Amalan Sebelum Tidur | Apakah yang lazimnya kita laukan sebelum masuk tidur?


Ada yang membaca buku sementara mata mengantuk dan terlelap.  Ada yang menonton televisyen tetapi akhirnya terlelap tanpa sedar.  Ada juga yang mengaji al-quran, berzikir dan beristighfar dalam hati kemudian terlena dan tertidur.




Jadi, apakah cara terbaik yang patut dilakukan sebelum tertidur? Pesanan Rasullullah s.a.w ini wajar dijadikan amalan supaya tidur kita tidak diganggu dengan mimpi buruk.


Sesiapa yang berwirid lalu tertidur kemudian bangun, ALLAH mengira waktu tidurnya sebagai waktu berzikir, sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus-menerus manakala tidurnya bukan tidur biasa tetapi tidur dalam keadaan berzikir.


Apabila kita sering beristighfar sebelum tidur iaitu memohon keampunan daripada ALLAH, untuk diri sendiri, orang tua, jua untuk orang lain sebagi tanda kita tidur di dalam hati yang bersih seolah-olah memohon kepada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan.


Kepada ereka yagn telah tiada orang tua, dengan beristighfar kit telah memohon keampunannya dan semoga mereka tenang di alam barzakh.  Bagaimanapun, manfaat paling besar apabila kita beristifar ialah untuk menenteramkan tidur daripada sebarang gangguan.




Cuba amalkan membaca tiga (3) Qul kemudian hembuskan (ala-ala meludah) tiga (3) kali ke atas telapak tangan .  Kemudian sapukan pada seluruh anggota badan bahagian atas sahaja.  InsyaALLAH tidur kita akan dilindungi oleh ALLAH dan makhluk halus tidak akan berani mendekat.


Jadikan tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali sebelum tidur sebagai rutin harian.  Kemudian bacalah doa tidur.  InsyaALLAH, berkesan untuk perlindungan daripada anasir jahat.  


Di samping itu, jika mengalami mimpi buruk semasa tidur, bacalah isti'azah kemudian mengalih tubuh ke bahagian lain (Maksudnya, kalau sebelum ini mengiring ke kanan, beralihlah mengiri ke kiri pula.