Tasneem Marketplace, Kolaborasi 5 Jenama Besar Malaysia Bantu Surirumah Jana Pendapatan |  Kalau dulu kita sering mendengar keluhan orang ramai terutama surirumah akan kepayahan hidup hingga ada yang mencatu makanan dan ada yang makan nasi dengan garam demi menghadkan kos kehidupan.


Kini, para surirumah tidak perlu risau dan peluang terbuka luas buat anda yang berhasrat untuk menjana pendapatan bagi keluarga. Tasneem Marketplace, kolaborasi 5 jenama besar Malaysia bantu surirumah jana pendapatan tanpa modal dan boleh  tambah duit saku yang mudah dan fleksibel!



KOLABORASI TASNEEM NATUREL, TANAMERA, PUSTAKA DARUL IMAN, EYYOO DAN AQIQAH CENTRE MELALUI PLATFORM TASNEEM MARKETKPLACE BANTU GOLONGAN SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN 


Baru-baru ini satu majlis pelancaran Tasneem marketplace telah diadakan di Bangi Golf Resort bagi membantu mereka yang berminat untuk menggandakan simpanan di bank. Pelancaran Tasneemm Naturel dan 4 jenama besar Malaysia begitu komited ingin membantu golongan berpendapatan sederhana, khususnya golongan suri rumah bagi memperolehi pendapatan 4 angka sebulan.


Tasneem Marketplace, Kolaborasi 5 Jenama Besar Malaysia Bantu Surirumah Jana Pendapatan


Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace. 


Pihak Tasneem Marketplace meletakan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.


Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.


Tasneem Marketplace, Kolaborasi 5 Jenama Besar Malaysia Bantu Surirumah Jana Pendapatan


TASNEEM MARKETPLACE

Platform yang menggunakan sistem agent ini bukan sahaja tidak perlu mengeluarkan modal, malah turut menyediakan bimbingan pakar dan bahan pemasaran secara percuma. Pendaftaran adalah percuma dan anda akan menikmaticashback minimum 3% dengan Tasneem Marketplace!


Apa yang menarik selaiin anda dapat menambah pendapatan, pengumpulan mata dan berpeluang mendapat ganjaran idaman dengan menyertai Tasneem Marketplace.


Tasneem Marketplace, Kolaborasi 5 Jenama Besar Malaysia Bantu Surirumah Jana Pendapatan


2 PILIHAN JANA PENDAPATAN DENGAN TASNEEM MARKETPLACE


Terdapat 2 pilihan bagi surirumah untuk menjana pendapatan di Tasneeem Marketplace, iaitu Tasneem Marketplace Customer atau Tasneem Marketplace Reseller yang mana keduanya akan membantu menjana pendapatan tanpa anda mengeluarkan sebarang modal. Menarik kan!


KELEBIHAN MENJADI TMPC - Tasneem Marketplace Customer

  • Daftar Percuma
  • Minimum 3% cashback
  • Komisen
  • Kumpul point
  • Postage direct HQ


KELEBIHAN MENJADI TMPR - Tasneem Marketplace Reseller

  • Daftar Percuma
  • Modal tidak perlu dikeluarkan
  • HQ uruskan semua postage
  • Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah
  • Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri
  • Reward yang menarik.
  • Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya
  • Ada penyata pendapatan


 

Bak kata pepatah "jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" jika kita tidak berusaha, apakah kita boleh mendapatkan hasilnya? 


Jadi tunggu apa lagi ibu-ibu sekelian, ayuh wahai surirumah, jom tingkatkan kewangan diri dan untuk keluarga dengan menyertai jemaah TMP, sertai sesi preview di telegram - https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1


Untuk mendapatkan informasi sepenuhnya boleh layari www.tasneemmarketplace.com | Facebook : https://www.facebook.com/tasneemmarketplace