Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ? - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ?

Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ? | Meriah sungguh umi tengok gambar-gambar yang DH ambil sewaktu bertugas seawal subuh tadi di Dataran Merdeka. Umi hanya mampu tonton kat kaca televisyen saja seperti selalu sebab tak sanggup nak berhimpit dan nak keluar subuh semata-mata nak raikan kemerdekaan.


Pengalaman menjadi sebahagian peserta perbarisan waktu zaman sekolah dulu memang masih diingati, indah walau kena bangun awal pagi untuk ke Dataran Merdeka. Malang sekali dulu tiada kamera apalagi smartphone macam sekarang yang membolehkan kita ambil gambar dan up kat socialmedia atau sebagai simpanan. Kalau ada pun, memang tak boleh nak tayang sebab gambar zaman jahil kan, simpan untuk kenangan sendiri dan anak-anak jer.


Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ?


Gambar-gambar kredit facebook Nadzley Amn


Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ?

Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ?


Bila tengok para perajurit negara ni, rasa bangga berkobar-kobar sebab Allahyarham Abah juga bekas tentera dengan pangkat Sarjan sebelum pencen. Tapi dalam keluarga, hanya abang Ngah, saja yang jadi tentera tapi menamatkan perkhidmatan bila dapat offer bekerja di syarikat biras. Memang sayang sebab sepatutnya dia tunggu sampai dapat sayap dulu, tapi itulah, keputusan di tangan dia sendiri.


Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ?

Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ?

Kenangan Manis Bagi Kita, Kepayahan Bagi Orang Lain



Dalam dok layan tengok social media, ternampak gambar yang dikongsi dari socialmedia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menujukkan kerosakan yang berlaku selepas bandar Kuala Lumpur dibanjiri orang ramai yang datang untuk memeriahkan sambutan hari kemerdekaan negara.


Dalam BH online dikatan 70,000 orang memenuhi Dataran Merdeka, yang pastinya semua orang nak melihat dengan lebih dekat setiap kumpulan yang melintas dalam perbarisan, jadi pokok-pokok jadi mangsa. Bukan hanya dipijak malahan ada yang memanjat pokok untuk mendapat view yang lebih jelas.


Kesimpulannya, apakah Dataran Merdeka masih lagi sesuai untuk sambutan kemerdekaan? 


MERDEKAKAH DIRI KITA

Semoga kita terus memahami erti merdeka sebenarnya dengan merdekakan diri, merdekakan jiwa, merdekakan pemikiran, merdeka dari kesempitan, merdeka dari kebodohan, merdeka dari ketaksuban dan berpijak di bumi untuk menerima kenyataaan.


Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Merdekakah Diri Kita ? tepuk dada tanya pada akal kita.

8 comments:

  1. Rasanya, ramai anak muda sekarang tak rasa apa makna sebenar merdeka...even anak kita sendiri pun tanya, apa makna merdeka sebenar dan kenapa perlu diraikan sebagaimana semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan bila anak2 sekarang ni tak faham tapi mungkin sebab 2 tahun tiada sambutan agaknya

      Delete
  2. Semoga Malaysia semakin sejahtera, salam dari Indonesia

    ReplyDelete
  3. itulah sian sungguh pokok, terasa sakit dipijak tu. Boleh tukar lokasi sambutan lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kena tukar venue, ehh sama mcm suami Kak Fuzy katakan tempohhari

      Delete
  4. Salam kemerdekaan.. wahhh cantiknya gambar.. jeles kita

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad