3 Resepi Masakan Telur Ikan Mayong

Dulu telur mayong ni memang mudah umi dapat bila ke rumah kakak yang dulunya menetap di Melaka. Telur ikan mayong ni ada yang besar dan kecil dan juga ada yang lembut dan keras tapi semuanya memang sedap.

 

     

    Telur mayong ni kalau tidak kena caranya, memang tak lalu nak makan sebab hanyir, jadi bolehlah cuba tip dan resepi dibawah dalam cara menyediakan juadah dari telur ikan mayong. Sedap sampai lupa diet tau!


    Cara Penyediaan Telur Mayong Sebelum Dimasak

    • Basuh telur ikan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit dan dibasuh dengan air biasa.
    • Panaskan periuk pengukus dan masukkan telur mayong ke dalam loyang pengukus atau bekas. Kukus selama 15 - 20 minit. Jangan kukus terlalu lama kerana telur akan menjadi liat seperti getah
    • Angkat dan buang air yang kelur dari telur sebelum dimasukkan kedalam masakan



    Gulai Cili Api Telur Mayong 

    Telur Ikan Mayong


    Bahan-bahan:-
    Telur ikan mayong
    1 cawan santan cair
    1/2 cawan santan pekat
    1 atau 2 batang serai diketuk
    5 biji belimbing buluh - dibelah dua
    Sehelai daun kunyit dipotong ikut kesukaan
    3 keping asam gelugur
    Garam secukup rasa

    Bahan untuk dikisar
    15 tangkai cili api
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 inci kunyit hidup
    1 cawan air

    Cara penyediaan:-
    Telur mayong dibersihkan dengan direndam dengan tepung dan limau kasturi dalam lebih kurang 1 jam kemudian dibuat usus yang melekat dengan berhati kalau tidak kampuh telur akan koyak dan telur akan pecah.



    Cara memasaknya:-

    1. Masukkan bahan yang dikisar tu kedalam periuk dan direnih hingga agak kering supaya bahan tu masak
    2. Masukkan asam keping dan serai yang diketuk
    3. Masukkan 1/2 cawan air dan bila nampak menggelegak, masukkan telur dan daun kunyit.
    4. Bila telur tu nampak dah separa masak, terbalikkan dengan cermat ya kalau tidak telur tu akan pecah dan kalau perlu tambah air
    5. Masukkan santan cair dan belimbing buluh dan dikacau perlahan
    6. Bila kuah dah menggelegak, masukkan santan pekat dan perlahan kan api.
    7. Dikacau biar santan sebati dan tutup api, letakkan garam secukup rasa



    Gulai Telur Ikan Mayong

    gulai telur ikan mayong



    Bahan-bahan:

    Telur ikan mayong

    2 sudu rempah ikan, dicampur dengan air hingga menjadi pes

    1 mangkuk air asam jawa

    2 keping asam gelugur (optional)

    1 cawan air

    sedikit garam


    Bahan - ditumis

    3 tangkai daun kari

    5 ulas bawang merah, dihiris 

    3 ulas bawang putih, dihiris

    1 sudu besar halba campur


    Cara Penyediaan :

    • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga naik bau dan masukkan rempah kari ikan, tambah air (jika perlu) supaya rempah dimasak sempurna
    • Bila rempah telah masak dan pecah minyak, masukkan santan dan air asam jawa, kacau biar sebati
    •  Apabila kuah sudah mendidih, masukkan telur ikan, kacau dan biarkan dimasak dalam 3 minit. Perasakan dengan garam secukupnya dan tutup api. 


    Asam Pedas Telur Ikan Mayong

    gambar kredit Google



    Bahan-bahan

    Telur Ikan Mayong

    1 mangkuk air asam jawa

    1 kuntum bunga kantan, dibelah empat

    1 biji tomato

    3 helai daun limau purut

    Garam dan gula

    3 keping asam gelugur


    Bahan dikisar

    10 tangkai cili kering, direbus 

    5 biji bawang merah

    1 biji bawang besar

    2 ulas bawang putih

    2 inci kunyit hidup

    1 inci belacan


    Cara Membuat;

    • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik wangi dan pecah minyak
    • Masukkan air asam jawa, kacau biar sebati dan masukkan sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang diingini, jangan terlalu cair. Masukkan bunga kantan, kacau biar sebati hingga kuah mengelegak
    • Bila dah menggelegak masukkan telur ikan mayong dan biarkan seketika, masukkan bendi, tomato dan daun limau purut.
    • Perasakan dengan garam secukup serta serbuk perasa. Siap



    Resepi Pais Telur Ikan Mayong

    gambar kredit Google


    Bahan-bahan

    Telur ikan

    1 mangkuk kelapa parut

    7 tangkai cili kering

    1 labu bawang besar

    3 ulas bawang putih

    1 inci halia

    sedikit belacan

    pes asam jawa

    1 helai daun kunyit, dihiris


    Cara Penyediaan:


    • Tumbuk cili kering, bawang putih , halia dan belacan hingga lumat, kemudian masukkan kelapa parut bersama, tumbuk hingga mesra dan akhir sekali masukkan pes asam jawa serta garam secukupnya.
    • Balut telur ikan di dalam daun pisang bersama bahan yang ditumbuk serta daun kunyit hingga menutupi telur
    • Bakar dengan api perlahan, terbalikkan supaya telur masak di kedua-dua belah bahagian. Siap dan boleh dihidangkan!


    Tip Supaya Telur Ikan Tak Hanyir

    Telur ikan yang telah dibasuh, ditos kemudian bolehlah dibuat seperti cara-cara dibawah supaya telur ikan tidak berbau hanyir hingga boleh menghilangkan selera.
      

        Cara 1 : Limau Kasturi

    Perahkan jus limau kasturi ke dalam bekas berisi telur, gaul hingga serata. Biarkan dalam 10 minit kemudian dibilas dan toskan.


        Cara 2 : Air Asam Jawa

    Rendam telur ikan di dalam air yang dicampurkan dengan asam jawa dalam 10 ke 30 minit. Bilas dan toskan.


        Cara 3 : Air Kapur

    Rendam telur ikan di dalam air berisi air kapur beberapa minit, bilas dan toskan



    Tip Telur Tidak Pecah 

    Basuh telur ikan, toskan dan dikukus sebelum dimasak supaya telur tidak pecah sewaktu di masak.

    Post a Comment

    6 Comments

    1. Terima kasih tipsnya Kak Fuzy...fav SA jugak ni cumanya SA susah nak dapat telur ikan mayong...sedapnya buat masak kari atau asam pedas...

      ReplyDelete
      Replies
      1. ya SA, kalau dapat pun sikit dan harga pulak mahal tapi selalu dpt diskaun sebab peniaga tu dah kenal

        Delete
    2. Saya suka sangat resepi yang pertama tu

      ReplyDelete
      Replies
      1. sama la SR, sedap dan kuah tu masuk dalam telur tu yg jadi lagi sedapp

        Delete

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!