Sofa Zinus Malaysia Kompak, Selesa Dan Mudah DiPasang | Minggu lepas umi dan suami berpeluang mengunjungi showroom perabut Zinus Malaysia di Puchong. Kononnya sengaja nak usha kot ada sofa yang berkenan memandangkan sofa yang di rumah tu macam perlu pembaharuan jer.


Rupanya Zinus ni baru bertapak di Malaysia dan sebelum ni umi ada nampak di social media yang Zinus ni menjual tilam dan katil. Memang nampak kukuh dan sempat juga umi mencuba duduk di atas katil Zinus ni. Memang best giler!


Rupanya memang Zinus ni pakar dalam penyediaan dan pembuatan tilam pada harga yang berpatutan.  Patutlah mereka berada di ranking No.1 Online sebagai the  Most Loved Mattress with more than 1,000,000 global reviews. 


Sofa Zinus Malaysia Kompak, Selesa Dan Mudah DiPasang


Bila memasuki ruang yang menempatkan sofa, terus auto terasa nak duduk. Memang cantik, selesa dan cukup sturdy betul sofa keluaran Zinus ni sampai umi pun tak tahu nak pilih yang mana. 


Rasanya kalau letak kat ruang menonton di tengah rumah, memang umi tak bangkit kot.sebab comfy sangat.  Saiz sofa pun tak terlalu besar dan kiranya memang sesuailah dengan saiz orang Malaysia yang comel.


3 DESIGN SOFA  YANG MENARIK 

Menurut staf di Zinus ni, buat masa ini hanya 3 design sofa yang dipasarkan di Malaysia iaitu Jackie Modern Upholstered Sofa, Josh Contemporary Upholstered Sofa dan Ricardo Designer Upholstered Sofa.


Memang cukup selesa ketiga-tiga sofa ni, bukan umi jer cakap tapi cikapplepie pun siap dok bagi isyarat nak bodek DH.


Sofa Zinus Malaysia Kompak, Selesa Dan Mudah DiPasang


1. Jackie Modern Upholstered Sofa (soft grey weave) dengan 2 seaters (RM1099) dan 3 seaters (RM1299)


Sofa Zinus Malaysia Kompak, Selesa Dan Mudah DiPasang


2. Josh Contemporary Upholstered Sofa (Beige) dengan 2 seaters (RM999) dan 3 seaters (RM1,199


Sofa Zinus Malaysia Kompak, Selesa Dan Mudah DiPasang

3. Ricardo Designer Upholstered Sofa (Dark Grey) 2 seaters (RM1199) dan 3 seaters (RM1399)


PEMBELIAN ATAS TALIAN

Untuk membeli perabut di sini, anda perlu membeli secara atas talian dan setiap sofa adalah dijual secara berasingan. Jadi anda boleh pilih untuk membeli yang 2 seater atau 3 seater atau kedua-duanya sekali.


PERABUT PASANG SIAP MUDAH DIPASANG

Apa yang menarik adalah ketiga-tiga perabut ini adalah jenis pasang siap. Pelanggan yang menempah dan membeli perabut akan mendapat perabut tersebut dalam kotak, sama seperti kita beli barangan di IKEA tapi penghantran perabut dari Zinus Malaysia ini adalah PERCUMA.


Untuk memasang perabut ni, tak perlu ada sampai 3 - 4 orang, cukup seorang diri pun boleh sebabnya sofa-sofa Zinus ini tidak memerlukan skru atau nak guna allenkey langsung.


Anda hanya perlu membuka kotak yang dihantar, mengeluarkan kesemua barangan, pasangkan perabut yang hanya menggunakan selak yang terdapat pada bahagian tempat duduk dan penyandar sofa. Sementara untuk bahagian kaki adalah berskru dan cukup mudah untuk dipasang.


Perabut yang dibeli juga akan mendapat waranti selama 1 tahun. Bestkan! 


Kalau anda nak usha boleh layari www.zinus.com.my atau ke instagram atau boleh datang ke showroom Zinus beralamat di :


Lokasi : No 1-1, Jalan Merbah 1, Jalan Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.

Waktu operasi : Isnin-Jumaat : 10am-8pm | Sabtu/Ahad/Cuti Umum : 12pm-8pm

Khidmat Pelanggan: 011 3129 9882

Laman sesawang: www.zinus.com.my