Konsert Bersifat Nasionalisme Sempena Merdeka Anjuran Hype Global Ventures | 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, dalam mengingati kembali hari kemerdekaan negara kita.


Oleh itu, HYPE GLOBAL VENTURES yang sangat terkenal sebagai penganjur dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, enggan melepaskan peluang untuk meraikannya dan dengan julung kalinya menganjurkan dua konsert dengan semangat nasionalisme buat rakyat Malaysia. 


Kedua-dua konsert yang dinamakan Malam Merdeka Bah Kita 2022, dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 30 Ogos 2022 dan Malam Santai Musikal The Mines, dijadualkan pada 2 September 2022 di The Mines, Seri Kembangan.


KONSERT MALAM MERDEKA BAH KITA 2022





Konsert tersebut akan bermula dari pukul 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM120.


Beli tiket sekarang di www.ticket2u.com.my/event/28107/malam-merdeka-bah-kita-2022


Barisan penghibur yang disediakan pihak penganjur juga sudah mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi satu bonus apabila HYPE GLOBAL VENTURES membawakan penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun




Antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazamana, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella, Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.


"Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini.


"Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube.


"Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti," ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof.


Malah karnival di Tawau ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai malam kemuncak menyambut kemerdekaan.


Selain konsert yang menjadi kemuncak karnival di Tawau, terdapat banyak aktiviti disediakan pengunjung termasuk pertandingan karaoke, batltle of the band dan jualan karnival dari makanan hingga pelbagai barangan dan pakaian.


Pengunjung bertuah pula mungkin akan membawa pulang hadiah utama atau lucky draw yang merupakan sebuah motorsikal 250cc selepas detik 12 malam, 30 Ogos itu.


"Kami sangat mengalu alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan," tambah Johari.



Untuk menyambung semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES mengadakan persembahan kedua, Malam Santai Musical yang dijadualkan berlangsung di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September 2022.


Persembahan yang akan bermula pada 8.30 malam itu akan menampilkan Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka serta Valdy Nyonk sebagai penampilan khas menghiburkan pengunjung di tapak uptown yang sememangnya menjadi tumpuan ramai itu.


Dua harga tiket dijual iaitu RM65 dan RM165.


"Pemilihan melakukan persembahan di lokasi Uptown The Mines pula kerana di sinilah tapak pemula HYPe. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan ini ia akan menambah nilai promosi kepada tempat ini," kata Johari.


Untuk sebaran keterangan lanjut boleh hubungi talian +60 12-674 8347 Farizal dan +60 19 560 7948 Tado untuk acara persembahan di Mines.


KONSERT MALAM MERDEKA BAH KITA 2022

Lokasi: Kompleks Sukan Tawau, Sabah

Masa: 6 petang sehingga 12 tengah malam

Penghibur: Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka, Valdy Nyonk

Harga Tiket: RM45, RM80, RM120



KONSERT MALAM SANTAI MUSIKAL THE MINES

Lokasi : Uptown The Mines, Seri Kembangan

Masa: 9 hingga 11 malam

Penghibur: Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka, Valdy Nyonk

Harga Tiket: RM65, RM165