Koleksi resepi kali ini, umi nak kongsi resepi mudah yang  akan membuatkan makan nasi bertambah, resepi yang tak perlu lama untuk disediakan, hanya lebih kurang 10 minit sahaja.  Aneka sambal tumbuk yang pasti ada pada setiap hidangan, dimakan dengan nasi panas, memang tak toleh kiri kanan dah nanti.


Resep Sambal Tanpa Masak


10 Jenis Sambal Tumbuk Mudah Dan Sedap


1. Sambal Belacan Asam Jawa



Bahan-bahan

3 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

5 tangkai cili api

belacan, dibakar

Garam

Gula

Air Asam Jawa


Cara Membuatnya

  • Tumbuk kesemua cili hingga hancur, masukkan belacan yang telah dibakar, garam dan gula secukupnya. Bila dah lumat, masukkan air asam jawa. Siap. 


2. Sambal Mangga / Bacang / Kuinin



Bahan-bahan

3 biji cili masak

10 biji cili api

buah mangga / bacang / kuinin, diracik-racik

2 ulas bawang kecil

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

Belacan


Cara Membuatnya
  • Tumbuk kesemua bahan hingga lumat kecuali mangga dan bawang. 
  • Masukkan mangga, garam dan sedikit gula, tumbuk hingga sebati. Hati-hati ketika menumbuk binbang air dari mangga akan terpercik.


Nota : kuinin atau bacang, dikupas kulitnya sebelum diracik.

3. Sambal Tempoyak



Bahan-bahan

2 sudu makan tempoyak

3 biji cili api hijau

1/2 biji cili merah besar

5 biji cili api 

1/2 sk garam

sedikit gula


Cara Membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam lesung batu (kecuali tempoyak) dan tumbuk hingga lumat dan halus, kemudian masukkan tempoyak, gula dan garam secukupnya. Kacau² biar sebati. Siap.



4. Sambal Belimbing





Bahan-bahan

5 tangkai cili kering, digoreng 

belimbing

3 ulas bawang, disangai

belacan

Garam

Gula


Cara Membuatnya

  • Kukus belimbing atau masukkan kedalam periuk yang baru dimasak(sudah kering air tapi belum tutup api) 
  • Panaskan minyak dan goreng cili kering tapi jangan hangit.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam lesung batu (kecuali belimbing) dan hingga lumat dan halus, kemudian masukkan belimbing, gula dan garam secukupnya. Tumbuk biar sebati tapi perlahan bimbang terpecik air dari buah belimbing.  

5. Sambal Picit Utara



Bahan-bahan:

12 biji cabai merah

12 biji cabai hijau

1 sudu besar asam jawa (asam jawa asli)

2 ketul belacan bakar (sebesar ibu jari)

Setengah biji asam limau

1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai

Garam

Sedikit gula

Serbuk perasa


Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk, picit saja semua bahan (bukan tumbuk, bukan kisar).


Nota : Makan dengan ikan rebus, ikan bakar dan ulam. 


6. Sambal Belacan Siam



Bahan-bahan:

2 biji cili masak

20 biji cili api

10 biji cili api merah siam

2 inci belacan

1 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil ajinomoto

Air asam secukupnya

5 sudu cuka makan

1/2 biji bawang holland


Cara-cara penyediaan: 

1. Hancurkan kasar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang Holland, dan tomato.

2. Potong limau nipis.

3. Letakkan bahan yang telah dihancurkan bersama belacan bakar, gula nisan, serbuk perasa (MSG), garam, dan sedikit air ke dalam pengisar (cara buat sambal belacan blender).

4. Perah jus limau nipis dan kisar sehingga halus.

5. Pindahkan ke dalam mangkuk dan sesuaikan dengan garam dan jus limau nipis.


7. Sambal  Pusuk Sarawak


Bahan-bahan:

Segenggam Ikan bilis

10 tangkai cili padi

5 biji limau kasturi, ambil jusnya

Sedikit belacan


Cara Membuatnya :

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam lesung batu (kecuali tempoyak) dan tumbuk hingga lumat dan halus, kemudian masukkan tempoyak, gula dan garam secukupnya. Kacau² biar sebati. Siap.
  • Nak cair, masukkan air perahan limau kasturi. Siap !


kredit : cookpad


Kesimpulan

Pastinya kesemua sambal tumbuk yang dinyatakan tu memang ada di setiap hidangan nasi sebagai penambah selera sebab adanya rasa masam, manis, pedas yang akan menambah selera kita.


Selamat Mencuba