"Memberi Tanda Syukur" Tema Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) PPZ-MAIWP | Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), semalam telah melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa dengan bertemakan "Memberi Tanda Syukur". 


Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November hingga 31 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022. 


"Memberi Tanda Syukur" Tema Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) PPZ-MAIWP


KEMPEN YEZ 2022 - 'Memberi Tanda Syukur'

KEMPEN YEZ 2022 - 'Memberi Tanda Syukur' yang menjadi tema kempen PPZ-MAIWP, yang  ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnarf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini.



Pelancaran kempen telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dengan kehadiran beberapa tetamu VIP serta Miro, maskot PPZ.




Di dalam majlis yang sama, turut diadakan serahan zakat perniagaan dari Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd sebanyak RM375,220.38 dan Kop. Jaya Murni Wanita Bhd sebanyak RM157,129.73 




Turut diadakan sumbangan bakul rezeki bernilai RM10,000.00 kepada 10 orang asnaf yang menetap di kawasan PPR sekitar Setiawangsa Kuala Lumpur. Bakul Rezeki yang disumbangkan mengandungi barangan keperluan seperti beras, minyak, maggi dan lain-lain dengan nilai RM100 bagi setiap bakul rezeki yang diterima. 


Selain dari itu pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya sembang santai YEZ bersama KPE PPZ-MAIWP, ZakaTalk dan banyak lagi.




Majlis turut dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi Lah Ahmad yang mendendangkan dua buah lagu dan menariknya para pengunjung yang hadir turut bersama-sama bernyanyi bersama. 


MOTO PPZ-MAIWP - 'Memudahkan Anda Berzakat'

PPZ-MAIWP selari dengan motonya iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat", menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi memberi ruang kepada pembayar zakat bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.


Perkhidmatan dan Kemudahan Bayanan Zakat Yang Disediakan Oleh PPZ-MAIWP


10 Kaunter PPZ-MAIWP

Bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP di sekitar Wilayah Persekutusn KUala Lumpur dan Labuan sepanjang bulan Disember ini. Kaunter ini akan dibuka 7 hari seminggi bermula jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang.


Friday+

Istimewa tahun ini , PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehingga jam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari Jumaat akan mendapat voucher KFC bernilai RM10.


Portal PPZ-MAIWP & Aplikasi MYZAKAT

Pembayaran zakat secara dalam talian iaitu melalui www.zakat.com.my atau melalui aplikasi MyZakat boleh dimuat turun di Google Play dan Apps Store. Di mana pembayar juga boleh Kira, Bayar dan Semak rekod bayaran.


Ejen-ejen Kutipan Zakat

Pembayaran zakat juga boleh dilakukan melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP antaranya seperti melalui perbankan internet, poratl online, e-wallet, kaunter-kaunter bank dan juga pos.


ZAKAT+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MyTemujanji berperanans ebagai 'one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji dan perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan boleh layari https://mytemujanji.zakat.com.my


Talian Zakat

Pembayar zakat juga boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat dengan membuat panggilan ke 13000885757. Bahkan melalui talian ini juga pembayar zakat boleh melunaskan kewajipan mereka dengan membayar zakat,


Bagi pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung akan berpeluang juga memenangi lebih 500 hadiah menarik yang ditawarkan. Pemenang akan dipilih secara rawak melalui cabutan bertuah, tertakluk kepada terma dan syarat.


Antara hadiah yang ditawarkan seperti Pakej Umrah, Vacuum Robot Mi, Ipad Air, Iphone 14 Pro, Thermomix TM6, Air Fryer Phillips dan pelbagai lagi.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. program serahan zakat  perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak. Di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.


"Dalam keadaan situasi negara yang sedang mengalami krisis ekonomi kita masih diberi rezeki untuk membantu mereka yang memerlukan dan ini adalah apa yang didalam ajaran Islam mahukan- dalam ada rezeki kita tetap ada pada rezeki orang lain".


Untuk keterangan lanjut mengenai YEZ 2022 boleh layari : http://www.zakat.com.my/yez2022/


Jom Berzakat Sebagai Tanda Rasa Kita Bersyukur!

'PPZ-MAIWP memudahkan anda berzakat'