kemaafaan. Semoga syawal kali ini menemukan kita dengan keceriaan, kebahagiaan dan kemenangan yang hakiki. Alhamdulillah, syukur kerana kita telah melepasi ujian Ramadan yang diberikan Allah SWT selama sebulan kita berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga.




Tiada kata seindah bahasa,

Tiada ayat semanis zikir, 

Tiada hari semulia aidilfitri

Jari dihimpun memohon ampun

Memohon maaf andai ada terkasar bahasa

Selamat hari raya Aidilfitri

Mohon maaf zahir dan batin.


Bulan Syawal adalah waktu untuk kita mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah mendekatkan yang jauh dan saling bermaaf-maafan sesama kita dalam norma baharu. Alhamdulillah, kali ini kita dapat merayakan Aidilfitri lebih meriah dan tidak terlalu terikat dengan SOP.


Meski wajah tak mampu berjumpa. Tangan tak bisa saling berjabat. Semoga coretan kata ini mampu menjadi jambatan di hari penuh kemenangan. MINAL AIDIL WAL FA'IZIN..


1443H Aidilfitri Istimewa 

Tahun ni agak istimewa bila hero-hero dan DH tak banyak hal dan nak ikut tema dalam sambutan Aidilfitri dengan tema warna silver terang buat anak-anak. Agak jenuh la nak cari secara online sementara Angah Ammar rajin pula ke Jakel untuk shopping baju raya tapi warnanya agak gelap. Ahh tak kisah la kan asal tema tu lebih kurang.



Paling best bila semua sporting untuk buat photoshot kat tasik Sri Rampai pada hari Sabtu, hari kami bertolak ke utara. Memang agak padat jadual bila kena ke rumah bonda selepas tu untuk hantar lauk tengahhari dan balik sambung kemas bag pakaian.  Seperti planning, memang kami bertolak sebelum Asar dan melalui jalan luar bandar sebab tak nak bersesak di lebuhraya PLUS.


Nanti saya ceritakan pengalaman melalui jalan luar bandar yang cukup menarik di entri akan datang.


Selamat hari raya semua!!

14 comments:

  1. Wahhhh.. Tema grey.. Salam Aidilfitri ye kak Fuzy... Moga dilindungi Allah selalu... Amkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Nona..tahun ni mood raya lain sikit dan dapat kerjasama semua hehe

      Delete
  2. Tahun ni raya terkejut kan. Habis semua tak prepare lagi. Rindu plak malam raya hari tu

    follow here #653

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...terkejut tapi kenangan indah tuu..

      Delete
  3. Tahun ni raya terkejut kan. Habis semua tak prepare lagi. Rindu plak malam raya hari tu

    follow here #653

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya terkejut tapi penuh keindahan kann..

      Delete
  4. cantik warna grey. Selamat hari raya kak. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jatuh cinta dgn tema tahun ni...terima kasih CR..

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Kak Fuzy...
    Mohon maaf andai ada tersalah silap dalam berblogging, waktu tinggalkan komen ye.

    ReplyDelete
  6. cantik warna tema silver. selamat hari raya untuk akak dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ..selamat hari raya utk Sal dan keluarga juga

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin....

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad