Pasti ramai anak-anak zaman sekarang tidak kenal daun Semambu atau daun mambu tapi kalau cakap pernah tak nampak daun yang digantung di pintu rumah orang India, pasti yang akan tahu tapi masih tidak kenal itu adalah daun semambu. Masih ada lagikah rumah-rumah kaum India yang menggantung daun ini? Daun ini tidak menarik apatah lagi bunganya, jadi mana mungkin diminati tapi daun pokok semambu ini cukup dikenali orang lama kerana sering digunakan untuk demam campak dan kemudian  terbukti berkesan untuk melawan wabak Covid-19 yang berleluasa seluruh dunia beberapa tahun lalu.


daun semambu
 

Nama Pokok Semambu


Ada yang memanggilnya pokok mambu, pokok mamu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae.

Terdapat pelbagai nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).


Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.


Pokok Semambu – merawat 40 penyakit

Kalau disebut neem pasti ramai yang tahu kerana ianya sering digunakan dalam perubatan Ayurveda dan homeopati masyarat India. Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.


Di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. .



Kandungan pokok semambu

Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.


Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.


Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walaubagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.


Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox.


Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.


Rujukan : Wikipedia


Kegunaan Daun Semambu

Disebabkan salah satu tanda serangan Covid-19 ialah demam, maka samalah juga seperti demam campak, cuma demam Covid-19 ini tidaklah gatal.


Daun

Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.


Daun ini juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. 


Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. 


Selain itu, daun ini diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit demam campak cacar.


Minyak

Selain daripada itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. 


Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.


Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini daun mamu menjadi perhatian dalam perubatan moden. 


Pokok Hiasan

Selain daripada kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok mamu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.


 


Kaedah Daun Semambu

Salah satu kaedah Melayu apabila menggunakan herba ialah dengan cara merebusnya. Caranya ialah rebus daun dengan lama dan tempoh untuk merebusnya ialah sehingga air tinggal separuh.


Ambil segenggam daun mamu direbus dengan empat gelas air, maka rebuslah sehingga tinggal dua gelas air. Biarkan sejuk, tapi jika perlu dan diminum.


Disarankan, minum segelas pagi dan segelas petang atau malam (biasanya sebelum tidur supaya ubat boleh bekerja semasa tidur).


Paling baik direbus dalam periuk tanah, bukan periuk besi atau aluminium atau laib-lain. Namun boleh juga jika tiada.


Walau tiada kajian lanjut dan saintifik tapi ramai yang masih menggunakannya kerana terbukti pulih seperti pengunaan bawang putih yang amat baik untuk penghidap asma dan beberapa penyakit kronik.


Jadi tidak salah jika untuk mencuba selagi ianya tidak mendatangkan keburukan tapi menyembuhkan.


Nota :

Kalau anda tahu lain-lain kegunaannya, silalah kongsikan