Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP | Alhamdulillah, akhirnya keterujaan menunggu dan menanti hari konvokesyen sudah tercapai dan berakhir dengan seribu kenangan buat Kak Yang dan para graduan termasuk umi dan DH serta ibu bapa yang lain. Perasaan bangga pada diri Kak Yang serta pelajar lain cukup tergambar di wajah masing-masing apatah lagi dengan kehadiran keluarga tersayang.


Bayangkan selama empat tahun KY struggle begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain, dengan penuh cerita suka dan duka berakhir bila mereka menamatkan pengajian. Kini dengan tersarungnya pakaian rasmi konvokesyen iaitu jubah dan 'mortar board', nama mereka akan dilaungkan seorang demi seorang bagi mendapat pengiktirafan dari Pro Cansellor di atas pentas.


Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP


Sebenarnya menghadiri konvokesyen KY ni bukan pertama kali bagi umi sebab dah pernah hadiri konvo Ayong tahun 2014 dan konvo Angah tahun 2018 yang berlangsung di PICC tapi ini kali pertama kami menghadiri konvo di luar dari Kuala Lumpur.


Kami bertolak ke Gambang hari Jumaat selepas menjemput cikapplepie balik dari sekolah dan mujur LPT tak sesak sebab masih awal.  Memandangkan kami tak rush mana, lagipun majlisnya keesokkan hari. Sempat pulak kam berhenti makan KFC kat Petronas  Bentong sebab tetiba DH craving KFC. Haha.  Apa yang tak bestnya makan ayam tapi tak de coleslaw, sungguh tak  complete. Iskk rezeki pun dan komplen kan.


Lebih kurang jam 4.45 petang kami sampai ke homestay, punggah beg pakaian, rehat dan terus gerak ke Pekan untuk photoshot pre konvo. Memandangkan umi ni cuma mem besar yang duduk di seat belakang, so I follow jer. Ikut planning, lepas photoshot, kami akan dinner dan cadangan umi nak makan kat Sumpit-Sumpit dipersetujui sebulat suara. Hebat kan cadangan seorang mak ni.


Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP


Bukan umi jer jadi mem besar tapi DH pun jadi boss besar duduk di seat belakang sebab hanya kami berlima sahaja jadi dia drive sendiri kereta dari KL sampai ke Pekan ni. Alhamdulillah, dah cekap dan memang boleh lega tengok pemanduan dia tu.

Majlis Konvokesyen UMP Ke 16, Kak Yang Kini Alumni UMP

Selesai photoshoot, dengan umi dan DH sekali dia suruh pakai jubah dan mortar board tu. Kami ikutkan saja. 


Selesai photoshot, kami terus ke Sumpit-Sumpit walau risau jugak kot dah tak beroperasi sebab PKP tapi Alhamdulillah, dapat kami makan lagi kat sini. Entah-entah kali terakhir sebab lepas ni tak ada sebab kami nak ke Pekan kecuali untuk bercuti, tu pun entah. 


Apa kami makan tu, nanti umi kongsi ya dan memang puashati makan kat sini dulu sebab tu kami ke sini lagi selain tempat yang menarik dan selesa.


HARI KONVOKESYEN UMP KE 16

Perjalanan dari homestay ke UMP Gambang ada dalam 30 minit dan waktu kami sampai pun dah memang ramai orang dan parking pun agak jauh.


Ingatkan nak surprise KY dengan hand bouquet tapi waktu nak masuk ke UMP dah nampak ramai yang menjualnya, so kena stop sebab risau pulak kot kat dalam sana tak de. Tapi bila kami masuk ke bahagian menunggu tu, ada juga beberapa gerai menjual bouquet ni.




Jam 1.15 kesemua ibubapa dibenarkan masuk ke dewan dan majlis dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang. Seronok tengok kemeriahan sebab selain penerima ijazah sarjana muda, terdapat penerima PhD yang akan turut naik ke pentas. Kalau tak silap terdapat 900 lebih graduan yang akan diraikan pada hari kedua konvokesyen tu.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Kak Yang Amanda secara rasminya pemegang Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Dua, Kejuruteraan Mekatronik,  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik. Kalau KY jadi ambil Dual Degree tu dia akan menerima dua ijazah, salah satunya dari Pro Cansellor dan wakil dari HsKA Germany. Tu pun kalau tapi tidak sebab dia hanya belajar untuk single degree jer.


Teringat masa dia dapat tawaran untuk DUAL DEGREE MECHATRONIC UMP MALAYSIA AND HsKA GERMANY di UMP ni, memang kami teruja tapi bila ditengok yuran pembelajaran tu memang kami tak mampu sebabnya DH tak nak ambil PTPTN mahupun pinjaman sebab dia takut nanti menyusahkan anak-anak.



Dalam suka ria graduan, ada kisah sedih bila salah seorang graduan tidak dapat menerima ijazahnya kerana terlebih dahulu menemui penciptaNYA. Ijazah beliau di terima oleh ibunya dan memang umi dan hadirin yang lain turut rasa sebak dan mengalirkan airmata.


Hampir jam 6 petang jugalah majlis selesai dan DH pula keluar awal untuk beratur di bahagian photoshot di depan bangunan Canseleri. Kalau tak tahu pulak jam berapa akan selesai kan lagipun pembayaran dah dibuat.


Lepas ambil gambar, graduan kena pulangkan jubah, lepas tu baru boleh balik. Tahu tak perut masing-masing dah berkeroncong tapi nak makan kat gerai jualan makanan tu macam tak best. Jadi planningnya, kami balik ikut jalan lama untuk cari makan.


Fuh memang penat giler dan next kami kan ke Jitra untuk konvo Kak Cik Iman pada akhir September nanti.