Yang Berhormat Fadhlina Sidek yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan di bawah Kabinet YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Disember 2022. Beliau merupakan ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal serta bekas ahli Dewan Negara dari 2021 hingga November 2022. 


fadlina sidek


Biodata

Nama : Fadhlina Sidek

Profesion : Peguam, Senator Dewan Negara

Ahli Parlimen : P47 Nibong Tebal

Tarikh Lahir : 16 Oktober 1977 (45 Tahun - 2022)

Status: Berkahwin & mempunyai 5 orang anak

Kerjaya : Peguam, Tetuan Fadhlina Siddiq & Assoc



Penglibatan Politik

  • Ketua Wanita Pusat, Parti Keadilan Rakyat (2022-2025)
  • Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Parti Keadilan Rakyat (2021 - kini)
  • Pengerusi Biro Guaman Dan Pembangunan Komuniti Wanita Keadilan Pusat, Parti Keadilan Rakyat




Keluarga

  • Anak kepada bekas Presiden ABIM, Siddiq Fadzil yang telah meninggal dunia pada tahun 2021.
  • Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadzli Arsad dan dikurniakan enam cahaya mata.


Taraf Pendidikan

Berpendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan alam persekolahan pada 1994 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor.


Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan LLB (Syariah) pada 2002, selain meraih Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008


gambar kredit Fadlina Sidek


Fakta Menarik Mengenai Fadlina Sidek

1. Profesion sebagai peguam syarie dan memiliki firma guaman, Fadhlina Siddiq & Associates.

2. Anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Siddiq Fadzil ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan alam persekolahan pada 1994 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor.

3. Lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual serta menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 tahun kepada 18 tahun.



Senarai Menteri Pendidikan terdahulu

Kementerian Pendidikan, dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian yang dekat di hati para wanita. Mempunyai matlamat untuk ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, kementerian itu juga beriltizam melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera di samping menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Fadlina Sidek merupakan satu-satunya wanita yang menjawat jawatan Menterik Pendidikan sejak kementerian ini ditubuhkan.


21. Fadhlina Sidek

20. Datuk Seri Dr Radzi Jidin (2021-2022)

19. Dr Maszlee Malik (2018-2020)

18. Datuk Seri Mahdzir Khalid (2015-2018)

17. Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II) (2013-2015)

16. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009-2015)

15. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (2004-2009)

14. Tan Sri Musa Mohammad (1999-2000)

13. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (1995-1999)

12. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1986-1991)

11. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)

10. Tan Sri Amar Dr Sulaiman Daud (1981-1984, 1991-1995)

9. Tun Musa Hitam (1978-1981)

8. Tun Dr Mahathir Mohammad (1974-1978)

7. Tan Sri Mohammad Yaacob (1973-1974)

6. Tun Hussein Onn (1970-1973)

5. Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub (1969-1970)

4. Tan Sri Abdul Hamid Khan (1962-1964)

3. Datuk Abdul Rahman Talib (1960-1962, 1964-1965)

2. Tan Sri Mohd Khir Johari (1957-1960, 1965-1969)

1.Tun Abdul Razak Datuk Hussein (1955-1957)


Kesimpulan

Pengalaman sebagai aktivis dan peguam dalam undang-undang keluarga Islam serta hal kebajikan kanak-kanak, dilihat mampu membantu Fadhlina Sidek melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Pendidikan.

Semoga Yang Berhormat Fadhlina Sidek yang kini Menteri Pendidikan mampu memberikan sinar baru dalam sektor pendidikan negara.


Baca : Ketahui pendidikan awal anak Beza Prasekolah dan ibu bapa boleh buat Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan