#PemburuRahsia : Cerita Melayu Bersiri Best Tonton Di TV3

Anda dah tonton drama bersiri suspen thriller #PemburuRahsia? Cerita Melayu  dengan 15 episod ini telah mula bersiaran pada  5 September 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda, TV3 atau anda boleh strim di tonton.com.my


#pembururahsia


Sinopsis Drama Pemburu Rahsia

Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan.  Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.


Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.


Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.


Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.


Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. 


Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?


Baca : Dah tonton filem Menjelang Maghrib ?


Watak Pelakon

Intan Najuwa sebagai Aliya | Adam Lee sebagai Waiz | Scha Elinnea sebagai Marissa Damia | Haliza Misbun sebagai Suraya | Muaz Zabir sebagai Ikmal | Raff Roslee sebagai Syaqir | Kimberly Chuah sebagai Elijah | Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha | Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat | Fariz Isqandar sebagai Hakimy | Raden Zaharatul sebagai Bella | Kween Keela sebagai Nadine Ahmad | Dina Allysha sebagai Elisa | Izzulfaiq sebagai Koddy | Royce Iqram sebagai Daniel | Adwafri Shah sebagai Qoyyum | Azri Iskandar | Jesse Lim | Lydiawati

Penulis Skrip: Marr Mohamad | Pengarah: Feroz Kader | Produksi: Zeel Production


Lagu Tema (OST): 

Pemburu Rahsia - Rahmad Mega



Post a Comment

1 Comments

  1. Saya suka betul cerita ni! Masih tak dapat menekan siapakah gerangannya yang bersalah ni 🤔

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!