Selalunya kalau kita membeli daging bahagian tulang, apa yang terfikir di fikiran mesti nak masak sup tulang atau gulai tulang tapi jarang sekali yang akan memasak asam pedas tulang. Asam pedas tulang? selalunya daging tetel yang dibuat asam pedas kan. Jom cuba masakmasakan mudah ini.


Pengenalan

Rib merupakan bahagian tulang rusuk lembu. 

Asam Pedas Tulang


Bahagian rib eye steak adalah antara potongan premium yang paling digemari oleh peminat steak kerana bahagian ini sangat beraroma. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.

Memandangkan daging lembu bahagian ini banyak terlekat pada tulang, maka bahagian tulang rusuk ini juga sangat sesuai dijadikan sup tulang atau sup daging.



Resepi Asam Pedas Tulang

Dah kenal tulang rusuk, jom kita masak Asam Pedas Tulang pula

Asam Pedas Tulang


Bahan-bahan

1kg tulang berdaging, direbus 

2 biji tomato, dipotong baji

1 mangkuk jus asam jawa

3 helai daun limau purut

daun kesum

minyak untuk menumis


Bahan Untuk Dikisar

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 batang serai

2 inci lengkuas

2 inci halia

1 ketul gula kabung


Cara Memasak :

1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga naik minyak dan masukkan cili kisar. Kacau dan masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan tulang yang direbus & masak hingga mendidih. Tambah air supaya tulang sebati dengan bahan yang ditumis. 

3. Bila daging di tulang nampak lembut, tambah air asam jawa, kacau sebati dan biarkan kuah mendidih. 

4.Masukkan daun limau purut & daun kesum, kacau dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau dan masak dengan api perlahan supaya kuah naik minyak. Bila tomato sudah nampak lembut. Tutup api

 

Baca Juga : Asam Pedas Daging 


Kenali Bahagian Daging Lembu 

Berikut adalah senarai  bahagian daging lembu dan keistimewaannya selain bahagian tulang rusuk yang di buat Asam Pedas Tulang.

gambar sumber Google


1. Tulang Rusuk (RIBS)

Rib merupakan bahagian tulang rusuk lembu. 

Bahagian rib eye steak adalah antara potongan premium yang paling digemari oleh peminat steak kerana bahagian ini sangat beraroma. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.

Memandangkan daging lembu bahagian ini banyak terlekat pada tulang, maka bahagian tulang rusuk ini juga sangat sesuai dijadikan sup tulang atau sup daging.



2. Daging Bahu (CHUCK)

Bahagian chuck adalah bahagian bahu lembu.


Bahagian ini mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian rusuk (rib), short loin atau sirloin.


Oleh itu ia lebih sesuai untuk masakan ‘slow cooking’ seperti stew, gulai dan kari yang memerlukan masa yang lebih lama untuk lembut sepenuhnya.


Ia juga sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled).



3. Daging Batang Pinang (SHIRLOIN)

Bahagian daging lembu yang dikenali sebagai lulur pendek (short loin) ini terletak di bahagian belakang lembu di tengahnya.

Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu tenderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’.

Daging batang pinang sering menjadi pilihan kerana ia mempunyai tekstur daging yang lembut, tiada lapisan lemak dan sesuai dengan kebanyakan jenis masakan.

Potongan stik popular yang terdapat pada bahagian tenderloin ialah filet mignon dan chateaubriand.


4. Tenderloin (Loin Lembut)

Tenderloin (loin lembut) atau turut dipanggil daging batang pinang adalah bahagian daging lembu yang paling lembut. Terdapat beberapa istilah lain yang menggambarkan potongan bahagian loin lembut ini iaitu filet mignon dan chateaubriand.


Baca : Daging Masak Hitam


5. Daging 'Harimau Menangis' (SIRLOIN)

Berdekatan dengan daging batang pinang terdapat satu lagi bahagian iaitu sirloin yang terletak di antara bahagian pinggang lembu.

Bahagian daging ini boleh dikatakan sebagai yang paling lembut dan ia turut dikenali sebagai ‘daging harimau menangis’.

Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia agak terhad dan sentiasa mendapat permintaan ramai.

Bahagian daging lembu ini amat popular di Malaysia untuk dijadikan daging bakar cicah air asam.



6. Daging Lambun (FLANK)

Daging lambung (flank) terletak di bawah pinggang dan sirloin. Kedudukan daging ini adalah di sekitar kawasan perut.


Ia membantu lembu berpusing dan berjalan oleh yang demikian otot berfungsi dengan banyak.


Ini menjadikannya daging yang pejal dan kurang lemak serta setanding potongan premium yang lain.




7. Dada (BRISKET)

Brisket adalah potongan daging dari dada atau bahagian bawah dada lembu.


Oleh kerana lembu tidak mempunyai tulang kerah (collar bone), otot-otot ini menyokong sekitar 60% berat badan lembu yang sedang berdiri atau bergerak.


Ini membuat daging bahagian ini agak pejal dan liat.


Maka, ia lebih sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.


8. Daging Punggung (ROUND)

Daging bahagian paha ini agak liat kerana banyak digunakan dalam pegerakkan lembu.


Ianya juga terdapat banyak ligamen dan dagingnya kurang berlemak.


Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak.




9. Plate

Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah bahagian perut lembu.


Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain.


Oleh itu ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.



10. Betis / Keting (SHANK)

Bahagian daging lembu bahagian kaki / betis ini punyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat.


Amat sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.


Kesimpulan

Bahagian daging lembu yang paling sedap tentunya adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing dan mengikut poket kita sendiri.


Ramai yang menyukai ‘daging batang pinang’ dan ‘daging harimau menangis’ manakala tulang rusuk popular bagi penggemar sup tulang dan steak.


Perlu diingat, bahagian daging lembu yang mengandungi kadar LEMAK yang paling TINGGI ialah ekor (71g) dan tulang rusuk (42g).


Lemak penting untuk kenikmatan dan kepuasan semasa makan sebab itu ramai yang menggemari sup ekor dan sup tulang kan?


Manakala bahagian daging lembu yang mengandungi kadar PROTEIN yang paling TINGGI ialah betis (34g).


Menurut KKM, kadar protein yang tinggi menjadi penyumbang kepada rasa cepat kenyang.


Apa pun bahagian mana pilihan anda, bersederhanalah semasa memakan daging kerana juga boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit