Resepi Ketupat Sotong Versi Utara | Rezeki DH dari aktiviti candat sotong dengan abang keduanya dan anakbuahnya waktu untuk menginap di Kerpan. DH tahu sekarang ni musim candat sotong, jadi dia memang dah bersedia dengan extra pakaian dan dia pulak bukan jenis mabuk laut, jadi tak jadi masalah.


Walau khabarnya hanya seekor berjaya dinaikkan, tapi tu untuk buat denak kata DH dan hasilnya adalah lebih kurang 7, 8 kilo sotong rasanya. Alhamdulillah, rezeki kami dapatlah habuan buahtangan dari Bangcik buat siadik lelaki yang terketaq-ketaq sangat aihh nak join mencandat


sotong
Resepi Ketupat Sotong Versi Utara


Maka, terlaksana hasrat cikMeya nak makan ketupat sotong tapi kita buat versi utara, sebab hari tu dah buat ketupat sotong versi Kelantan. Nak yang versi Kelantan tu, boleh cari resepi kat blog www.iamfuzy.com


Resepi Ketupat Sotong Versi Utara

Bahan²:

Sotong, dicuci bersih

1 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan)

Lidi secukupnya


Bahan kuah :

15 tangkai cili kering, rebus dan toskan

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 cawan pati santan

1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya


Cara penyediaan :

1. Isikan pulut ke dalam sotong 3/4 bahagian badan sotong. Masukkan kepala sotong dan sematkan lidi dengan kemas supaya pulut tidak terkeluar.


2. Cili kering dan bawang dikisar halus.


3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan pecah minyak. Masukkan sotong bersama pati santan dan air. Masak dengan api sederhana anggaran 15 - 20 minit. Perisakan garam secukupnya. Kalau nak letak gula pun boleh tapi saya tak masukkan gula.


4. Matikan api, sedia dihidang.


Selamat mencuba


Nota

Resepi Ketupat Sotong Versi Utara ni umi jumpa kat mana tah, dan salah seekor sotong tu terkoyak isinya, jadi pulut tu terkeluar sikit tu yang kuahnya jadi extra pekat.


Masih tak tahu nak masak sotong? Jom tengok 29 jenis resepi sotong yang boleh anda cuba.