Agama Kita DiHina Kerana Kita Menghina Agama Lain | Cukup menyedihkan bila hari ni ada kawan kat twitter kongsi ada lagi seorang Melayu yang menghina agama Islam dan petang tadi nampak ke perempuan Melayu yang hafal 15 juzuk tu tidak boleh disabitkan kesalahan kerana ada kad OKU.


Lepas makan cekodok pisang tanduk, sambil melayan media sosial petang tadi, sambil berborak santai dengan DH perihal kerjanya, perihal kisah keluarga hingga ke isu hina gama Islam yang semakin menjadi-jadi. Lebih menyedihkan yang menghina tu adalah orang Melayu dan beragama Islam. Rasa semakin takut bila yang menghina ni bukan biasa-biasa rupanya.


Agama Kita DiHina Kerana Kita Menghina Agama Lain

Kata DH, beberapa hari lepas, dia terjumpa ayat yang cukup menyedarkan sewaktu membaca Al-Quran dan dia suruh saya cari Surah Al-An'am ayat 108 dan cuba fahami. 


Allahuakbar! rupanya Allah swt sudah nyatakan secara terang-terangan di dalam Al-Quran dan cukup mudah untuk kita fahami. Ya, kita mungkin tidak seperti orang lain yang menghina agama lain di media sosial tapi pernah tidak terlintas di fikiran yang kita juga pernah secara tidak langsung memaki dan menghina sesetengah agama akan apa yang disembahnya. Sungguh celupar mulut kita hingga mengakibatkan agama kita dihina dengan begitu teruk sekali.


Memahami Surah AlAn'am ini memang cukup menginsafkan umi dan semoga perkongsian umi ini juga dapat memberi pengajaran buat kita semua. Ianya serupa seperti kita mengata orang lain akan sesuatu perbuatan dan kemudian orang lain pula mengata kita dengan kadar yang lebih teruk.


Surah Al-An'am - ayat 108

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ فَيَسُبُّوا اللّٰهَ عَدْوًاۢ بِغَيْرِ عِلْمٍۗ كَذٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ اُمَّةٍ عَمَلَهُمْۖ ثُمَّ اِلٰى رَبِّهِمْ مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ


Dan janganlah kamu memaki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.


Tafsir ringkas :

Ayat ini secara khusus ditujukan kepada kaum muslim tentang bagaimana seharusnya bersikap menghadapi sesembahan kaum musyrik. Dan janganlah kamu, wahai kaum muslim, memaki sesembahan seperti berhala-berhala dan lainnya yang mereka sembah selain Allah, karena jika kamu memakinya, maka akibatnya mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas atau tanpa berpikir dan tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, sudah menjadi sebuah ketentuan yang berlaku sepanjang masa bahwa Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Mereka harus mempertanggungjawabkan perbuatan mereka. Kemudian pada saat yang telah ditentukan, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan untuk mendapatkan balasan yang setimpal.


sumber : tokopedia.com