Tuai Pisang Berangan, Rezeki Berbudi Pada Tanah | Alhamdulillah, anak pokok pisang berangan yang kekanda Kak Jang berikan tahun lepas kalau tak silap dah membesar dengan jayanya dan mengeluarkan hasil, malah dah 2 - 3 anak pokok.


Kalau tak silap tu ada dalam 8 sisir dan 4 sisir disedekah pada jiran. Setiap sisir tu ada dalam 8 ke 10 biji dan ada yang sangat kecil. Mungkin tak cukup nutrien dalam tanah kot. Apa pun tetap ada rezeki untuk merasa pisang berangan kat tanah sendiri.


pisang
Tuai Pisang Berangan, Rezeki Berbudi Pada Tanah


Inilah dia hasil dari pokok pertama dan soon dari anak-anak pokok pisang berangan yang belum masanya untuk mengeluarkan buah. 


Risau juga DH bila tengok kat macam ada buah pisang ni yang macam kurang matang, tak per In sha Allah, ok rasanya.


Dalam fikiran ni dah terfikir nak buat goreng pisang dan makan mentah pun lagi sedap dan jimat minyak, jimat gas dan jimat tenaga kan.


Rezeki dari Allah SWT walau kami hanya tanam dan sesekali DH akan buang daun yang buruk, kemaskan pokok supaya sedap mata memandang. 


Tuai Pisang Berangan, Rezeki Berbudi Pada Tanah


Ni la dia penanam pisang yang hebat dengan keluasan tanah tak sampai 10 langkah ni DH boleh tanam pokok pisang, pokok pandan, pokok buluh, pokok belimbing buluh, pokok limau kasturi, limau purut tapi masih tiada hasilnya selain pokok bunga. 


Lepas dah diambil buahnya, ditebang dan dibuang jer batang dan daunnya kalau tak memang risau kota ada yang bintang berbisa menumpang bila dah terdampar kat tanah.


Tuai Pisang Berangan, Rezeki Berbudi Pada Tanah

Ada 3 batang pokok pisang yang menanti untuk dituai tapi malang sekali umi tak kenal pokok pisang jenis apa tapi selama ni pisang kami jenis pisang yang gemuk dan manis.


Info yang umi dapat. katanya pokok pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam tapi ianya bergantung kepada jenis dan kesuburan pokok atau mungkin tanah juga. Memang risau sebab tanah kami tu banyak batu tapi mujur masih boleh mengeluarkan hasil pokok-pokok pisang kami ni.


Katanya juga pisang berangan akan berjantung dalam masa 9 bulan selepas ditanam dan hasil boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian sementara Pisang Mas pula hanya mengambil masa 6 - 7 bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. 


Tuai Pisang Berangan, Rezeki Berbudi Pada Tanah


Inilah dia pokok-pokok pisang kat belakang rumah, kalau tak silap ada kurang  dari 20 batang. Ada yang kurus dan ada yang bulat gemuk.


Sejak pokok pisang ditanam kat rumah ni, memang umi tak beli daun pisang kalau nak buat lepat liat, lepat pisang dan lain-lain kegunaan daun pisang. Paling sedap buat gulai dengan batang pisang tapi agak renyah 




Alhamdulillah, Tuai Pisang Berangan, Rezeki Berbudi Pada Tanah yang cukup membuat umi rasa bahagia bila selalu dapat hasil darinya