Bila sebut laksa, pasti ramai yang dah terliur apatah lagi bila tengok gambar pun boleh mengundang rasa teruja. Laksa memang cukup digemari oleh masyarat Melayu, Cina dan Baba Nyonya dan kiranya dah jadi makanan kebangsaan rakyat Malaysia dan negara-negara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.


Bahan Untuk Laksa

Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan, daun kesum, isi ikan kembung,  asam gelugur dan ada yang menambah dengan petis atau otak udang. Selain dari itu ramuan lain untuk menambahkan kesedapan laksa adalah seperti daun selom, bawang besar, timun, limau, telur rebus, cili merah, cili api, dan daun pudina. Di Kedah laksa akan bertambah sedap dengan tambahan hirisan seperti daun putat, daun selom dan daun gajus. Laksa yang sedap adalah laksa yang diperbuat dari beras.


Nota : Secara umumnya laksa adalah sama, yang membezakannya adalah rasa, ulaman atau sayuran yang diregukan dengan laksa tersebut. 


    1. Resepi Laksa Berempah

Bahan-Bahan:

1 bungkus laksa beras

1 kg ikan kembung / ikan selayang / ikan sardin segar

2 kuntum bunga kantan. dibelah 4

1 ikat daun kesum

4 keping asam keping

Garam secukup rasa

Ajinomoto (kalau suka)


Bahan untuk kisar halus:

10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan putih

1/2 sudu lada hitam

1 sudu besar belacan


Bahan untuk hiasan:

2 biji bawang besar, hiris nipis

1 batang timun, hiris nipis

Limau nipis, di potong

daun selom / daun salad -  dihiris halus

cili merah & cili padi, hiris nipis


Cara membuatnya :

  • Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping.. Setelah masak, biarkan sejuk dan kemudian asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar hingga halus isinya. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. 
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama 1 mangkuk air. Rebus hingga masak (air menjadi kering) dan masukkan isi ikan bersama air.  Renih dengan api sederhana.
  • Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, garam dan gula (atau ajinomoto). Masak hingga rasa bahan benar-benar sebati.Siap!



    2. Resepi Laksa Kedah


Bahan-Bahan:

1 bungkus laksa beras

1 kg ikan kembung

1 sudu besar belacan

2 kuntum bunga kantan. dibelah 4

1 ikat daun kesum

4 keping asam keping

gula dan garam, secukup rasa


Bahan untuk kisar halus:

10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

50g ikan bilis, rendam seketika

2 biji bawang besar

8 biji bawang merah


Bahan untuk hiasan:

5 biji telur, direbus

2 biji bawang besar, hiris nipis

1 batang timun, hiris nipis

Limau nipis, di potong

1 ikat daun selom - dihiris

1 ikat daun gajus - dihiris

1 ikat daun putat - dihiris

cili padi, hiris nipis


Cara membuatnya :

  • Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping.. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Bila sejuk, kisar halus isinya. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. 
  • Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar selama lebih kurang 20 minit.
  • Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga rasa bahan benar-benar sebati.Siap!


    3. Resepi Laksa Parit

Resepi laksa Parit ni adalah resepi dari kakak ipar yang berasal dari Parit, Perak


Bahan-bahan:

1 kg ikan (ikan sardin + ikan kembong)

Cili kisar (ikut kepedasan yang kita suka)

Daun kesom 

Bunga kantan 

Asam gelugur

Jus asam jawa sikit (kalau suka)

Ajinomoto (kalau ikan fresh, tak letak pun tak apa, ikut kesukaan)


Bahan dikisar:

3 labu bawang besar 

3 biji bawang kecil

3 ulas bawang putih

1/2 inci  halia 

Belacan 


Bahan hiasan - dihiris

Bawang, daun salad, timun,  cili masak, cili api


Cara membuatnya:

  • Bersihkan ikan dan rebus hingga masak.  Tutup api dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dan perisi isi ikan dari tulang. Kisar isi ikan hingga halus menggunakan air rebusan dan letak tepi.  Pastikan air rebusan tersebut tidak dimasukkan dengan tulang yang tertanggal semasa merebus tadi. Kemudian kisar tulang ikan hingga halus dan tos untuk ambil airnya. 
  • Masukkan bahan yang dikisar, cili kisar dengan sedikit air di dalam periuk, renih hingga hampir kering.  Masukkan isi ikan dan air tapisan tulang tadi, masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugur. Perasakan dengan garam dan masukkan ajinomoto. Siap



    4. Resepi Laksa Penang

Bahan-bahan :

2 kilo laksa basah/segera (boleh di dapati di Giant or pasar) or laksa kering ( kena rebus dulu). Kalau kat kulim boleh dapatkan di market Kulim stall sayur yang bertentangan Pak Haji yang jual santan.

Ikan Sardin - 1 kilo

Ikan tongkol - 1 ekor ( menambah isi ikan dalam kuah laksa)

Salad - 1 pokok

Bunga Kantan - 4 kuntum ( 2 di masukkan dalam kuah laksa, 2 lagi di hiris halus untuk hiasan.

Daun kesum - 1 ikat

Daun selom - 1 ikat

Timun - 2 biji

Bawang besar- 2 biji

Belacan - 2 cm

Otak udang (prawn paste) - 1 sudu besar.

Serai - 4 batang.

Cili - 6 sudu besar ( ikut citarasa)

Garam - secukup rasa.

Asam keping - secukup rasa.

Cili Besar - untuk hiasan


Cara membuatnya :

  1. Rebuskan ikan sardin & ikan tongkol bersama garam dan asam keping (asam gelugor).
  2. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan CH tumbuk ngan alu lesung batu. pelan2 jer. Tulang ikan lak, di blend sehingga halus dan di ambil air yang ditapis.
  3. Masukkan isi ikan + air tulang ikan ke dalam periuk sederhana besar. Tambahkan air dalam 3 or 4 liter (ikut kesesuaian).
  4. Masukkan cili, garam, asam keping, serai, belacan, prawn paste, daun kesom dan bunga kantan ke dalam periuk.
  5. Masak sehingga mendidih dan biarkan kuah menjadi pekat sedikit. Rasa kuah tersebut... kalau ada bahan yag tidak cukup boleh di tambah sikit demi sikit sehingga kuah menjadi perfect.
  6. Laksa di celur dengan air panas.
  7. Potong halus timun, salad, daun selom, bawang besar, cili dan bunga kantan.

Kredit : Blog Yati Zul 


    5. Resepi Laksa Kuala Perlis

Bahan-Bahan:

1kg laksa beras – di rebus dan toskan (Boleh guna laksa kering)

1kg ikan kembung – di bersihkan

1/2 kg ikan selayang – di bersihkan

2 batang bunga kantan – di hiris

5 tangkai daun kesum

3-5 keping asam gelugur

3 liter air

garam secukup rasa


Bahan Kisar 

250gm bawang besar

150gm cili kering – kurangkan jika tak tahan pedas

25gm belacan


Bahan Hiasan

8 biji telur – di rebus dan dibelah dua

20gm cili padi – di potong

5 tangkai daun selom – di hiris

1 biji timun – di hiris halus


Cara Memasak:

  • Rebus ikan kembung dan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan.
  • Isi ikan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.
  • Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.
  • Masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.


Kredit : aqilah II 


    6. Resepi Assam Laksa



Bahan-bahan

3 liter air

600 gram ikan tongkol

400 gram ikan sardin

10 keping asam keping

7 sudu besar paste asam jawa adabi

8-10 tangkai daun kesum

2 kuntum bunga kantan

1-2 batang serai

4 sudu kecil lada sulah

3 sudu kecil garam bukit

6 sudu kecil gula

2 sudu besar petis rojak madu adabi


Bahan bahan untuk dikisar

7 biji bawang merah

5-8 ulas bawang putih

16 tangkai cili kisar direbus

1 inchi lengkuas

1/2 cawan air


Bahan bahan untuk sampingan

1 kg laksa di celur

1/2 batang timun dihiris

3 biji bawang merah dihiris

1/2 biji nenas di potong ikut suka

1 pokok daun salad

3 biji telur rebus dipotong 4

Beberapa batang cili merah dihiris

1 pokok daun pudina

Beberapa biji limau kasturi

Cara membuatnya:

  • Rebus ikan tongkol dan ikan sardin bersama asam keping hingga masak.
  • Keluarkan ikan dari air rebusan, dan asingkan isi ikan dan tulang ikan.
  • Kisar kan tulang ikan dan tapiskan.masukkan semula kedalam air rebusan.
  • Kisar kan 2/3 daripada isi ikan dan tuang semula ke dalam air rebusan
  • Racik kan 1/3 baki isi ikan dan tuang semula ke dalam air rebusan
  • Tambahkan bahan bahan utk dikisar, bunga kantan, daun kesum dan juga serai yg diketuk.
  • Perasa kan dgn garam,gula, lada sulah dan juga petis tadi. Masak sampai mendidih. Siap

kredit : Hasmah Karim / cookpad


    7. Resepi Laksa Kuah Putih Terengganu


Bahan-bahan

Laksa - 1 pek

Kelapa - 1-2 biji (parut bahagian putih dan perah dengan air masak untuk dapatkan dalam 4 cawan santan)

Ikan sardin / kembong - 4-5 ekor

Bawang besar - 1 biji (dikisar)

Sebuk lada hitam - sedikit

Asam Keping - 2 keping

Ulam-ulaman - kacang panjang, taugeh, timun, bunga kantan, limau nipis/kasturi (di hiris)

Belacan - di bakar sedikit

Pes cili


Cara membuatnya

  • Laksa di rebus sehingga lembut. Kemudian tos airnya.
  • Ikan di siang sehingga bersih dan di rebus dengan sedikit air, garam dan asam keping. Kemudian ambil isi ikan sahaja dan di kisar.
  • Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan  santan, isi ikan kisar, lada hitam dan bawang dan panaskan dengan api sederhana.
  • Masukkan garam sesedap rasa.
  • Kacau sehingga hampir mendidih (tidak  perlu sampai mendidih) dan tutup api.
  • Sedia di hidang. Masukkan laksa ke dalam mangkuk, kemudian isi kuah dan hiaskan dengan ulam-ulaman serta belacan dan pes cili.

kredit : Blog Ana Suhana


Baca : Kalau ke Terengganu, wajib singgah ke Pasar Payang Terengganu untuk singgah makan laksam atau beli bahan untuk buat laksam.
 

    8. Resepi Laksam


Bahan-bahan

1/2 cawan tepung gandum 

3 cawan tepung beras ( sy guna cap teratai) 

5 cawan air suam 

1/2 sudu kecil garam 

Minyak masak 

Tudung periuk atau bekas leper 

Cara-cara: 

  • Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.. 
  • panaskan pengukus dgn api yg kuat,  pastikan air banyak dan air mendidih ye sebelum mengukus. 
  • Sapukan minyak pada tudung periuk, masukkan adunan dengan menggunakan senduk. 
  • Kukus dalam 5 minit dan jika laksam gelembung tu maksudnya sudah masak. 


Tips: 

  • Nak pastikan kulit laksam licin, nampak gebu pastikan tudung periuk licin dan bersih. Gunakan minyak yang cukup untuk sapu sebelum menuang adunan. Tunggu laksam sejuk sebelum digulung.
  • Cawan sukatan tepung kena sama dengan cawan sukatan air. Satu adunan dapat dlm 10-12 batang 
  • Kukus menggunakan 3 dulang besi, dibuat secara gilir-gilir yang sebaiknya bersaiz 24cm


Bahan untuk kuah  

1 kg ikan selayang (direbus dengan 3 keping asam keping)

2 sudu besar lada hitam

3 keping asam keping

bawang merah 7 biji

Halia ( tapi sy xletak xsuka rasa dia kuat) 

santan segera 2 kotak kecil @ sebiji kelapa ( sy pakai kelapa) 

air secukupnya 

 garam dan perasa


Cara membuat kuah laksam

  • rebus ikan dengan asam keping dan garam kemudian ambik isinya.
  • blander isi ikan dan air rebusan dengan bawang dan lada hitam hingga betul2 lumat boleh tambah sedikit air.
  • didihkan santan,  masukkan bahan belender td.masukkan asam keping garam dan perasa.
  •  sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul2. boleh tambah air jika terlalu pekat.
  • potong laksam, letak ulam, timun bunga kantan, taugeh atau apa je laa kemudian curahkan kuah. letak sedikit belacan bakar lg best. 


Untuk sambal cili

Cili padi dan cili besar merah

Sedikit gula dan garam

Air limau nipis @ cuka

Caranya membuatnya : 

  • Tumbuk cili hingga lumat dan letak garam, gula dan perah limau nipis.Siap!

Kredit : Nor Khomariah Norrohman


    9. Resepi Laksa Siam



Bahan-Bahan

Laksa beras yang halus

Ikan sardin 5 ekor

Santan kotak kecil 1

Asam gelugor 6 keping

Gula melaka - agak2

Serai 1 batang - ketuk

Daun kesum - agak2

Garam


Bahan Kisar

Bawang besar 2 biji

Bawang putih 4 biji

Halia 1 inci

Lengkuas 1 inci

Kunyit 1 inci

Belacan 1 inci

Cili padi 6 tangkai

Tomato 1 biji kecik je


Bahan Ulam 

Kacang panjang, Daun selasih, Timun, dihiris halus, Bunga kantan, dihiris halus

Taugeh dan limau kasturi, dibelah 

Limau kasturi


Cara Menyediakan

  • Rebus ikan.. Asingkan isi..blend isi dulu pastu taruk dalam periuk..blend plak tulang-tulang ikan dengan air rebusan ikan..tapis campur dalam isi ikan tadi..
  • Masukkan bahan kisar kedalam ikan, masukkan serai, asam gelugor, daun kesum, gula melaka..dan air agak2 je..rebus sampai mendidih k
  • Dah mendidih masukkan santan dan garam, Slowkan api..kacau2 je..5 minit padamkan api. 
  • Sedia dihidangkan bersama laksa dan ulam2, laksa tu rebus dulu k... okey camtu je 


Kredit : blog Iradzahir 


    10. Resepi Laksa Lemak Charuk Kudung Pendang

Kalau orang Pendang mesti tahun Laksa Lemak Charuk Kudung resepi orang Pendang. Seperti memasak kari ikan cara utara yanb berbeza ialah ikan yang dimasukkan direbus dan diambil isi.


Bahan

1 paket laksa beras

1 paket rempah ikan babas 

5 -6 ekor ikan kembung - diambil isi


Bahan dikisar

6 tangkai cili kering

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu jintan manis

1/2 sudu rempah biji


Bahan C

2 mangkuk santan

3 keping asam gelugur

garam secukupnya

daun kesom

bunga kantan


Cara membuatnya :

  • Tumis rempah kari ikan sampai naik bau. Rempah dah wangi letak semua bahan2 kt atas tu. Biaq nidih lama sikit bg kuah betul2 terasa. Kuah pekat baru sedap.
  • Tu kira resepi paling ringkas serta senang buat sy bg. St sy bg resepi tambahan. Tp hr tu mmg sy buat resepi ringkas ja.


kredit : Berkongsi ilmu kuih muih dan masakan (BIKMM) - Koleksi My Resepi & Info (Grup Telegram)


    11. Resepi Laksa Terengganu Kuah Merah

Bahan-bahan

1kg laksa 


Bahan utk kuah:

500g ikan selayang - direbus dan dibuang tulang dan dikisar halus

1 biji kelapa

5g gula melaka

50g kerisik

50g rempah gulai bunga rose

5 keping asam

minyak masak untuk menumis

Garam secukup rasa


Bahan dikisar

100 gm cili

5 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

2 cm halia

3 cm lengkuas

Bahan ulaman dihiris

150g kacang panjang200g kubis bulat100g timun

daun kesom

bunga kantan

Cara membuat:

  • Laksa direbus hingga lembut kemudian toskan.
  • Untuk kuah laksa, tumis bahan dikisar hingga naik minyak. Masukkan santan, asam keping ikan, garam, gula, rempah gulai dan kerisik. Masak hingga naik minyak dan agak pekat
  • Hidang laksa bersama bahan ulaman yang dihiris


Kredit : Puan Farida


    12. Resepi Laksa Johor


Bahan bahan :

1 bungkus Spaghetti, direbus hingga lembut

1kg ikan selayang / kembung

3/4 cawan rempah kari ikan

1/2 cawan cili kering yang dikisar

1 kotak santan segera

1 paket kecil kerisik

Garam & serbuk perasa


Bahan untuk kisar dan tumis :

3 batang serai

2 inci halia

2 inci lengkuas

4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar


Ulam Ulaman :

Timun, Taugeh, Daun Kesom, Kacang Panjang, Limau Kasturi


Cara membuatnya :

  • Ikan disiang dan dibersihkan. Lepas tu kukus @ direbus bersama asam keping. Carikkan isi ikan. Air rebusan ikan tadi tu disimpan . Kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan tadi..kemudian ,ketepikan
  • Panaskan minyak 1/2 cawan tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.
  • Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ..kacau rata . Masukkan air rebusan ikan baki sikit tadi dan santan.
  • Apabila sudah mendidih ,masukkan kerisik pula.
  • Masukkan garam ,perasa dan daun kesom sedikit .


Tips : Kepekatan kuah laksa Johor ini mengikut kesukaan dan selera masing-masing.

credit : Nur Elina Mohd Aziz


    13. Resepi Laksa Sarawak



Bahan Pes Laksa :

8 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

14 tangkai cili kering

1 inci lengkuas

3 biji buah keras

3 batang serai

1 inci belacan

1 genggam udang kering (disangai)

1 sudu teh biji ketumbar (disangai)

1 sudu teh jintan manis (disangai)

1 sudu teh jintan putih (disangai)

1/4 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)

1/4 cawan bijan (disangai tanpa minyak)

1 sudu besar garam

2 sudu besar gula

Secubit serbuk perasa

5 sudu besar minyak masak

1/2 cawan air (untuk mengisar)


Bahan Kuah :

2 liter air

1/2 kilo udang basah

2 batang serai (diketuk)

1 kotak santan pekat

2 sudu besar garam

1 sudu besar gula


Bahan Hiasan :

1/2 bungkus bihun Faeza (dicelur)

Taugeh (dicelur)

100 gm isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)

1 pokok daun ketumbar (diracik)

5 biji limau kasturi (dibelah dua)

5 keping kek ikan (dipotong nipis)

1 keping telur dadar (digulung & dipotong bulat) - tapi lupa letak ni 😅


Cara membuatnya: 

  • Bahan Pes Laksa : bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas, buah keras, serai, udang kering dan belacan dikisar halus. Tumis dengan minyak masak sehingga naik bau. Masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, kacang tanah dan bijan. Kacau sebati.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga kuah pekat. Tutup api dan sejukkan seketika.
  • Bahan Kuah : Didihkan air panas dan masukkan udang dan serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu)
  • Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat. Udang tadi masukkan semula ke dalam kuah dan masak seketika. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Cadangan Hiasan : Masukkan bihun ke dalam mangkuk. Masukkan taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur dadar. Tuangkan kuahnya dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba


    14. Resepi Laksa Nyonya

gambar kredit : Illya Farhana


Bahan-bahan :

3 biji bawang besar*

4 ulas bawang putih*

10 tangkai cili kering*

6 biji cili merah besar*

½ inci lengkuas*

½ inci halia*

4 biji kunyit hidup*

4 @5 biji buah keras*

Minyak untuk menumis

2 batang serai | diketuk

2 kuntum bunga kantan | belah 4

Daun kesom (dalam 50 sen)

1kg santan

Air secukupnya

1 keping asam gelugur


Cara Memasak :

1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam pengisar.

2. Kisar sehingga semuanya sebati.

3. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi (minyak jangan terlampau banyak ye).

4. Semasa tumis tu, masukkan serai yang telah diketuk dan bunga kantan yang telah dibelah empat serta daun kesum.

5. Masak sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan

santan dan air.

6. Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri.

7. Masukkan fishball, tauhu fook (tauhu yang selalu orang buat begedil tu) dan sekeping asam gelugur.

8. Tauhu fook dan fish ball tu agak-agaklah ye. Ni sebab saya buat dalam kuantiti yang banyak.

9. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.

10. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidangkan. Kuah ni boleh makan dalam 8-10 orang.

11. Terpulang sama ada nak guna mee kuning atau bihun. Tapi pastikan dicelur dulu.

12. Bahan sampingan macam laksa biasa seperti daun salad, bawang besar, timun, cili api potong dan telur rebus.


kredit Nazri Mat Zain 

    

    15. Laksa Sardin Ayam Brand

Bahan-Bahan
1 bungkus laksa atau mee kuning, dicuci, dikeringkan dan ditoskan
2 tangkai daun selasih segar atau ketumbar, cincang
Bawang merah goreng
Limau nipis
2 biji telur rebus, dibelah dua
Garam secukup rasa
100ml Santan Kelapa Ayam Brand ™

Bahan Kisar:
1 tin Ayam Brand ™ Sardin dalam Minyak Zaitun & Cili Extra virgin
2cm kunyit segar
3 batang serai
80g bawang merah
1 inci belacan, dipanggang
3 biji cili merah
Santan Kelapa Ayam Brand ™ 100ml dicampurkan dengan 1 liter air

Penyediaan:
  • Didihkan bahan kisar sehingga mendidih dengan api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Masukkan santan yang lebih dan garam secukup rasa.
  • Untuk menghidangkan, bahagikan mi menjadi 4 mangkuk dan tuangkan kuah panas.
  • Hiaskan dengan selasih, bawang merah goreng dan telur, dan sajikan dengan perahan limau nipis.

kredit : Ayam Brand