Bila hujung minggu, pasti mak-mak tercari-cari apa sajian untuk minum petang bagi suami dan anak-anak. Dengan keadaan ekonomi yang semakin menduga, kita harus cari dan usaha kurangkan perbelanjaan dengan memasak sajian terutama bagi keluarga yang besar seperti umi. Paling menyedihkan bila kuih yang kita beli tu, dahlah harganya mahal, sikit dan kurang sedap seperti selera. Bila memasak sendiri, tak sedap pun tidak rasa ralat dan mungkin kita boleh belajar menambahbaik resepi dan jadi lebih sedap pada selera keluarga.



12 Resepi Sajian Minum Petang Dengan Tepung Gandum

Pastinya di setiap rumah ada tepung gandum dan banyak jenis resepi yang boleh kita buat dengan tepung gandum yang pastinya akan digemari anak-anak seperti cekodok bawang, cekodok sayuran, cekodok udang dan bermacam lagi. 


1. Resepi Kuih Qasidah Utara



Bahan-bahan
300 gm tepung gandum
3 cawan air
100gm gula pasir
garam secukup rasa

1 sudu air kapur -(optional - supaya kuih nampak berkilat)
1 sudu minyak sapi (optional - kuih lebih sedap dan wangi)


Bahan-bahan
5 ulas bawang merah, dihiris dan digoreng


Cara-cara :

  • Bancuh tepung bersama dengan air dan gula, kacau (dan kapur, kalau guna) sehingga sebati.
  • Masakkan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa supaya tidak hangus.
  • Kacau selama dalam 20 minit, macam buat puding jagung dan pastikan tepung tu tak berketul-ketul, menjadi pekat dan likat. Bila sudah pekat, tambah minyak sapi atau minyak gorengan bawang (optional)
  • Tuang adunan dalam bekas yang dioles minyak, ratakan dengan nipis, taburkan bawang goreng diatas kuih dan biar hingga sejuk.
  • Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dimakan.

2. Resepi Lempeng Gulung Sardin



Bahan-bahan A:

150g tepung gandum
350ml air
1 biji telur
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan

3. Resepi Cucur Sayur






Bahan A 

2 cawan tepung gandum 

1 biji telor ayam 

Garam secukup rasa

serbuk perasa, kalau suka

1 cawan sayur kobis bulat, dihiris halus

1 cawan lobak merah, dihiris halus

1 ikat daun kucai, dipotong kecil

1 cawan daun sop, daun bawang, dipotong kecil

1 biji bawang besar, dihiris halus

1 biji cili hijau, dihiris halus

1 biji cili merah, dihiris halus

Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.

2 cawan air sejuk


Bahan Tambahan (kalau suka)

1 gengam ikan bilis, boleh ditumbuk ikut kesukaan

1 mangkuk udang basar, dipotong kecil 


Cara Membuat:

  • Satukan kesemua bahan-bahan, gaul dan masukkan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak berketul and sebati.
  • Masukkan ikan bilis atau pun udang, masukkan garam secukup rasa.
  • Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit, barulah digoreng hingga garing. Balikkan cucur supaya kedua-dua belahnya dimasak . 
  • Bila kelihatan keperangan, angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.


Nota :

Bancuhan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.


4. Resepi Cekodok Udang




Bahan-bahan :

4 cawan tepung gandum
1 mangkuk udang kecil atau boleh guna udang geragau kering
1 biji bawang besar, dihiris kecil
2 sudu cili kisar
2 cawan air sejuk
Garam secukupnya

Cara-cara :
  • Campurkan semua bahan ke dalam bekas, kacau rata dan masukkan air sedikit demi sedikit, sesuai dengan kepekatan yang diinginkan.
  • Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.
  • Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.
  • Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.


5. Resepi Cekodok Pisang





Bahan-bahan
1 ikat pisang nipah / emas 
1 cawan tepung, anggaran
3-4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
  • Kupas kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian lenyek pisang sehingga halus dan masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Tambah tepung gandum sehingga mendapat kepekatan yang seimbang. Rehatkan adunan selama minimum 15 minit.
  • Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.
  • Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.
  • Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.

Tip 

  • Air harus ditambah sedikit demi sedikit kedalam bekas berisi tepung, supaya adunan tidak terlalu cair atau keras. Setiap sukatan tidak sama kerana ianya bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang digunakan.
  • Adunan cekodok pisang harus seimbang kandungan tepung dan pisangnya. Kuantiti tepung yang kurang akan menyebabkan cekodok serap minyak apabila digoreng. Disyorkan, goreng sebiji dahulu untuk memastikan adunan cekodok itu menjadi.


6. Resepi Cucur Jagung Pedas




Bahan-bahan :
2 tongkol jagung
1 ikat daun kucai, dihiris
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 cawan ikan bilis, ditumbuk
5-6 senduk tepung gandum
1 sk garam
air sejuk
Sedikit kunyit hidup

Bahan-bahan untuk sos pencicah:
5 tangkai cili merah besar
3-4 sb gula
1 cawan air
1/2 cawan cuka
sos ikan (optional)
sos cili
Sedikit garam
Sedikit air


Cara-cara :

  • Buangkan kulit jagung serta rambut-rambut dan kemudian isinya dihiris dari tongkolnya. Isinya boleh ditumbuk sedikit supaya bila dimasak ia tidak meletup-letup.
  • Satukan kesemua bahan ke dalam bekas, masukkan air ais dan digaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.     Sekiranya tiada air aisi, boleh masukkan adunan ke dalam peti ais dalam 20 minit sebelum di masak.
  • Panaskan minyak, ambil beberapa sudu minyak dan tuangkan kedalam adunan. Ini bagi merangupkan cucur
  • Ambil sedikit adunan atau guna sudu untuk dimasukkan ke dalam minyak. Masak hingga kekuningan dan diterbalikkan.
  • Bila cucur dah mula keperangan, leraikan yang melekat dan kacau-kacau goreng sampai garing.
  • Bila sudah garing, boleh angkat dan toskan.

Cara-cara untuk sos pencicah:

  • Masukkan cili merah, gula dan air dalam blender. Kemudian kisar kasar.
  • Tuang masuk dalam periuk. Masak sampai mendidih dan masukkan cuka atau sos ikan atau kedua-duanya.
  • Masukkan sos cili, kacau dan tutup api.


Tip Cucur Rangup

  • Kalau sukakan cucur yang rangup, pastikan menggunakan air bancuhan dengan air sejuk atau air ais.
  • Ada yang suka menggunakan tepung jagung bagi memekatkan sos pencicah.
  • Unutk memastikan cucur yang dimasak garaing, pastikan adunan yang dimasukkan ke dalam kuali tidak terlalu banyak kerana ini menyebabkan suhu minyak cepat turun.
  • Bagi mengurangkan serapan minyak pada cucur, kuatkan sikit api, kacau dan terus angkat cucur yang sudah dimasak.




7. Resepi Peknga @ Lempeng Kelapa



Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Satukan semua bahan di dalam bekas dan kacau sebati hingga tidak ya
  • Panaskan kuali, amil sesenduk, letakkanbdi atas kuali da leperkan.dan selamat melempeng.

Baca juga : Kuih cucur badak 

8. Resepi Kuih Cara Manis



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 cawan santan pekat atau santan kotak

1 cawan air

1 cawan air pandan (3 helai daun pandan di blend dengan secawan air)

Sedikit pewarna hijau

Sedikit garam

Gula (sebagai inti)

Minyak masak (sapu pada acuan)


Cara-cara

  • Campur tepung gandum/telur/air pandan/air/santan/garam. Kacau hingga sebati.
  • Kemudian tapis. Panaskan acuan. Sapu minyak pada acuan kemudian tuang adunan tadi.
  • Letak gula ditengah kemudian tutup denagn penutup dlm 5-7 minit.
  • Dah masak boleh keluarkan kuih cara tersebut.



9. Resepi Kuih Cara Berlauk



Bahan-bahan:-

3 cawan  tepung gandum, diayak
santan pekat
Garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun pandan, disimpul


Bahan untuk inti:-

300 gm daging cincang
1 labu bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dipotong dadu
3 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Garam secukupnya


Bahan hiasan:-

2 biji cili merah, diracik halus
sedikit daun bawang dan daun ketumbar/sup, diracik halus



Cara-cara :-

  • Satukan tepung gandum, santan dan garam ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Adunan Tiada sukatan yang digunakan hanya berdasarkan agak-agak dan bergantung berapa banyak kita ingin buat. Adunannya mengikut kita membuat lempeng tapi kalau lempeng guna air, yang ini guna santan dan letakkan serbuk kunyit.  Kalau nampak pekat, tambah sedikit air.
  • Cara membuat inti:- Untuk membuat inti, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.  Perapkan daging cincang dengan rempah kari seketika. Bila tumisan bawang sudah kuning, masukkan daging yang telah diperap dengan rempah tadi. Kacau dan biarkan daging masak sempurna dan masukkan garam secukup rasa.
  • Cara membuat kuih cara : Panaskan acuan, oleskan dengan minyak menggunakan daun pandan.  Tuangkan adunan tepung ke dalam acuan dan taburkan inti daging dan bahan hiasan dalam 2 sudu kecil.  Masak dengan api sederhana dalam 10 minit akan masak dengan sempurna.

10. Resepi Pengat Gandum

Pengat Tepung Gandum
foto kredit : Google


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cawan air


Bahan untuk air gula

½ cawan gula pasir 

1 sudu makan gula merah 

1 helai daun pandan 

1 cawan air


Cara-cara 

  • Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi satu doh (biar keras sedikit). 
  • Guntingkan mengikut saiz kesukaan 
  • Masakkan air anggaran ½ periuk sehingga mendidih dan masukkan tepung guntingan tepung tadi. Kacau supaya ia tidak melekat. 
Cara-cara penyediaan air gula
  • Masak bahan-bahan untuk air gula hingga mendidih dan tapiskan ke dalam periuk lain. 
  • Masukkan tepung yang dimasak tadi ke dalam periuk, dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau kerapa supaya tidak pecah minyak dan ila nampak hampir mendidih, tutup api. Siap.

11. Resepi Apam Balik Mudah



Bahan-bahan A

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh yis

1/4 cawan gula

1 biji telur

1 1/4 cawan air / susu segar

2 sudu besar marjerin (dicairkan)

Sedikit garam

Sedikit esen vanila

Sedikit pewarna kuning


Bahan-bahan inti

Kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar kasar)

Jagung tin

Gula

Sedikit mentega


Cara-cara

  • Satukan telur, gula dan air ke dalam pengisar dan kisar hingga berbuih dan gula larut serta sebati.
  • Masukkan bahan-bahan lain (bukan bahan inti) dan kisar lagi hingga halus. Biarkan adunan selama sejam.
  • Panaskan kuali dengan api kecil, sebaiknya guna kuali non-stick. Sapu sedikit marjerin dan sendukkan adunan, dan leperkan
  • Apabila adunan kelihatan berlubang kecil, taburkan gula, kacang dan jagung.
  • Letakkan sedikit mentega (seperti kita lihat kuih ini dibuat)
  • Apabila apam dah berwarna coklat, lipat dan sapukan permukaan apam dengan sedikit marjerin. Siap.


12. Resepi Roti Jala Sukatan Cawan



Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan santan

2 cawan air

1 biji telur

2 sudu minyak masak

1 sudu kecil garam

Pewarna kuning telur atau serbuk kunyit


Cara-cara

  • Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, atau pewarna kuning, gaul hingga sebati. 
  • Didalam bekas lain, campurkan air, santan, minyak masak dan telur, kacau biar sebati dan tuang dalam tepung tadi.
  • Masukkan kedalam pengisar, kisar hingga tiada ketul-ketul. Tapiskan
  • Panaskan kuali dengan api perlahan, oleskan sedikit minyak dan sedia menjala menggunakan acuan bercorong.  
  • Tebarkan roti jala di atas kuali leper non-stick dengan api yang kecil. Setelah roti lekang dari kuali, bolehlah diangkat. Gulung atau lipat roti mengikut bentuk yang diinginkan. Ulang hingga selesai.

Resepi Kari Ayam Kuah Roti Jala

1/4 ekor ayam, dipotong kecil

5 sudu besar serbuk kari 

3 biji buah pelaga

5 tangkai biji cengkih

1 batang kulit kayu manis

1 biji bunga lawang

1 cawan santan pekat

3 ulas bawang merah, dihiris

3-5 ulas bawang putih, dihiris

1 inci halia, dihiris

4 cawan air

1 mangkuk kecil asam jawa 

2 tangkai daun kari

1 sudu kecil garam


Cara-cara

  • Tumis bahan yang dihiris bersama rempah 4 sekawan sehingga layu dan naik bau. Masukkan daun kari dan tumis sebentar.
  • Kemudian masukkan pes kari ayam (serbuk kari dicampur dengan sedikit air), tumis hingga pecah minyak
  • Setelah agak garing, masukkan ayam dan tumis lagi sehingga ayam masak. Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan garam dan pes asam jawa. Kacau dan masukkan pula santan. Tunggu hingga mendidih sebentar dan bolehlah ditutup api.


Selamat Mencuba