Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap

Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap | Rutin hari Sabtu umi dan DH macam biasa la, ke Pasar Datuk Keramat untuk wet marketing. Cik Meya dah siap pesan suruh belikan nasi lemak kukus. Umi bagitau DH, kalau dia pun nak nasi lemak, then tak perlu masak nasi untuk tengahhari, cuma petang nanti nak buat spagetti carbonara. Mana taknya kalau DH ni makan nasi lemak, memang alamat jam 5 petang baru dia rasa lapar. Best kalau dapat perut macam tu, jadinya boleh la umi slim melim kan..hahaha


Masuk je ke pasar, terus umi ke gerai Kak Noor untuk beli nasi lemak. Sampai kat gerai wajib ambil nombor, kalau tak memang boleh tunggu jer la. Mujur nasi lemak pun banyak tapi rendang ayam dah habis. Nampak tak ramai tapi umi dapat no 50, maka menunggulah sampai nombor giliran disebut. Fuhh. Apa yang bestnya nasi lemak Kak Noor ni ada kangkung, nasi kukus sebab tu harganya RM2.50 untuk nasi lemak biasa


Jadinya, hari Sabtu tu kami brunch jer dengan nasi lemak berlaukkan sambal sotong dan rendang daging, tak lupa kuih apom gula merah untuk DH. Memang favorite dia tu. Jumlah keseluruhan  RM34.40


Lepas gerai nasi lemak, terus umi ke bahagian daging, kalau dulu DH akan beli daging tapi dia selalu beli daging tempatan (RM40/kilo) tapi umi pulak ambil alih beli daging import (RM20/kilo) dan lembut pulak tu. Selesai kat bahagian daging, terus umi ke bahagian santan segar. Selalunya penjual tu tahu yang umi akan mintak bungkuskan RM2/bungkus dalam 4 bungkus santan. 


Selesai bahagian santan, singgah gerai sebelah  yang menjual sayuran kampung, ambil sayur pucuk manis, tempe, serai. Kat sini la banyak sayuran kampung seperti meranti, keladi, daun manman dan banyak lagi. Seterusnya mesti singgah kat gerai Jep yang jual sayuran. Kalau kat sini memang termenung sama sebab tak tahu nak beli sayur apa sebabnya kekadang beli tapi tak masak atau lambat dimasak sampai jadi layu. Selalunya umi beli 3 jenis cili api, cili hijau dan kalau ada cili merah Kulai memang umi tak lepas peluang untuk beli extra. 


On the way nak balik, singgah kat gerai barangan kering, kena beli stok bawang merah, bawang putih, kentang, bawang besar, bawang kuning dan kalau tengok ikan bilis tu memang mesti terbeli. Selalunya budak peniaga ni akan bagi diskaun RM7/100gm untuk ikan bilis Langkawi (dah kopek) walau tercatat harga RM8/100gm. Selalunya gerai barangan kering ni umi singgah dulu tapi sebab takut nasi lemak habis, umi ubah sikit perjalanannya.


Bila berbahagi tugasan, memang cepat la selesai, sebab tu bila DH outstation atau kerja bila hari Sabtu atau Ahad, memang agak terkejar sebab nak beli ayam, 2 atau 3 jenis ikan,  udang dan sotong. Kalau DH yang membeli, dia kan beli seafood macam  kerang, ketam la yang dia rasa anak-anak dia nak makan. 


Masa umi masuk kereta, DH bagitau yang dia beli itik (RM25/sekilo) dan minta masakkan gulai lemak cili api untuk lauk dinner sebab Mak Teh (adik DH) akan datang dan bermalam. Kata DH, berat itik tu 2.5 kilo jadi alang-alang itik tu besar, dia siap nak jemput Akmar (anak abang DH). Mak aihh, dah macam nak kenduri ni.


Sampai kat rumah, settle sarapan, DH mulakan tugasan la dan dia memang cerewet bab membersih ayam dan itik ni. Jenuh ambil masa sebab bulu pahat kat itik ni memang kena buang.


Oklah, kita cut short kisah hari Sabtu, walau lepas siap menyiang tu DH ajak ke IKEA dan 11st Street utnuk shopping. 


Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap


Nak sediakan makan malam berat dengan gulai cili api itik ni memang ambil masa lama sebab nak pastikan itik tu lembut. Nak salai memang tak sempat la dan lagipun nak salai macam mana bila bukan duduk kat kampung. Jadi cara mudah, rebus atau grill atas kuali leper jer.


Gulai Lomak Cili Api Itik memang juadah orang Negeri Sembilan tapi kat rumah memang gulai lemak cili api ni memang antara juadah kebiasaan. Lagi pedas lagi sedap tapi adik DH ni tak kuat makan pedas, jadi kena pastikan lauk itik tu tak terlalu pedas


Lazimnya Gulai Lemak Cili Api atau Masak Lemak Negeri Sembilan ni tak menggunakan bawang dan memang umi tak guna bawang langsung pun, cuma guna bawang putih jer.


Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap

Bahan A

1 ekor itik

2 batang serai, diketuk

2 keping asam gelugur

1 kilo santan

daun cekur atau daun kunyit, dihiris halus

garam secukup rasa



Bahan B - dikisar

30  biji cili padi hijau

5 biji cili padi thai (merah)

1 inci kunyit hidup

3 ulas bawang putih

sedikit air



Cara Penyediaan : 

1. Masukkan bahan A dan B serta 1 cawan air, kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga isi itik menjadi lembut. Kacau supaya isi itik bergaul mesra dan sebati dengan bahan kisar.


2. Bila dan nampak lembut, dimasukkan santan pekat, kacau. Masukkan daun cekur atau daun kunyit dan asam gelugur. . Perasakan dengan garam.


3. Masak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.


4. Siap untuk dihidangkan.


Cerita hari Ahad ni, memang umi gantung kuali waktu tengahhari sebab ada jemputan walimatul urus rakan sepejabat DH di Gombak. Dah lama tak makan nasi pengantin dan bila ada jemputan yang simple dan tak grand ni, memang best nak pergi.


KC Iman dan cik Meya malas nak ikut sebab nak mengemas rumah, katanya, jadi cuma kami empat beranak jer ke majlis walimatul urus. Majllis pun simple, jadi kami tak tunggu lama sebab balik nanti nak berkesah kat untuk Gulai Lemak Cili Api Itik Simpel Dan Sedap ni. 

1 comment:

  1. muhammad solehuddin3 January 2023 at 16:02

    nice info!! can't wait to your next post!
    comment by: muhammad solehuddin

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad