Majlis Konvokesyen PSIS Ke 19 Buat Cik Meya Di Sabak Bernam | Alhamdulillah, berakhir pesta konvo terakhir buat umi dan DH bila selesainya majlis konvokesyen PSIS ke 19 buat Cik Meya di Sabak Bernam baru-baru ni. Fuhh memang tarik nafas lega sebab pengajian anak-anak dah tamat, maka selesailah kos pengajian yang dibiaya sepenuhnya dengan duit hasil titik peluh kami kecuali cik Meya yang terpaksa ambil PTPTN. 


Mana taknya 3 orang anak sekali belajar, tapi loan PTPTN ni DH akan bayar sebabnya rasa tidak adil untuk Cik Meya bayar walhal kedua-dua abang dan kedua-dua kakaknya kami biaya hingga selesai. Bila tiba majlis konvo pun serentak dalam tahun yang sama. Ligat sungguh kami ke Pahang untuk konvo Kak Yang di UMP dan kemudian ke Kedah untuk konvo KC Iman di POLIMAS


Majlis Konvokesyen PSIS Ke 19 Buat Cik Meya Di Sabak Bernam


Jujur umi katakan, kebangaan ibu bapa bila dapat menghadiri majlis istimewa bagi meraikan kejayaan mereka ni memang tak terucap walau pada hakikatnya ada anak-anak yang masih belum punya pekerjaan dan ada yang mendapat pekerjaan tu tapi melencong dari bidang yang dipelajari. Tak apa asalkan rezeki yang didapati tu halal dan berbaloi dengan apa kerja yang perlu dilakukan.


DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN

Majlis Konvokesyen PSIS Ke 19 Buat Cik Meya Di Sabak Bernam

Alhamdulillah, Cik Meya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Kesetiausahaan (siapa lagi nak turun bidang sama macam umi dia kan) dan berjaya mendapat anugerah dekan selama 4 semester.


Memang agak risau masa mula Cik Meya ni nak sambung belajar sebab dia ni memang introvert sangat tapi Alhamdulillah, tak sangka dia tak punya masalah dengan pembelajaran apatah lagi untuk menyusaikan diri jauh dari kami.


Teringat waktu PKP dulu, kami rushing ke Sabak Bernam untuk menjemput dia balik dan mujur KY pulak balik dengan kawan sebelum PKP diumumkan. DH sampai rumah dalam jam 5 petang, terus cakap kena jemput Cik Meya, kalau tidak nanti dia tak boleh balik dan stuck di rumah sewa. Memang pengalaman yang kelam kabut sangat.


AMBIL JUBAH, RAPTAI SEHARI SEBELUM KONVO

Memandangkan cik Meya kena ambil jubah dan kemudian akan diadakan raptai sehari sebelum konvo, kami cuma menempah homestay untuk satu malam di Paddy Stay Chalet, Sg Haji Dorani. DH dah pesan untuk kami bertolak selepas subuh sebab hari Isnin selalunya jalan akan sesak jadi tak nak terlewat sampai dan sama-sama bersesak dengan orang yang nak pergi kerja.


Majlis Konvokesyen PSIS Ke 19 Buat Cik Meya Di Sabak Bernam


Bila dah sampai awal, kami belok untuk tinjau ke tempat homestay supaya tak sesat nanti, malahan umi dah mesej pada tuanpunya chalet untuk check in lebih awal sebab esoknya kami akan check out jam 7 pagi.


Majlis Konvokesyen PSIS Ke 19 Buat Cik Meya Di Sabak Bernam

Okay, umi kongsi sikit gambar enapdesa yang kami tempah ni, dan InsyaAllah next entri umi cerita pasal homestay yang cukup menarik ni.


POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)


Kalau ada anak-anak yang berminat untuk sambung belajar tapi tak nak pergi jauh, boleh la daftar di politeknik Sultan Idris Shah ni.


Antara Program Yang Ditawarkan Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam mula beroperasi pada 16 Mei 2003. Politeknik Sultan Idris Shah adalah politeknik ke-17 yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Penubuhan PSIS ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekarja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta. PSIS terletak di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.


  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
  • Diploma Sains Kesetiausahaan
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam


Alhadulillah majlis konvokesyen PSIS Ke 19 buat Cike Meya Di Sabak Bernam ni dipermudahkan dan semoga Cik Meya terus cemerlang bila dah kerja nanti.