Kita tahu secara umum, tanjak atau tengolok yang sering dipakai sewaktu pengantin lelaki bila mengenakan rbaju songket, atau yang dipakai para pesilat atau bila ada acara rasmi di Istana. Mungkin ramai tak berapa tahu terdapat banyak jenis tanjak mengikut negeri dan status. Jadi umi kongsikan sikit pasal tanjak Pahang memandangkan habibi perlu mengenakan tanjak Pahang ketika bertugas di Pahang sempena keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Adullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kembali ke Pahang selepas tamat tempoh pemerintahan baginda selama 5 tahun.


Tanjak Pahang

Tanjak Pahang

Tanjak, tengkolok atau destar merupakan salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat Melayu.Tanjak Pahang  mempunyai 5 tanjak asas iaitu Sunda Menggamit, Lang Menyusur Angin atau Lang Menyonsong Angin, Sekelonsong Bunga, Raja Bersiram dan Bugis Tak Balik.

Setiap pemakaian tanjak berbeza bagi setiap orang mengikut statusnya. Contohnya gagi Ke Bawah Duli Sultan dan bakal Sultan (waris ganti baginda) iaitu Tengku Mahkota, hujung daun tanjak dipakai tegak antara dua mata diikuti dikeluarkan pucuk atau sula tanjak.

Manakala bagi orang kebanyakan hujung daun tanjak disengetkan ke kiri iaitu dipakai di atas mata kiri.

Katanya, pada masa kini, pemakaian tanjak semakin popular dengan pelbagai cara ikatan dan warnai, tapi kurang menekankan pemakaian tanjak dengan betul, bahkan reka bentuk atau karangan tanjak Pahang masa kini telah mengalami perubahan yang mengubah bentuk asalnya

sumber : https://sahih.com.my/tanjak-pahang/

Tanjak Pahang

Ni gambar acara di Istana Negara, sebelum hulubalang ni ke Pahang, jadi tanjak yang dipakai adalah tanjak yang biasa kita lihat.

Jejak ke Masjid India


Sebagai isteri mithali, harus la mengedik ikut walau ke hujung dunia sekali pun kan, sekali offer pun dah segera di sambut tanpa ragu-ragu. Memang dah lama tak jejak ke Jalan Masjid India sebab malas nak bersesak, lebih-lebih lagi dalam  bulan puasa memang tidaklah kot sebab memang padat dengan pengunjung.



Jejak Ke Campbell Complex

Misi mencari tanjak bermula. Pertamanya kami jelajah Campbell Complex untuk mencari tanjak tapi tak jumpa.


Dalam mencari tu terjumpa pula Thomas, tukang jahit dan empunya Just Fit Fashion di Tingkat 1, Kompleks Campbell. Kat sinilah kedai tempat habibi  tempah baju Melayu setiap tahun untuk dipakai pada hari raya dan baju Melayu untuk akad nikah dan dia panggil habibi Tengku sebab tempah aju Melayu warna kuning untuk hari raya.

Tak banyak yang berubah di dalam Kompleks Campbell ini dengan kedai muzik yang menjual pelbagai jenis pita lagu  dan menjadi tempat lepak udak dulu yang dah jadi otai.

Plaza City One

Sepanjang jalan tu habibi bertanya juga para peniaga di Jalan Dang Wangi ni untuk kedai yang menjual tanjak dan mujur ada yang memberi maklumat tepat untuk kami cari di Plaza City One.  Kalau tak memang jenuh la kami pusing-pusing sakit kaki.


Memang banyak kedai menjual tanjak yang biasa kita lihat di pakai di majlis kahwin tapi nak cari tanjak Pahang  ni mencabar juga. 

Akhirnya kami jumpa kedai yang ada tanjak Pahang tapi agak limited dan memang rezeki habibi dapat yang complete set dengan harga yang murah, hanya RM100 untuk tanjak, kain bengkung dan sampin.  



Kiranya berbaloi la juga menapak dan erjalan jauh sea enda yang dicari kami dapat dengan harga RM100, kalau habibi join beli dengan kawan pejabat tu tanjak saja dah berharga RM100. 


Kedai ni menjual pelbagai jenis songket tapi bukan songket tenun ya sebab tu harganya murah, tapi kita ni orang yang biasa-biasa, jadii boleh jer beli kain dan hantar ke tailor.



Kot ada yang nak mencari tanjak dan kain songket, boleh kat kedai Songket Royal ni dan empunya kedai pun sangat peramah.

Roti Canai Banjir Di Selangor Mansion

Penat berjalan, dah hari pun dah lewat dengan perut pun ada irama minta diisi, jadi habibi tanya nak makan kat mana, terus umi syorkan nak makan roti canai banjir kat Selangor Mansion.


Alhamdulillah, hasrat umi nak makan roti canai banjir kat sini dengan habibi ni, tercapai akhirnya tanpa diduga sebab dia cukup malas nak tempuh jem kat area sini. Kiranya rezekilah lepas penat berjalan mencari tanjak yang diinginkan, perut  isteri dan anak-anak perlu diisi.