Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap | Bihun goreng ni memang favorite kami sekeluarga tak kira untuk sarapan atau makan malam. Resepi bihun goreng setiap orang ni berbeza dan bihun yang paling sedap bagi umi adalah bihun yang dimasak sendiri dengan citarasa sendiri, menjadi kesukaan anak-anak. Kalau balik kampung, anak-anak pun cukup suka bihun yang dimasak oleh kakak ipar DH, cukup perisa, cukup rasa dan memang special. 



    Bihun goreng akan manis kalau diletakkan tauge yang dimasukkan bila hampir nak tutup api. Rasa tauge yang masih rangup ni memang heaven lah kata orang. Kalau dulu umi masak bihun cara bonda yang sedap dan manis dengan tauge dan tauhu goreng tapi aak-anak kurang gemar bihun dengan tauge. Jadinya umi kalau masak bihun goreng, memang akan tambah tauge untuk bahagian umi.

    bihun goreng
    Resipi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

    Nanti umi kongsi resepi bihun goreng utara macam yang dimasak oleh kakak ipar DH. Bahan yang digunakan dalam bihun utara ni pernah viral sebab menggunakan gula dengan banyak bergantung pada jumlah bihun, dan hasilnya bihun tu manis tapi sedap dan seimbang rasa bukan sekadar manis terlampau. 


    Resepi Bihun Goreng Simple

    Bahan-bahan: 

    1 bungkus 400 gm bihun,  direndam hingga lembut & toskan

    300 gm daging, dihiris dan direbus

    2 keping tauhu, digoreng dan dipotong

    1 bungkus fish ball, dipotong 

    sayur kubis atau sawi, dipotong kecil

    Minyak masak 


    Bahan dihiris

    3 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    sedikit halia


    Bahan Sos:

    3 ulas bawang merah, dikisar

    3 ulas bawang putih, dikisar 

    2 sudu besar cili kisar 

    3 sudu besar sos tiram

    3 sudu sos tomato

    3 sudu besar kicap lemak 

    1 mangkuk air asam jawa

    3 sudu gula

    1 mangkuk air

    Garam secukupnya


    Bahan hiasan:

    Bawang goreng, daun sup, cili merah, cili jeruk, telur dadar yang dihiris


    Cara Penyediaan :

    • Satukan bahan yang dikisar dengan bahan sos, masukkan gula dan garam. Kacau hingga sebati.
    • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris halus hingga kekuningan. Masukkan campuran sos yang dicampur bawang yang dikisar, masak hingga mendidih.
    • Masukkan daging yang direbus bersama air rebusan, renih hingga kuah mendidih dan nampak berminyak dan kering sedikit. 
    • Masukkan bihun, karot (kalau ada), sawi yang dipotong dan bihun. Kacau rata hingga bihun sebati dengan bahan tumisan. Jika bihun belum cukup lembut, tambah air sedikit demi sedikit. Kacau biar sebati. 
    • Akhir sekali, masukkan sayur kubis, kacau dan apabila sayur nampak lembut, tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.


    Selalunya bihun goreng ni ada regunya, bawang dan cili cuka. Caranya : hiris bawang kecil dan cili api, campurkan cuka, air, garam dan gula. Rendam dalam 15 - 20 minit sebelum dimakan bersama bihun goreng.

    Bihun Goreng Siam

    Bihun Goreng Siam ni macam bihun biasa lain, dibezakan kerana bihun dicampur dengan taucu yang memberi bau yang enak pada penggemar bihun sebegini. 


    Bahan-bahan
    Bihun sebungkus, direndam dalam 30 minit
    2 ketul tauhu, digoreng dan dipotong
    2 tangkai cili merah, dihiris
    Garam
    Gula
    Serbuk perasa (kalau suka)

    Bahan-bahan kisar
    1 labu bawang besar 
    2 ulas bawang putih
    10 tangkai cili kering, direbus 
    1 sudu besar udang kering, direndam dahulu

    Bahan-bahan rencah
    10 - 15 ekor udang basah / isi ayam
    2 -3 sudu makan taucu
    Taugeh
    Sayur kucai

    Cara Penyediaan : 
    • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan udang, gaul rata.
    • Masukkan garam dan serbuk perasa serta gula secukupnya. Tak perlu garam banyak sebab taucu pun sudah ada rasa masinnya.
    • Masukkan taucu dan gaul, masukkan bihun, tambah air dan kacau biar mesra semuanya. Tambah air jika perlu supaya bihun lebih lembut.
    • Bila bihun sudah lembut masukkan kucai, hirisan cili merah, daun bawang dan akhir sekali taugeh. Siap

    Resipi Bihun Goreng 12 Sudu Gula ‘Viral’

    Bahan-bahan:
    1 paket bihun (rendam air biasa)
    Udang kering satu paket kecil
    Bawang rose 3 biji*
    Bawang putih 2 ulas*
    Cili kering 4 biji*
    Belacan bakar (sikit sahaja)
    Asam jawa (agak-agak besar duit 20 sen)*
    Gula 12 sudu teh (kfc)
    MSG 2 sudu teh
    Garam 1/2 sudu teh (x7)
    Serbuk kunyit 1/2 sudu teh*

    Cara-cara:
    • Bakar belacan.
    • Kisar bahan yang bertanda (*) sampai hancur. Air jangan terlalu banyak.
    • Goreng udang kering dalam minyak. Bila dah agak masak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
    • Masukkan perasa dan tumis seketika lagi. Bila dah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
    • Kacau sebati bihun dengan menggunakan api perlahan untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur dan lembut. Hanya masukkan air bila perlu,
    • Cara nak tahu jika bihun masak elok, akan nampak asap pada permukaan atas bihun.


    Bihun Goreng Kicap


    Bahan-bahan Bihun Goreng Kicap
    1 paket bihun direndam selama 15 minit
    4 ke 5 biji cili padi diketuk ( ikut level nak pedas mana)
    8 ulas bawang putih diketuk
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar kicap cair
    3 ke 4 sudu besar kicap pekat karamel (ikut rasa, masin dan warna)
    2 sudu besar minyak bijan
    1 sudu besar lada hitam serbuk
    1 sudu besar lada sulah
    2 kiub pati ayam
    Isi ayam atau daging, udang atau sotong
    Fish ball atau fish cake
    Kobis dan sawi
    Garam dan gula secukup rasa
    Minyak untuk tumis

    Cara penyediaan Bihun Goreng Kicap

    • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi. Masukkan isi ayam atau daging
    • Masukkan sos tiram
    • Masukkan fishball dan fishcake 
    • Masukkan air sebanyak 1 cawan. Tambah garam dan gula jika perlu.
    • Masukkan semua kicap dan minyak bijan, lada hitam dan lada sulah.
    • Masukkan sayur keras dahulu dan terus masuk bihun.
    • Biar bihun serap air sambil kacau sehingga bihun masak dan lembut. Kalau masih kering boleh tambah air dan kicap. 
    • Akhir sekali masukkan sayur sawi atau sayur yang lembut pula. Siap!

    kredit : Eny Abdullah

    Bihun Goreng Chinese Style

    Masakan Cina memang jadi favorite umi dan keluarga sebab masakan mereka sangat ringkas dan menepati selera  dengan bahan asas seperti bawang putih dan wajib ada minyak bawang putih dalam masakannya.

    Cara membuat minyak bawang putih pun sangat mudah : cincang bawang putih dan goreng dalam minyak yang banyak. Apabila hampir garing terus alihkan ke dalam bekas lain supaya bawang tidak hangit.

     

    Bahan-bahan :

    Ayam / daging / seafood/ fishball
    Kobis
    Bihun – rendam
    Kicap Lemak Manis
    Kicap ABC (pengganti Shaowing Wine)
    Kicap Cair
    Bawang putih
    Sos Ikan

     

    Cara :
    • Sediakan minyak bawang putih. Ketepikan dan ambil sedikit minyak bawang putih dan tumis bawang putih cincang
    • Masukkan ayam atau daging, seafood atau fishball dan gaul rata. Kemudian masukkan kobis dan bihun.
    • Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos ikan dan kicap lemak manis dan tumis sebati.
    • Akhir sekali, goreng telur dadar dan taburkan atas bihun.

    Kredit resipi & foto : Maira Liyasyamel 

    Resepi Bihun Goreng Singapore

    Entah mana nama bihun Singapore ni pun tidak siapa yang tahu tapi itulah nama bila nak buat bihun goreng putih kat rumah

    Bahan-bahan:
    1 bungkus bihun (400g)
    sedikit minyak, untuk menumis
    1 mangkuk kecil isi udang
    1 mangkuk kecil isi ayam, potong dadu
    3 batang fish cake, potong dadu
    1 kiub ikan bilis
    2 biji telur
    kobis, cincang kasar
    karot, potong mancis
    sawi
    taugeh
    lada sulah (jika suka)
    garan dan gula secukup rasa
    bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan

    Bahan-bahan tumbuk halus:
    5-6 ulas bawang putih
    1 biji bawang besar
    2 sudu besar lada hitam

    Cara Penyediaan:
    • Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
    • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
    • Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
    • Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
    • Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
    • Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
    • Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar

    Tip:
    • Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.


    Resipi Bihun Goreng Kampung

    Bahan-Bahan untuk ditumbuk:

    3 biji bawang merah
    3 biji bawang putih
    1 sudu besar ikan bilis
    Bahan-bahan lain:

    1/2 bungkus bihun direndam hingga lembut & toskan
    1/2 labu bawang besar holland dihiris dadu
    10 ekor udang
    Carrot dihiris (optional)
    Kubis dihiris (optional)
    1 sudu besar sos ikan
    3 sudu besar cili kisar
    3 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos tomato
    4 tangkai cili merah biji dihiris

    Bahan-bahan hias:
    Daun bawang dihiris
    Bawang goreng

    Cara-caranya:

    1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan sambung tumis.

    2. Masukkan pula cili kisar & udang. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air. Kacaukan hingga sebati kemudian sos tiram, sos ikan & sos tomato.


    3. Perisakan terlebih dahulu & barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau sebati kemudian masukkan pula sayur. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.

    4. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.

    5. Siap!

    Kredit : Adilah Razak


    Bihun Goreng Resipi Mak Che Nom

    Bahan-bahan: ditumbuk halus

    4 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 sudu besar udang kering
    Bahan-bahan untuk lain:
    1/2 cawan minyak masak
    2 sudu besar cili kisar
    1 ketul isi ayam
    1 ketul kiub ikan bilis
    3 keping fish cake
    3-4 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tiram
    3 sudu besar kicap manis
    1/2 sudu kecil garam
    1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    1 pek bihun
    1 ikat sayur sawi
    1 biji tomato
    1 mangkuk taugeh

    Bahan-bahan untuk taburan:
    Cili merah
    Daun bawang
    Limau nipis

    Cara Penyediaan:
    • Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
    • Potong fishcake, tomato dan isi ayam.
    • Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil.
    • Hiris nipis cili merah, daun bawang dan limau nipis untuk hiasan.
    • Tumbuk bawang yang telah dipotong tadi dengan sedikit udang kering.
    • Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan.
    • Masukkan cili kisar.
    • Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap.
    • Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
    • Masukkan kiub ikan bilis, fishcake, batang sawi, air dan lada sulah.
    • Boleh tambah telur (optional).
    • Masukkan bihun yang dah direndam.
    • Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut.
    • Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh (boleh ganti dgn hirisan sayur kobis).
    • Boleh tambah kicap atau sos kalau suka.
    • Kalau kurang masin boleh tambah dengan garam, kalau masih keras tambah air sikit.
    • Hidangkan dengan cili potong, daun bawang dan hirisan limau nipis.

    Tip:
    Jangan masak taugeh lama sangat, sebab kita nak rasa crunchy sikit masa makan.

    Kredit : Che Nom



    Bihun Goreng Lada Hitam

    Bahan-bahan:
    1 pek bihun, direndam dan toskan
    150 gm daging, dihiris nipis dan direbus
    1 bungkus fish ball, dibelah dua
    1 bungkus fishcake, dipotong kecil
    2 ketul tauhu, digoreng dan dipotong
    1 biji lobak, dipotong memanjang atau disagat
    sedikit kobis, dihiris halus
    1 sudu lada hitam, ditumbuk 
    garam secukup rasa
    1 sudu gula


    Bahan tumbuk
    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih


    Cara Penyediaan :
    • Panaskan minyak. tumis bahan yang ditumbuk hingga naik wangi dan kekuningan.
    • Masukkan daging yang direbus, biarkan dimasak empuk. kemudian masukkan fishball, fishcake, kacau biar sebati kemudian masukkan lobak dan kobis, masak hingga layu.
    • Masukkan lada hitam, kacau biar sebati dan masukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau biar sebati dan masak hingga bihun lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali masukkan tauhu. Siap!



    Bihun Goreng Seafood

    Bahan-bahan
    Bihun jenama EKA separuh peket (rendam air biasa sekejap)
    6 sudu cili kisar
    Daging potong nipis2
    Udang
    Sotong
    2 sudu sos cili
    2 sudu sos tomato
    2 sudu sos tiram
    2 sudu kicap manis
    Garam
    Taugeh
    Sawi

    Bahan ditumbuk kasar
    1 biji bwg holland
    4 biji bwg putih



    Cara Penyediaan :
    • Tumis bahan tumbuk, masukkan cili kisar.. tumis sampai cili masak.. masukkan daging..tambah air dlm 1 cawan masak sampai daging empuk.. masuk udang dan sotong.. (tak perlu masak udang n sotong lama2 supaya sotong tak keras).. masuk semua sos dan garam.. masuk bihun.. kalau bihun keras lg tambah air panas sikit2.. masuk taugeh dan sawi.. gaul2 rata.. siap..






    Pasti setiap orang punya cara memasak dan resepi bihun goreng yang jadi kesukaan family serta anak-anak. Jadi kita raikan cara memasak dan selera masing-masing yang tidak sama sekiranya tidak memudaratkan.

    Selamat mencuba.