15 Resipi Pencuci Mulut Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa  | Assalamualaikum. Bila tiba bulan Ramadan ni pelbagai resipi berlegar-legar di fikiran mak-mak untuk dijadikan juadah berbuka buat keluarga tersayang. 


Bukan hanya lauk pauk berbuka yang perlu diambil kira tapi juga lauk pauk untuk bersahur. Fuhh memang ligat otak mak-mak memikir sebab bulan Ramadan adalah bulan dimana boleh dikatakan semua anak-anak dan anggota keluarga berkumpul dan makan bersama-sama



    Masa ni lah kena ambil kisah anak tu makan apa dan anak tu tak suka lauk ini, lebih mencabar nak pastikan juadah tu memikat selera si suami. Kata orang nak pikat suami, kena ikat pada perut..gitulah 


    Kalau ada juadah lauk-pauk, mesti kena ada pencuci mulut yang manis, untuk memaniskan hari yang melelahkan dan pencuci mulut yang sejuk untuk menyegarkan selepas seharian berpuasa dalam cuaca yang panas membahang


    Jadi umi nak kongsi resipi yang umi dah buat sepanjang saban tahun untuk bulan puasa dan pasti resipi ni pasti menarik buat semua. Memang berbaloi buat sendiri bila ada anak ramai dan buat dalam skala banyak jadi mereka boleh makan puas-puas. 


    Puding Sagu Gula Melaka

    Dessert

    Bahan-bahan:

    2 cawan sagu

    air secukupnya

    6 helai daun pandan


    Bahan untuk kuah santan:

    2 1/2 cawan santan

    1 sudu besar tepung beras

    1 sudu kecil garam

    1 helai daun pandan, carik dan simpul


    Bahan untuk sirap gula melaka:

    1 ketul besar gula melaka

    1 helai daun pandan, carik dan simpul


    Cara Penyediaan:

    • Rendamkan biji sagu dalam air selama 30 minit. 
    • Kisar daun pandan untuk ambil airnya dan masukkan kedalam periuk berisi sagu. Kukus atau rebus sagu hingga sagu masak. 
    • Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
    • Masukkan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk dalam 30 minit hingga sagu akan terbentuk dan kental
    • Tuangkan santan dan sira gula melaka ke dalam acuan sagu dan sedia untuk di makan.
    • Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.


    Cara masak sirap gula melaka:

    • Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, sedikit garam dan daun pandan. Masak sehingga sirap mendidih pekat. Tapis dan sejukkan.


    Tip:

    Masukkan sedikit garam di dalam santan untuk rasa lemak


    Puding Jagung



    Bahan-bahan:

    1 tin jagung manis berkrim

    1 cawan tepung kastard

    2 sudu besar tepung jagung

    3/4 cawan gula pasir

    1/2 cawan susu cair

    1/2 sudu kecil garam

    1 mangkuk santan 

    1 1/2 sudu besar majerin


    Cara Penyediaan:

    • Satukan tepung kastard, gula, susu cair, tepung jagung, garam dan santan di dalam pengisar dan kisar supaya kesemunya mesra dan sebati.
    • Masukkan adunan ke dalam periuk bersama jagung, kacau sehingga pekat dan berkilat. Pastikan dengan api sederhana supaya adunan tidak melekat dan hangit.
    • Kemudian masukkan pula majerin dan kacau sehingga sebati. Tutup api dan tuangkan adunan didalam loyang. Sejukkan

     


    Puding Roti Jagung


    Bahan-bahan A: 

    25 gram agar-agar strip – jenama layang-layang

    700 ml air (untuk memasak agar-agar)

    2 cawan gula putih

    2 sudu besar gula perang


    Bahan-bahan B: (Disatukan dan diblender)

    1 tin jagung manis ala krim – apa-apa jenama pun boleh

    1 tin susu sejat

    1/4 cawan air

    3 keping roti putih gardenia

    1 biji telur

    1 sudu esen vanilla

    2 sudu besar tepung kastard


    Cara Penyediaannya: 

    1. Rendam agar-agar di dalam air selama lebih kurang 10 minit (supaya agar-agar lembut). Kemudian dibasuh dan ditos. Ketepikan.

    2. Roti gardenia dicarik-carikkan dan direndam di dalam susu sejat sehingga lembut.

    3. Satukan bahan-bahan B di dalam blender dan kisar semua bahan sehingga lumat dan sebati.


    Cara-cara Memasaknya:

    1. Masukkan 700 ml air dan agar-agar di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.

    2. Selepas itu masukkan gula putih dan gula perang. Masak sehingga larut.

    3. Perlahankan api (nyalaan sederhana). Masukkan bahan-bahan B yang telah diblender tadi dan kacau dengan menggunakan senduk kayu. Kacau selalu sehingga adunan bertukar menjadi pekat sedikit (lebih kurang 15 – 20 minit)

    4. Tutup api. Angkat adunan dan masukkan ke dalam acuan pilihan anda. Biarkan seketika di luar sehingga agak suam. Kemudian baru dimasukkan di dalam peti ais. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, biarkan ia betul-betul sejuk di dalam peti ais. Lebih elok kalau sediakan pada waktu malam, dan simpan di dalam peti ais semalaman. Esok baru dipotong dan dihidangkan.


    kredit : https://sajiandapurbonda.blogspot.com


    Puding Karamel Kukus



    Bahan-bahan untuk karamel:-
    4 - 5 sudu besar gula
    2 sudu besar air


    Bahan-bahan untuk puding:-
    5 biji telur B (kalau saiz A, 4 biji dah cukup)
    400ml @ 1 tin susu cair
    1 sudu teh esen vanilla
    1 cawan air


    Cara Penyediaan :

    Langkah 1 - masak gula hangus

    • Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan hanguskan dengan api sederhana.  Bila gula dah bertukar keperangan masukkan 1/2 cawan air dan kacau laju-laju supaya tidak berketul. Padamkan api.  
    • Tuang gula hangus tu ke dalam loyang, bergantung loyang atau saiz bekas ya. Kalau guna bekas kecil, guna 1 sudu jer gula hangus tu. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik.

    Langkah 2 - sediakan puding
    • Pecahkan 5 biji telur dan pukul hingga sebati dan letak tepi sekejap
    • Panaskan susu cair dengan api sederhana tapi jangan sampai mendidih
    • Masukkan 3 sudu besar gula, 1 cawan air dan dikacau hingga gula larut dan padamkan api
    • Campurkan telur dan susu cair yang dipanaskan tu dan di tapis supaya tiada benda asing dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tu.
    • Kukus selama 30 - 45 minit dan sekiranya adunan masih cair, tambah masa kukusan sebab tiada tepung yang digunakan jadinya ia akan mengambil masa
    • Ambil pencungkil gigi dan cucuk ditengah puding untuk memastikan ianya masak dengan sempurna.  Padamkan api dan biar sejuk sebelum diterbalikkan


    Puding Karamel Tanpa Telur



    Bahan-bahan untuk gula karamel:

    1/4 cawan gula

    3 sudu besar air


    Bahan-bahan untuk puding:

    1 paket agar-agar (10g)

    1 tin susu cair

    1/2 cawan susu pekat

    4 cawan air

    3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)

    3 sudu besar tepung kastard

    1 sudu kecil esen vanila


    Cara Penyediaan:

    Cara-cara untuk gula karamel:

    • Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
    • Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).
    • Cara-cara untuk membuat puding :
    • Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
    • Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.
    • Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
    • Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
    • Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.


    Tip:

    Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul


    kredit : resepi Che Nom


    Puding Marbel



    Bahan-bahan :

    10 gm gm serbuk agar-agar 

    4 cwn air

    2 cwn gula halus

    1 tin susu cair

    1 cwn tpg kastard

    1 sudu makan serbuk koko, dibancuh dengan 1 sudu makan air suam


    Cara Penyediaan :

    • Masukkan serbuk agar2, gula dan air kedlm periuk. masak hingga didih
    • bancuhkan susu cair dan tpg kastard dan kacau sehingga pekat.
    • Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko ke dlm satu bahagian
    • masak sehingga pekat
    • sendukkan adunan coklat kedlm acuan.
    • lapiskan adunan kuning (kastard sahaja) ke atas adunan coklat tadi.
    • biarkan seketika.
    • lapiskan sehingga semua adunan habis.


    kreit : blog norazlita.blogspot

    Puding Roti Dan Sos Vanilla



    Bahan-bahan:

    6 keping roti, yang dipotong tebal dan dibakar seketika dan dipotong kiub

    2 sudu besar mentega, cairkan

    3/4 cawan gula putih

    4 biji telur

    1 sudu kecil esen vanilla

    1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

    2 cawan susu full cream


    Bahan untuk sos vanila:

    1/2 cawan gula perang

    1 sudu besar tepung gandum

    secubit serbuk kayu manis

    1 biji telur

    2 sudu besar mentega

    1 1/4 cawan susu full cream

    1 sudu kecil esen vanilla

    secubit garam


    Cara Penyediaan:

    Cara-cara untuk puding roti:

    • Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius
    • Dalam bekas pembakar (saya guna bekas berukuran 35x25cm), taburkan roti yangtelah dipotong menjadi kiub dan tuangkan mentega yang telah dicairkan ke atas roti.
    • Dalam bekas berasingan, masukkan susu, telur, esen vanilla, serbuk kayu manis dan gula. Putar sehingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas roti. Gunakan garfu untuk menekan roti sehingga tengelam dan menyerap adunan.
    • Bakar dalam oven selama 40-45 minit, atau sehingga bahagian atas menjadi keperangan.

    Cara-cara untuk sos vanilla:

    • Dalam periuk kecil, campurkan susu, telur, gula, garam, serbuk kayu manis, butter dan tepung. Panaskan di atas api sederhana dan kacau berterusan sehingga sos menjadi pekat, atau sehingga sos melekat bila di belakang sudu bila dicelupkan.
    • Masukkan esen vanilla dan kacau lagi sehingga sebati. Tutup api dan sejukkan seketika. Hidangkan bersama puding roti.


    kredit : blog chenom

    Agar-agar Santan Pandan



    Bahan-bahan:
    10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
    1 cawan santan pekat
    1 cawan santan cair
    1 biji telur
    3 1/2 cawan air
    1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
    1/2 sudu kecil garam
    5 - 7 helai daun pandan, dikisar dan ambil airnya

    Cara Penyediaan:

    • Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
    • Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
    • Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
    • Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
    • Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

    kredit : blog Chenom


    Puding Trifle






    Bahan-bahan:
    Kek gulung
    1 tin susu cair
    1 tin mix fruit
    1 kotak jelly cristal
    3 sudu tepung castard
    4 sudu gula


    Cara-cara:
    • Potong kek gulung. Kemudian susun dalam bekas dan tekan sedikit sehingga mampat.
    • Asingkan buah-buahan dalam tin dari airnya.
    • Dalam periuk, masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air.
    • Kemudian masukkan gula dan tepung kastard.
    • Kacau sampai sebati sehingga tepung kastard tidak berketul-ketul.
    • Kemudian baru masakkan atas api kecil sambil kacau sehingga ada letup-letup kecil tu baru tutup api.
    • Tuangkan kastard ke atas kek gulung tadi dan ratakan.
    • Agak-agak bila kastard sudah hampir mengeras, susun buah-buahan atas kastard. Tekan-tekan sikit buah koktel guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard
    • Kemudian tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni, campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalau guna dua kotak, hanya gandakan kuantiti air.
    • Tutup bekas dengan penutup. Simpan dalam chiller. Lagi sejuk lagi sedap.

    Kredit: Khairul Izhar | myresepi


    Agar-agar Milo




    Bahan-bahan:
    1 paket agar2 Tali (25g)
    4 cawan besar air (rujuk cawan dalam gambar)
    1 tin susu pekat
    1 tin susu cair
    1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)
    Secubit garam halus


    Cara-cara penyediaannya:

    • Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
    • Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.
    • Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.
    • Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.



    Puding Milo Oreo



    Bahan-bahan
    20gm agar-agar tali
    5 cawan air
    3/4 cawan gula
    1 tin susu cair
    1/2 cwn serbuk milo 
    1 paket biskut oreo


    Cara Penyediaan :

    • Masukkan air, gula dan agar2 dlm periuk dan kacau smpi larut.
    • Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih
    • Asingkan sedikit adunan (dlm 2cawan) kedlm periuk lain dan campurkn milo. Kacau sebati.
    • Amik adunan milo dan masukkan kedlm acuan.
    • Tunggu adunan milo keras sedikit. 
    • Cucuk sedikit dgn garpu supaya nt adunan susu melekat. Tuangkn adunan susu diatas lapisan milo. Patah2kan biskut oreo dan masukkn kedlm adunan susu td.
    • Selepas adunan susu mengeras sedikit, tuangkn baki adunan milo kedlm acuan.
    • Sejukkan dl dlm peti ais sblm dihidang.
    kredit: ain afiqa zamina



    Agar-agar Santan Gula Melaka 



    Bahan-bahan:

    1 paket serbuk agar-agar 10 gm  

    1 liter air (4 cawan) 

    1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 

    1/4 cwn gula pasir 

    250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 

    1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 

    Secubit garam  

    2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

    Cara-cara:  

    • Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
    • Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
    • Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
    • Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
    • Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
    • Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk


    kredit : yatiememories.blogspot


    Agar-agar Lumut



    Bahan :

    30 gram Agar-agar tali
    5 cawan Air
    4 helai Daun pandan – kisar dan ambil airnya dalam 1 cawan
    2 biji Telur
    1 kotak kecil Santan kara 1
    Garam sikit
    1 cawan Gula – boleh kurangkan jika tidak suka manis
    Pewarna hijau

    Cara :
    • Masak agar-agar sehingga larut dan baru masukkan gula.
    • Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan santan. Ketepikan.
    • Apabila agar-agar mendidih, masukkan air pandan dan pewarna hijau. Kemudian masukkan sedikit garam. Tunggu sehingga mendidih.
    • Selepas itu baru masukkan santan dan telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga mendidih. Padamkan api.
    •  Tuangkan adunan ke dalam loyang. Biarkan sejuk. Boleh disimpan di dalam peti ais.

    Sumber : Umi Norma | https://mykmu.net

    Thai Red Ruby

    Desset ni memang sedap dan ex staff pernah beberapa kali buat bila dia dapat stok sengkuang cina. 



    Bahan-bahan:

    Bahan-bahan untuk Thai Red Ruby:

    300g sengkuang atau sengkuang cina

    Pewarna merah

    1 mangkuk tepung ubi

    Air untuk merebus


    Bahan-bahan untuk sirap santan:

    1 kotak / 200ml santan

    2 cawan air

    2 helai daun pandan

    ¾ cawan gula

    Sedikit garam

    Bahan-bahan lain:

    Buah Nangka

    Nata de coco

    Kiub ais


    Cara Penyediaan:

    Cara-cara untuk Thai Red Ruby:

    • Gaul sengkuang yang dipotong dadu dengan pewarna merah.
    • Tambah sedikit air lalu perapkan seketika.
    • Gaul sekata sengkuang perap yang diperap tadi dengan tepung ubi.
    • Panaskan air dan ayak lebihan tepung ubi sebelum direbus.
    • Rebus sehingga merah pada sengkuang kelihatan hampir jernih dan sengkuang timbul naik di permukaan air, lalu angkat dan toskan.
    • Rendam pula dalam air sejuk dan toskan.
    • Kemudian, hidangkan red ruby (sengkuang) bersama sirap santan, kiub ais, nata de coco, isi kelapa dan hirisan nangka.

    Cara-cara untuk sirap santan:

    • Panaskan air dan masukkan santan, simpulan pandan, gula serta sedikit garam.
    • Kacau dengan kerap diatas api yang perlahan.

    Tip:

    • Toskan sedikit sengkuang yang digaul pewarna sebelum gaul dengan tepung ubi. Tujuan untuk elak semgkuang melekat satu sama lain jika terdapat air yg bertakung
    • Santan perlu dimasak api perlahan dan kerap kacau untuk elak dari berketul.


    kredit : blog CheNom


    Buko Pandan

    Dessert yang berasal dari Filipina ni memang viral dan umi suka beli dari kawan travel agent yang meniaga buko pandan waktu sebelum PKP. Dibuat dari jeli pandan, isi kelapa muda atau filipina panggil buko (itu yang dapat nama buko tu) dan bahan-bahan lain iaitu sagu, nata de coco macam-macam lagi lah.



    Bahan-bahan:

    Bahan-bahan untuk jeli pandan:

    1 pek /10g serbuk agar-agar

    1 cawan jus pandan

    3 cawan air

    1 cawan gula

    2-3 titik pewarna hijau (pilihan)


    Bahan-bahan untuk sagu:

    1 cawan sagu

    Air secukupnya

    Sedikit pewarna hijau


    Bahan-bahan lain:

    1 kotak /200g krim putar tenusu

    1 tin susu cair

    Susu pekat manis

    Nata de Coco

    2 sudu besar biji selasih

    Isi kelapa muda

    Kiub ais

    Ais krim vanila (pilihan)


    Cara Penyediaan:

    Cara-cara untuk biji selasih dan sagu:

    • Rendam biji selasih dengan air secukupnya dalam anggaran 10-15 minit sehingga kembang.
    • Rebus pula sagu sehingga sagu masak dan lembut.
    • Setelah masak, bilas sagu dengan air lalu tambah pewarna hijau kedalam sagu.


    Cara-cara untuk Jelly pandan:

    • Kisar halus daun pandan dengan air secukupnya lalu tapis jus pandan.
    • Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar, gula, pewarna hijau dan jus pandan.
    • Setelah mendidih, tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
    • Kemudian, potong jeli pandan yang sudah sejuk berbentuk kiub.


    Cara-cara untuk whipping cream:

    • Pukul whipping cream sehingga agak pekat.
    • Sejukkan ke dalam peti sejuk.


    Cara-cara untuk Buko Pandan:

    • Masukkan kiub jeli pandan, susu pekat manis, susu cair, biji selasih, sagu, nata de coco, isi kelapa dan kiub ais.
    • Masukkan whipping cream dan hidangkan bersama dengan aiskrim vanilla.

    Tip:

    • Jika tidak mahu kisar daun pandan, boleh sahaja simpulkan daun pandan ke dalam rebusan jeli.


    kredit : blog CheNom


    Jangan tak tahu, ada resipi dalam 15 Resipi Pencuci Mulut Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa  yang masih belum sempat umi buat tapi anda boleh la mencubanya.