Dah lama betul umi nak buat Nasi Arab ni tapi tak tertunai sebabnya kalau habibi ada memang dia tak berapa gemar apalagi Nasi Arab yang menggunakan beras basmathi. Jadinya kena tunggu dia outstation atau dia ada tugasan di Istana sebab bila kat Istana, ada jamuan makan sekali buat orang media. Eh bila lagi umi nak masak guna saffron yang dah lama dibeli tu kan


Nasi Arab Simple

Kalau sebut nasi arab, pasti ramai yang terbayang nasi arab Chef Amar yang popular masa bulan Ramadan hari tu. Pasti ramai yang fikir susah betul nak buat nasi arab dan tak tahu apa rempah ratus yang digunakan hingga membuatkan nasi arab sangat menyelerakan. Tahu taka anda, yang hidangan nasi arab ini sangat mudah disediakan kerana ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada dalam rumah, murah dan kalau boleh tiap-tiap hari boleh buat nasi arab!


Nasi Arab



Bahagian paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab adalah sup untuk nasi dan ayam yang umi bakar. Resepi asalnya umi tengok dari facebook dan kat banyak blog yang rata-rata bagi resipi yang sama dan lebih kurang. Tak tahu kepunyaan siapa tapi umi olah ikut citarasa orang Melayu dan tekak sendiri. Yang penting janji anak-anak makan dengan happy.


Resipi Ayam Bakar 





Bahan-bahannya:

5 ketul ayam bahagian thigh

1 biji bawang besar, belah 4

1 biji tomato belah 4

11/2 sk jintan manis

1 sk lada hitam

1 sk biji ketumbar

3 biji  buah pelaga 

2 kiub ayam

½ sk serbuk kunyit

1 sk rempah kurma

2 sudu minyak masak, umi guna olive oil sebab ada stok

Sedikit garam


Cara :

1. Rebus hingga ayam masak bersama bahan-bahan. Air rebusan ayam akan dimasukkan untuk masak nasi. Air selebihnya di buat sup berempah yang sedap untuk makan dengan nasi.




Maaflah sebab gambar dok gegar sikit masa memasak ni.


2. Angkat ayam dari air rebusan dan perap dengan bahan-bahan berikut :

Serbuk cili

Serbuk kari

Sos tiram

Garam

Perasa

1 sudu madu atau gula

2 sudu minyak (umi guna olive oil)


Cara :

1. Perap sekejap semua bahan bersama ayam sambil siapkan nasi.


Kemudian panggang atau bakar pada suhu 150 celcius. Bakar selama 15 minit, kemudian sapu lebihan bahan perap tadi dan sambung bakar lagi selama 15 minit. Ayam akan jadi cantik dan berkilat.


Resipi Nasi Arab

Bahan-bahan

1 labu bawang besar, dihiris

1 inci halia, dihiris 

3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)

Beras basmathi, dibasuh


Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi. Tumis sampai garing.



2. Masukkan bahan tumisan kedalam beras bersama air rebusan ayam dan garam secukupnya serta daun ketumbar.


Nota : Beras sukat macam biasa. Kalau beras basmathi guna 1 cawan beras dan 2 cawan air. Beras basmathi tu umi rendam dalam air selama 30 minit selepas dicuci dan toskan.


3. Bila nasi dah kering, letakkan saffron atau pewarna. Tutup semula tudung periuk dalam 10 minit, kemudian kacau nasi. Taburkan juga daun ketumbar. Siap!


Resipi Salsa / Sambal arab

Bahan-bahan 

1 tangkai cili api

1 tangkai cili besar

1 biji tomato

3 ulas bawang putih

Daun ketumbar

Garam 


Cara :

1. Kisar semua bahan di atas dan perah sedikit jus lemon.


Resipi Salatoh

Bahan-bahan

Tomato, potong kiub

Timun, potong kiub

Bawang besar, potong kiub

Pudina hiris, guna ketumbar jika tiada


Cara:

Gaul semua bahan dalam 1 bekas, letak sedikit gula dan garam. Perah juga sedikit jus lemon. Siap!


Kesimpulan

Memang sedap! Mudah dan rasanya resepi umi ni menyihatkan dengan bahan-bahan mudah yang ada dalam rumah.


Tak percaya? cuba try buat sendiri.