Beras pulut memang sentiasa ada di dalam rumah kebanyakanorang Melayu, bukan makanan ruji tapi jadi satu kemestian buat peminat pulut sebab bila-bila rasa nak makan dengan ikan jeruk dan kelapa parut, cuma perlu rendam, tos dan tanak atau kukus.

12 Resipi Guna Beras Pulut Yang Popular 

Resipi Beras Pulut


1. Resepi Pulut Sekaya Utara



Bahan A - bahagian bawah
3 cawan beras pulut, rendam ½ jam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan


Cara Penyediaan
  • Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukus di dalam periuk pengukus hingga pulut masak dalam 30 minit.
  • Keluarkan loyang dari pengukus, tekan pulut di dalam loyang hingga padat dan mampat dalam loyang dan kemudian boleh dilapis dengan lapisan kedua


Bahan B - bahagian atas
1 1/2 cawan gula pasir
6 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
4 sudu besar tepung gandum
5 helai daun pandan, dikisar dengan 2 cawan air, ambil airnya
1/4 sudu teh serbuk jintan manis
1/4 sudu teh kulit kayu manis
1/4 sudu teh garam

Cara Penyediaan
  • Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan semua serbuk rempah. Tapiskan dan ambil jusnya.
  • Satukan santan pekat bersama gula, telur dan air daun pandan dan tepung gandum, kisar hingga sebati tapiskan supaya tiada bintilan 
  • Tuangkan adunan  ke atas pulut di dalam pengukus. Kukuskan selama 1/2 jam hingga masak
  • Sesekali buka tutup kukusan dan lapkan tudung yang dibalut kain untuk mengelakkan wap jatuh diatas kuih
  • Sejukkan sebelum dipotong

2. Resipi Pulut Seri Muka Pandan sukatan cawan



Bahan-bahan : lapisan bawah
3 cawan beras pulut – rendam 1 – 2 jam 
1 sudu kecil garam
3 cawan santan cair fresh (boleh guna santan pekat kotak yang dicampur air)
2 sudu teh minyak masak

Cara Penyediaan
  • Toskan beras pulut tadi sampai kering kemudian siapkan loyang dan sapukan minyak pada sekeliling loyang. Satukan semua bahan kedalam loyang kemudian gaul sampai sebati.
  • Kukus di dalam pengukus yang sudah mendidih airnya selama lebih kurang 30 minit, kacau sekali kala biar masak merata.
  • Apabila sudah masak, tekan pulut biar padat dan mampat dalam loyang dan kemudian boleh dilapis dengan lapisan kedua.

Bahan-Bahan : lapisan atas
2 cawan santan pekat
4 helai daun pandan + 150 ml air (kisar dan tapis biar jadi air pandan)
3/4 cawan gula pasir 
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna hijau

Cara Membuatnya
  • Campurkan tepung gandum, telur, tepung jagung, santan pekat, garam dan gula kedalam bekas, kacau sampai sebati. Tuangkan air dan kacau lagi sampai rata. 
  • Masukkan air tapisan daun pandan dan pewarna hijau kemudian kacau sampai rata boleh guna whisker.
  • Untuk memastikan tidak ada bintilan, tapis adunan tersebut, dan tuangkan pada loyang yang berisi beras pulut yang sudah dikukus tadi.
  • Kukus adunan selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak, balut penutup pengkus dengan kain higienis dan setiap 10 minit buka untuk menghilangkan wap air.
  • Apabila  sudah masak angkat dan biarkan sejuk kemudian potong dan dihidangkan.

3. Resipi Kuih Lopes




Bahan-bahan
Beras Pulut, dibasuh dan direndam 
Daun Pandan, dikisar dan diambil airnya
Daun Pisang
Tali rafia, dipotong kecil
Garam


Cara Penyediaan :
  • Beras pulut dibasuh dan dimasukkan dengan air daun pandan (air tapisan daun pandan yang dikisar)  Air disukat macam kita masak nasi biasa, letak secubit garam dan tanak hingga masak. Bila dah masak, biarkan ia sejuk sekejap
  • Daun pisang. Sementara tunggu pulut masak, ambil daun pisang dan dilayur keatas api, supaya daun pisang tu lembut dan tidak pecah.  Daun pisang dilap dengan kain bersih dan dipotong bahagian atas dan bawah lebih kurang dalam 8 inci lebar. Kalau nak lipat tigasegi pun boleh
  • Tanak pulut. Bila pulut dah masak, biar sekejap sebelum disendukkan dan letakkan di atas daun pisang, terpulang besar mana (agak₂ dalam 2½ inci), gulungkan daun pisang, padat₂ dan erat₂ dan diikat kedua-dua hujung dengan tali atau benang hingga selesai semua gulungan. Masukkan kedalam pengukus dan dikukus dalam 45min - 60 min.  Buka penutup untuk ia sejuk dan boleh dihidang.
  • Air gula. Masukkan air serta  gula kabung atau gerek atau gula merah di dalam periuk bersama daun pandan. Maak hingga mencari dan kuah menjadi agak likat dan ditutup api. Kalau guna gula merah, tapiskan ia. 
  • Kelapa parut. Guna kelapa bahagian putih, letakkan sedikit garam dan digaul rata. Kelapa parut ini boleh dikukus untuk bagi lebih tahan lama.

Penyediaan untuk hidangan
Bukakan pembalut pulut, potong kuih lopes menggunakan benang, gaul dengan kelapa parut hingga  menutupi kuih lopes. Ambil beberapa ketul kuih lopes, letak air gula dan sedia untuk dimakan.

4. Resepi Pulut Panggang



Bahan-bahan 

2 cawan pulut, rendam semalaman

1 cawan santan pekat

Garam

Daun pisang


Bahan serunding kelapa

kelapa parut putih (1 biji kelapa)

2 sudu minyak

1 sk garam

1 sb gula melaka parut

2 sudu besar air asam jawa cair


Bahan kisar

10 cili kering, dibuang biji dan direbus atau direndam air panas

1 biji bawang besar

5 hiris kunyit

5 hiris lengkuas

1 sudu jintan manis

2 batang serai, dihiris

½ cawan ikan bilis


Cara Penyediaan : 

1. Toskan pulut  yang telah direndam semalaman. Masukkan ke dalam pengukus. Bila dah masak, gaulkan dengan santan yang sudah dicampur sedikit garam..

2. Daun pisang, dilayur  atas dapur, dilap dan dipotong ikut saiz yang diinginikan

3. Serunding Kelapa : Panaskan minyak & tumis bahan kisar, masak hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan kelapa parut. Kacau dengan kerap supaya tidak hangit.  Kalau nak tambah lemak, boleh tambah santan. Masak hingga agak kering dan berderai.

4. Ambil 1 sudu besar pulut, letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur. Tekan hingga menjadi leper dan tambah inti (serunding) ditengah-tengah pulut secara memanjang. Lipat kiri dan kanan daun pisang (gulungkan) dan di semat dengan lidi di kedua-dua belah hujungnya. Gunting lebihan daun dan panggang atau di bakar hingga garing. Siap!


5. Resipi Tapai Pulut



Bahan-bahan:

1 kg beras pulut (basuh bersih-bersih sehingga jernih airnya. Rendam selama 2 jam)

Sebiji ragi

1 sudu gula

Daun pisang


Cara Penyediaan

1. Kukus pulut sehingga betul-betul masak. Bila pulut dah masak, sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.

2. Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula (petua bagi tapai manis dan tidak masam). Tabur ragi atas pulut dalam dulang yang disejukkan menggunakan penapis teh.

3. Kacau pulut supaya ragi mesra dalam pulut, kemudian nungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil atau dalam bekas plastik

4. Bungkus dengan kain dan di simpan dalam tempat gelap. Selepas 2 hari, bolehlah dibuka bungkus dan tapai sedia untuk dimakan.


6. Resipi Pulut Serunding Kelapa

Hidangan minum petang yang simple dan enak, duduk denngan tenang sambil menghrup teh o panas. Bentukkan dengan saiz lebih kecil supaya boleh dimakan seketul sekali untuk menikmati kesedapan pulut dan serundingnya sekali gus.

pix kredit Google


Bahan-bahan

4 cawan pulut

4 cawan air

1 sb minyak

Garam secukupnya


Bahan Serunding Kelapa:

2 biji kelapa parut 

daun limau purut (optional)

Garam secukup rasa

Gula


Bahan Kisar

1 mangkuk cili kering, dibuang biji

7 tangkai cili api

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

3 batang serai

1 sk jintan manis (kalau tak bubuh pun tak apa)

Segenggam ikan bilis atau udang kering


Cara Penyediaan

1. Tanak pulut. Basuh beras pulut dan sukat air seperti biasa. Letak secubit garam dan setengah sudu minyak masak. Tanak hingga masak sepenuhnya dan kacau kerap supaya tak berkerak. Bila dah masak, tutup api dan biarkan ia sejuk.

2. Serunding kelapa. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan kemudian masukkan kelapa parut, garam, daun limau purut dan gula. dan sedikit air. Masak hingga ia menjadi agak kering. 

3. Pulut yang dah sejuk, dikaut dengan sudu dan bulat-bulatkan dengan saiz kecil atau besar ikut kesukaan atau boleh dileperkan ikut kesukaan.

4. Letakkan seruding di dalam pingan dan golek-golekkan pulut yang dibulatna sehingga sekata. Gaul serunding keseluruhan dan menutupi pulut. Ulang proses hingga pulut habis dan sedia untuk dimakan.


Nota :

Pulut tanak ini juga boleh dimakan dengan sambal ikan bilis atau ikan masin serta kelapa parut.

7. Resepi Pulut Kuning

Pulut kuning sedap dimakan bersama rendang ayam, rendang daging, kari ayam/daging atau juga sambal bilis.

pix kredit FB Jelajah Johor


Bahan-bahan

500g beras pulut, direndam semalaman atau minima 6 jam

1 sudu kecil kunyit

1 mangkuk santan

Garam secukup rasa


Cara Penyediaan

  • Toskan pulut yang direndam dan panaskan periuk kukus 15 minit dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  • Masak santan bersama gula dan garam bagi mendidih sedikit tetapi jangan sampai pecah santannya.
  • Masukkan santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap, kukuskan sekali lagi sebentar untuk elakkan pulut menjdi cepat basi. Siap.


Pulut kuning boleh dimakan dengan rendang ayam atau gulai daging mahupun sambal bilis atau juga rendang kerang.


8. Resepi Pulut Mangga / Durian

Pulut mangga atau durian ni kesukaan orang utara dengan pulut dimasak menggunakan pengukus,  dicurah dengan santan yang di campur sedikit garam dan digual dengan mangga atau durian.


Bahan-bahannya

400 gram beras pulut, rendam semalaman

1 cawan santan pekat

3 sudu besar gula

sedikit garam

beberapa helai daun pandan, atau daun pisang

Mangga harumanis, dipotong dadu atau durian 


Cara penyediaan

  • Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau daun pandan dan masukkan beras pulut yang telah ditoskan. Kukus sehingga lembut (dalam lebih kurang selama 30 minit. Bila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam bekas yang besar.
  • Satukan santan pekat dalam mangkuk, masukkan sedikit garam dan kacau sebati.

Untuk hidangan
Letakkan pulut di dalam pinggan, curahkan santan yang dicampur garam dan taburkan gula dan letakkan mangga atau durian. Gau dan makan seperti makan nasi


Optional - Cara-cara untuk kuah santan. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung (tepung jagung dan air). Kacau supaya santan tidak berketul dan tambah bancuhan tepung sekiranya kuah masih cair.  Pastikan kuah ada rasa masin  supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Tutup api dan sejukkan sebelum dimakan bersama pulut dan mangga.



9. Resipi Bubur Pulut Hitam





Bahan – bahan:

Beras pulut hitam

Gula kabung

150ml santan

Garam

1 sb sagu, direndam (optional)

Daun pandan


Cara Penyediaan 

1. Basuh dan rendamkan pulut hitam beberapa jam (supaya tak perlu dimasak lama). Toskan

2. Tanak pulut (seperti menanak nasi), masukkan daun pandan dan gula kabung, masak sehingga kembang

3. Masukkan sedikit garam dan sagu yang direndam dan ditos. Kacau dan kemudian masukkan santan . Kalau bubur agak pekat, masukkan sedikit air. Kacau kerap supaya tidak melekat dan agak mendidih, tutup api. Siap!


10. Resepi Pulut Inti Kelapa Manis

pix kredit Google


Bahan Utama – Pulut :
4 cawan beras pulut susu
3 cawan santan sederhana pekat ( 2 kotak santan + air hingga cukup 3 cawan )
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul


Bahan-bahan -  Inti Kelapa
1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka (3 gerek )
1 sudu makan gula putih
2 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam

Bahan Lain :
Daun pisang yang dilayur secukupnya

Cara Buat Inti Kelapa :
Di dalam kuali,campurkan gula melaka, gula putih,daun, garam dan air. Masak hingga semua cair dengan api sederhana. Kemudian masukkan kelapa parut dan juga tepung gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika.


Cara Buat Resepi Pulut :
  • Rendam beras pulut dalam 1 - 2 jam, basuh dan toskan.
  • Panaskan pengukus dan masukkan beras pulut dalam loyang. Tambahkan santan, garam dan daun pandan. Kukus pulut 15 minit dan kacau bagi rata dan kukus kembali dalam 10 minit lagi. Dah siap, biarkan sejuk.
  • Ambil daun pisang yang telah dilayur, potong ikut saiz anda suka,cedukkan pulut dan letak  atasnya. Tambah satu sudu makan inti di atas pulut,bungkus seperti bungkus nasi lemak.





11. Resipi Ketupat  Palas



Bahan-bahan 
1 kilo beras putih susu
1 kilo santan pekat
1 cawan kacang mata satu, direndam semalaman
2 helai daun pandan, dikerat 4
garam secukup rasa


Cara penyediaan:- 
  1. Rendam beras pulut dalam 4 jam dan ditoskan airnya tapi kalau pulut susu, tak perlu rendam lama sebab beras pulut susu mudah lembut. 
  2. Masak santan dengan daun pandan di dalam periuk, dengan api perlahan hingga nampak santan hampir mendidih masukkan beras pulut, kacang serta garam.  
  3. Kacau pulut dengan kerap supaya tidak melekat dan sehingga kuah menjadi likat dan beras separuh masak
  4. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum boleh dimasukkan kedalam ketupat

Tips
  • Pulut kena sentiasa di kacau supaya tidak hangit.  Beras akan nampak mentah tapi tak perlu risau sebab bila direbus pulut tu akan masak nanti
  • Daun pandan lazimnya disimpul tapi kali ini tidak sebab terasa rugi bila beras melekat disimpulan dan susah untuk dikeluarkan
  • Sekiranya, ketupat tu menjadi betina dan anda risau kot nanti bila direbus tu ketupat tu dimasukki air, boleh je kukus dalam pengukus.  Rasanya pun tak berbeza cuma feeling tu lain sikit.

12. Resipi Lemang



A) Penyediaan Buluh
1. Pilih buluh muda jenis telur atau yang nipis dengan saiz ruasnya tidak terlalu besar dan panjang (saya suka masak lemang guna buluh yang panjang ruasnya tidak lebih 2 kaki atau sekitar 18 inci)

2. Cuci buluh yang sudah siap dipotong mengikut ruas di bahagian dalam dan luar. Susun terbalik untuk dikeringkan.

3. Potong daun pisang muda (pucuk pisang yang masih bergulung paling baik) mengikut panjang ruas buluh (lebihkan 3 inci), kepit dengan pelepah pisang yang dibelah, gulung sebesar buluh dan masukkan ke dalam buluh.

B. Penyediaan Beras Pulut
1. Satu gantang beras pulut (bersamaan 3.6 kilogram untuk lebih kurang 12 hingga 15 ruas buluh lemang).

2. Basuh dan rendam beras pulut selama 2 jam dan kemudian "tus" atau keringkan dalam penapis.

C. Penyediaan Santan Kelapa
1. Sukatan santan adalah 4 biji kelapa atau 1.5 kilo santan segar untuk satu gantang beras pulut.
2. Masukkan garam sesedap rasa dan satu sudu teh gula.

Cara Memasak Lemang
1. Beras pulut (B) dimasukkan ke dalam buluh yang sudah siap berlapik daun pisang (A) menggunakan tangan atau sudu makan. Jangan isi sepenuh buluh, sebaliknya tinggalkan ruang kosong kira-kira 3 inci atau satu jari telunjuk dari bahagian atas buluh kerana beras pulut akan mengembang apabila dimasak.

2. Tuang santan (C) ke dalam buluh lemang sehingga paras satu inci di atas paras beras.

3. Susun condong buluh lemang yang siap diisi di atas bata dan bakar menggunakan kayu api yang sudah berbara (jangan bakar ketika kayu api sedang menyala seperti unggun api). Jarakkan lemang dengan bara api sekitar satu hingga dua kaki dan buluh lemang hendaklah dipusing menghadap arah bara api setiap lima minit bagi memastikan lemang masak sekata.

(Biasanya lemang akan masak sepenuhnya dalam tempoh 2 jam menggunakan bara api)

Selamat mencuba resipi lemang warisan ibunda Dayang Aminah yang dikongsikan oleh anakandanya Khaidir Ahmad.


Nak resepi – resepi lain yang menarik, boleh jengah di www.sweetsourleyra.blogspot.com atau klik Resepi untuk  memberi idea kepada anda. Semoga memberi manfaat dan resipi anda menjadi.



Koleksi 10 Resepi Masakan Berasaskan Jagung
Koleksi 10 Resepi Masakan Korea
Koleksi 10 Resepi Bubur