Pasti ramai yang dah tonton drama Terbaru lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam. Kalau belum, memang kena tonton drama ni sebab kedua pemegang watak utama drama ni memang hebat. Dulu keduanya digandingkan dalam drama Patahnya Sayap Malam dan ada Aeril Zafrel. Memang cukup sedih drama yang menyaksikan jahatnya Amzar (Izzue Islam) membiarkan Alisha (Ummi Nazeera) dihukum penjara walau bukan atss kesalahannya. 


Selain dari itu, drama Risik Pada Hati yang dilakonkan bersama Alif Satar dan Zara Zya pun cukup memberi kesan. Memang hebat pelakon yang telah dinobatkan Top 5 pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia.





Rindu Kasih | Episod: 15 | Tarikh Tayangan: 16 November 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar

Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib

Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)

Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd


Lagu Tema (OST): 

Seandainya - Ariff Bahran

Retak - Aqeesh Aleeya


Watak Pelakon

Izzue Islam sebagai Amir | Ummi Nazeera sebagai Salina | Nafiz Muaz sebagai Hisham | Amyza Aznan sebagai Shida | Arash Mohd sebagai Khalid | Shazia Rozaini sebagai Huda | Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah | Ezzaty Abdullah sebagai Murni | Meor Mohd sebagai Iqbal | Ayu Azlina sebagai Siti | Nik Ramly sebagai Zamani | Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda | Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah | Iskandar Shah sebagai Amin | Yamin Abu Bakar sebagai Supri | Siti Rohani Dollah sebagai Tini | Elly Suhaili sebagai Sofia | Hairi Ab Ghani sebagai Kamil


Sinopsis Rindu Kasih

Salina dibesarkan seorang diri oleh bapanya, Khalid. Rahsia dirahsiakan oleh Khalid tentang ibunya, Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Salina begitu berazam untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, dia sanggup melakukan jenayah hanya untuk menemani ibunya di penjara.


Semenjak Shida meninggalkan Khalid dan anak mereka Salina yang berusia beberapa bulan, kehidupan Khalid menjadi tidak tentu arah. Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil.




Sedar dari pengsan, Zamani, ayah Amir membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina.


Demi amanah bapanya, Amir menikahi Salina. Meskipun tiada restu si ibu. Apakah suratan tertulis untuk Salina dan Amir akhirnya.