Berdoalah Selagi Belum Dimakbulkan - 100 Pesan Terakhir Rasulullah | Terdapat sesetengah daripada kita apabila doanya tidak dimakbulkan, mereka berasa kecewa dan putus asa.  Mereka beranggapan ALLAH tidak mendengar doanya serta tidak mendapat perhatian ALLAH.  Anggapan mereka sebenarnya salah. Dia sentiasa mendengar doa para hamba-NYA.


Berdoalah Selagi Belum Dimakbulkan - 100 Pesan Terakhir Rasulullah


ALLAH akan memperkenankan doa hamba-NYA selagi tidak mengandungi unsur-unsur seperti permintaan yang melibatkan dosa, memutuskan silaturahim atau perasaan tidak sabar agar doa tersebut segera diperkenankan. Seseorang yang berdoa itu hendaklah sentaias bersangka baik dengan ALLAH bahawa DIA akan memperkenankan doa tersebut walau dengan cara apa sekalipun.  Begitu juga dia tidak boleh mudah putus asa dan hendaklah sentiasa berharap agar doanya itu dimakbulkan.


Samaada doa itu dipercepat atau tlambat diperkenankan hanya ALLAH yang tahu.  Sudah tentu ada sebab dan musababnya sesuatu doa itu dipercepat atau dilambatkan.  Oleh kerana itu, usah henti berdoa dan teruslah berdoa.


Cara bagaimana ALLAH memperkenankan doa seseorang hamban-NYA juga berbeza-beza. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar dan rezeki yang melimpah ruah tetapi ALLAH Maha Mengetahui..apabila diberi kekayaan, dia akan sombong dan bakhil lalu dia hanya diberikan rezeki yang hanya secukupnya.


Oleh yang demikian, kita yang berdoa usah sekali-kali membuat kesimpulan bahawa doa tersebut tidak diterima, sebaliknya hendalah melihat ke dalam diri sendiri apakah yang menyebabkan doa itu lambat diperkenankan.


Hadis daripaada Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Yala, Rasullah SAW berkata, "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada didalamnya dosa tau memutuskan silaturahim melainkan ALLAH yakan memberi kepadanya salah satu daripada tiga perkara;  sama adda disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya."


Berdoa kepada ALLAH merupakan satu ibadat.  Maksudnya, jika seorang hamba itu berdoa selamma sejam, dia sebenarnya sedang beribadaat selama sejam.  Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadat sepanjang malam.


Rasullah SAW berkata dalam satu hadis daripada Abu Daud dan At-Tirmiiizi, Rasullah SAW berkata, "Doa itu adalah ibadat."


Wlaupun doa itu satu ibadar, usah pula kita berdoa kepada sesuatu yang lain selain ALLAH seandainya doa itu belum diperkenankan kerana ia akan membawa kepada perbuaan syirik sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran surah al-Ahqaf ayat 5 - 6 bermaksud, "Dan tiada yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain ALLAH, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedan mereka (makluk-makluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat) seala yang disembah itu menjadi musuh (kepada oran gyang menyembahnya) dan membantah mereka."


Kehidupan ini memiliki rahsia yang tersembunyi dan tiada sesiapa mengetahuinya.  Adakal apa yang kita harapkan tidak menjadi,s ebaliknya apa kita tidak minta, kita memperolehinya.  Hanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita dan yang tidak baik untuk kita.


ALLAH Maga mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi.  Hanya kita selalu keliru dalam menilai sesuatu keadaan.  Sehingga kadangkala kita berdoa hendakkan sesuatu sedangkan ALLAH mengetahui ia tidak baik untuk kita.  ALLAH menggantikan dengan perkara lain tetapi kita mungkin tidka peasan atau sedar.


Seseorang itu mungkin beranggapan doanya belum diperkenankan ttapi pada hakikatnya dia sedang menikmati apa yang dipintanya.  Oleh itu, usah cepat berputus asa dengan rahmat ALLAH dan trus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.


Truskan berdoa di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH berikan kepada kita dalam hidup ini.  Ingatlah.. usah terlalu mudah beranggapan bahawa ALLAH menolak doa kita. Jauhi prasangka itu!


100 Pesan Terakhir Rasulullah

Berdoalah Selagi Belum Dimakbulkan - bab 36 / 137