Sambutan Hari Lahir Ke 60 Dan Selamat Bersara Buat Hubby

Tup-tup dah 60 tahun usia hubby. Kalau ikutkan dia tak nak ada celebration ni tapi umi insist dan cikcha pulak balik secretly

Hubby Jadi Wargaemas

Ya, hubby dan berstatus wargaemas tau. Alhamdulillah masih sihat dan semoga terus sihat. Tarikh 1 Mac 2026, jadi wargaemas, orang berpencen dan house husband.

Alhamdulillah kali ni semua anak-anak dan menantu ada bersama-sama meraikan hari lahir hubby. Momen yang tak tahu akan dapat diulang di lain tahun.


Menu Pilihan

Pening nak cari kedai makan atau restaurant yang berdekatan jadi umi ambil mudah dengan booking kat Homst Chinese Restaurant Wangsa Maju sebab tak perlu nak bersesak dalam jem dan yang penting tahu makanannya sesuai selera.

Tahun lepas pun kami iftar di sini, jadi tahun depan kena cari restaurant lain la pulak tapi kat sini senang nak parkir kereta dan tak perlu nak rushing walau Wangsa Maju dah semakin padat.


Steam Sea Bass with Supreme Nyonya Asam Sauce. Memang disyorkan makan ikan ni sebab sos nyonya asam ni memang sedap cuma hubby ni kurang minat ikan siakap kerana mostly ikan siakap ni dibeli dalam sangkar dan punya rasa yang kurang menyenangkan.

Jadi kami selalu ambil sedikit isinya, buat ghaso ghaso kata orang.


Sauteed Chicken Roulette with Mantou. Ni patutnya menu asal tapi masa dihantar, pelayan cakap chicken roulette tu dah habis jadi ditukar dengan steam chicken apa nama tah. Umi cuma rasa sikit je sebab sangat kenyang. Rasa sos dan isi ayam ni sedap tapi tak boleh nak enjoy sebab sangat kenyang.


Mala Deep Fried Sotong & Homst Sauteed Butter Prawn. Sotong ni sedap tapi tidaklah pedas begitu juga dengan butter prawn ni, memang recommended kalau ada yang tak tahu nak makan apa.


Homst Made Dumpling Soup & Sauteed Ying Yang Kailan. Dumpling Soup ni yang buat umi kenyang sebab dok layan dumpling. Rasa sup ni biasa-biasa tapi dumpling dia bersaiz besar dan sedap. Kailan ni pun sedap 


Deep Fried Chinese Pan Cake & Seacoconut Longan. Ni dessert yang tidak dapat kami habiskan sebab masing-masing dah kekenyangan sangat. Jadi kami tapau keduanya. 

Masa sahur pun rasa kenyang, jadinya pan cake dibawa ke waktu iftar dan air longan confirm habis. 



Chilled Season Mixed Fruit & Kurma. Kurma ni dah diletak lebih awal sewaktu berbuka dan campuran buah-buahan ni di akhir menu. Buah-buahan pun manis tapi sayang tak juga habis sebab memang kami semua kekenyangan sangat.


Minuman


Untuk pakej Ramadan Set B ni kami dapat 1 teko Chinese tea. Kami order air dan secawan white coffee untuk hubby. Umi tak berani nak minum kopi sebab dah minum air manis kan.




Ni pakej set yang umi ambil sebab malas nak fikir ala carte sebab anak-anak semua kat luar, jadi tak perlu nak pening mesej kat restoran tu apa yang kita nak.

Mujur semuanya sedap dan sesuai selera.


Hadiah Surprise

Melebar senyum hubby bila dapat hadiah dari menantu yang berkongsi minat sama, memancing. Siap buat borak pasal nak memancing lagi. 


Seperti biasa kek tiramisu ni memang favorite hubby dan hanya dari air tangan chef Ross je. Walau kami ni dah cuba cut sugar tapi sesekali kita ngelat juga. 

Bila usia makin meningkat ni memang kena jaga kesihatan, tahap gula dalam badan supaya terus sihat tanpa perlu makan ubat-ubatan. InsyaAllah

Mujur kami kena hantar cikcha balik kolej lepas sahur, kalau tak mau sambung menyambung borak anak beranak lagi.

Penjawat Awam 42 Tahun

Akhir kata, terima kasih pada anak-anak, adik beradik, sahabat lama dan sahabat alam maya yang mendoakan kesihatan buat hubby yang akhirnya menoktahkan perkhidmatan selama 42 tahun dalam badan kerajaan.




Post a Comment

0 Comments