Balik Kenduri Di Kedah, Singgah Ke Nat Pokok Getah | Minggu lepas kami balik kampung lagi buat kali ke 3 tahun ni. Mentang-mentang dah 3 tahun tak balik kampung dek sebab PKP, maka tahun ni memang balas dendam la kot. Kalau di congak mungkin kami akan balik kampung 5 atau 6 kali tahun ni. 


Kali ni kami balik kampung hanya 6 orang sebab Angah Ammar ada appointment dan KC Iman pula ada kelas. Jadi bertolaklah kami pada tengahhari hari Jumaat sebab turn umi tidur rumah bonda, settle apa yang perlu baru boleh gerak balik rumah. Mujur kain baju tak bawa banyak walau 


Kedah

Sebahagian lauk pauk yang cukup simple tapi sedap sebabnya dimasak secara gotong royong adikk beradik. Paling sedap gulai pisang dengan udang yang sangat menyelerakan, kurma daging utara, daging masak kicap, sambal belacan, acar buah dengan kuih muih yang macam-macam jenis.


Dah macam kenduri kahwin bila adik beradik, saudara terdekat DH datang berkunjung. Memang cukup seronok sebab adik beradik DH cukup korum dengan abang Chaq (abang sulung DH) yang dah bertahun tak balik kampung selepas pemergian FiL. Dengan usia yang semakin meningkat, nak memandu jauh dari Skudai, Johor ke Kedah tu memang memenatkan.


Memang penat walau umi bukan la menolong sangat, hanya tolong gitu-gitu dan lebih banyak menolong tengok orang lain buat kerja.


Lewat petang tu DH pun dah kepenatan, sambil berbaring tu sambil mengingatkan untuk bangun awal keesokkan hari sebab nak sarapan kat Nat Pokok Getah. Umi apa lagi, sengih la memanjang. 


Pagi tu memang bangun awal semua anak-anak sebab teruja nak ke Nat Pokok Getah dan kononnya tak nak sarapan tapi bila kakak DH dah sediakan air nescafe dan kuih apom, cubit la sikit. Tapi extra bagi umi bila nampak pulut, memang jamah la sikit dengan ikan masin sejuk. Bila dah kahwin ni kita kena belajar dan menerima cara orang lain, tak boleh ikut kepala sendiri ya anak-anak.



Perjalanan dari rumah kakak DH ke Nat ada dalam 30 minit tapi  nak mencari parking cukup payah dengan banyak ruang dipenuh dengan  orang yang meniaga. Baru teringat yang hari tu (19 Jun,  Ahad) hari Keputeraan Sultan Kedah, jadi ramai yang bercuti sebab tu ramai pengunjung dan peniaga. Jadinya DH parking kereta jauh dan jauhlah juga kami kena jalan kaki. Exercise sesekali pun ok kan.



Memang sedap dan bihun sup utara kat CT Bihun Sup Kodiang ni. Jadi kalau sesiapa ke Nat Pokok Getah, sila singgah makan kat sini. Bukan hanya ada bihun, kuetiaw tapi nasi ayam pun ada. Sempat juga umi merasa nasi ayam dekat pinggan Ayong.


Waktu sampai kat gerai bihun sup, eh ternampak pulak abang sepupu DH dengan isterinya baru selesai menjamu selera. 


Lepas perut kenyang, maka kami mula mengatur langkah dan misi umi memang tiada spesifik barang yang nak dicari tapi DH nak cari seluar hiking. Kali pertama dia ke sini, dia beli seluar hiking yang sungguh selesa so dia ingat nak beli lagi sebab dia kerap kerja di luar.




DH dengan misi seluar hiking tapi malang tak jumpa yang berkenan dihati. Kat sini pun ada orang jual barangan lama dan buku-buku lama seperti majalah Mastika, novel dan banyak buku lama yang  mungkin ada pembeli yang berminat. Niat umi nak cari novel lain tapi terbeli novel karya HM 
Tuah Iskandar. Kiranya ini buku kedua karya HM Tuah Iskandar dalam koleksi umi. 


Ni dia buah yang menjadi pertanyaan umi pada DH dan buah yang warna kuning tu buat Stey adik beradik buah Setoi. Buah Stey ni sedap dimakan dengan garam belacan, baca kat SINI


Buah yang satu lagi tu buah Kulim yang baik untuk kesihatan terutama mengubati penyakit buah pinggang dan punya khasiat yang lain. Caranya nanti umi share bila ada kelapangan. Memang tak risau sebab buah kulim tu dah kering jadi ianya tak akan busuk.


Sempat lagi kami bergambar kan sebagai kenangan dengan badan yang berlengas dan berpeluh. Nak berjalan di Nat Pokok Getah ni kena hati-hati takut tersepak akar pokok, mau tertungging, bukan dapat  malu.je boleh dapat luka juga. Kalau orang tua ni jatuh memang buruk macam nangka busuk..hahaha


Suami adik DH entah mana pula dia menghilang, pastinya mencari barangan yang memikat hati. 



DH nampak ikan yu sambil terliur jer, kalau tak sebab nak hantar Ayong dan bermalam di Kuak Hill Resort, mesti dia beli ikan dan cari tong putih untuk simpan. The girls pula walau dah kenyang makan bihun sup, nasi ayam tetap nak jengah kat gerai lokching ni.



Kalau nampak gerai jual minuman ni sila singgah la ya. Peramah sungguh budak yang meniaga air ni.


Pendek kata, apa yang kita nak ada kat Nat Pokok Getah ni, dan umi sempat belikan bonda 2 helai baju kurung kedah yang cukup cantik jahitannya dan KY pulak belikan kain batik buat tok maknya.


Memandangkan kami nak menhantar Ayong ke Lengong, maka tidaklah boleh kami berlama-lama kat sini sebab perjalanan yang agak jauh.


So bye bye Nat Pokok Getah, nanti kami singgah lagi.