Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian | Siapakah sahabat-sahabat kita sebenarnya ? Adakah kita mengenali mereka secara mendalam atau sekadar luaran sahaja? Ramai yang tidak mementingkan siapakah sahabat dalam erti kata sebenarnya.  Asalkan ada orang ingin bersahabat, maka kita dengan murah hati menerimannya


Dalam memilih sahabat, kita digalakkan suapay memilih sahabat yang benari-benar boleh membimbing kita ke jalan yang lurus, bukan sahabat yang akan menjerumuskan ke arah kejahatan


Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengingatkan dalam hadis oleh At-Tirmizi, katanya, "Seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan temannya.  Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman"

Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian


Oleh kerana itulah sebagai ibu bapa, kita harus tahu siapakah sahabat anak-anak kita untuk mengelak daripada terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat.


Rasulullah s.a.w juga berpesan, menerusi hadis oleh Al-Bukhari dan Muslim yang mengatakan, "Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangaian dan tukang besi.  Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripada sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk"


Kita juga sering diingatkan, jika berkawan dengan orang yang mengangkat najis, tidak banyak tidak kita juga akan terpalit dengan najis yang diangkat itu.  Begitulah juga jika berkawan dengan penjual minyak wangi, pasti kita akan dapat mencium baunya.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatakan oleh al-Bukhari dan Muslim di aman Rasulullah s.a.w menyenaraikan TUJUH (7) golongan yang akan mendapat perlinduNgan ALLAH pada hari di mana tidak akan dapat perlindungan melainkan dengan perlindungan-NYA, iaitu salah satunya ialah dua lelaki yang saling mencintai kerana ALLAH S.W.T. Mereka ertmu dan berpisah hanya kerana-NYA.  Jadi, pilihlah sahabt yang boleh mengajak dan sama-sama mendorong ke arah pkejahatan dan kemungkaran. Insya-ALLAH persahabatan tersebut akan dirahmati oleh ALLAH


Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Sayidina Ali melalui kata-kata hikmahnya iaitu, "Seseorang yang mempunyai 1000 orang kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia apabila dia benar-benar memeerlukan tetatpi jika dia mempunyai seeorang musush, dia akan mendapati musuh itu ada di mana-mana."


Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepda puteranya dalam memilih sahabat. Katanya. "Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang siatnya seperti berikut :


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatan itu


3. Jika engkau memerlukan pertolongan, misalnya dari segi kewangan, dia akan membantumu


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerima dengan baik


5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu


6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya


7. Jika engaku memi nta sesutu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.


9. Jika datang sesuatu bencan menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut)


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.


11. Jika engkau merancangn sesuatu, nescaya dia akan membantumu.


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sajaj membawa kita ke lembah kehinaan malah apabila memerlukannya pda waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri daripada kita.


Ikuti dan contohilah sahabat Rasulullah s.a.w dalam bersahabat. Mereka saling mengasihi kerana ALLAH. Bertem dan berpisah hanya kerana-NYA.  Tiada apa yang lebih bermakna daripada sahabat sejati.  Mereka mendahulukan sahabat yang dalam kesusahan melebihi diri sendiri.


Islam telah mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang terdiri daripada penduduk asal Madinah.  Begitu juga mempersaudarakan kaum Muhajirin (penduduk asal Mekah) yang berhijrah ke Madinah) dan Ansor ('Aus dan Khazraj) sehinggakan ada di kalangan sahabat dari golongan Ansor yang sanggup menawarkan harta kepada para sahabat dari golongan Muhajirin.  Lebih mengagumkan ada di kalangan mereka yang menawarkan salah seorang isteri yang dicintai kepada sahabat mereka golongan Muhajirin.  Demikianlah hakikat persahabatan dan ukhuwah dalam Islam.


Maka jadilah kita Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian yang suka untuk didampingi rakan sekeling bukan dibenci


Bab 48 / Pesanan Terakhir Rasulullah