Teruja sebenarnya sebab dah lama tak sertai acara yang ada tema ni. Memandangkan hari Sabtu 9 Mac, hari tu umi free, jadi dapatlah umi hadir bila dapat jemputan dari PR ke majlis ecKare Grand Launching., Kiranya ni event penutup sebelum Ramadan yang akan tiba 2 hari lagi. Jadi dapatlah makan sedap-sedap sampai puas gitu.




Mujur ada pakaian yang berkilat menepati tema Elegant and glamour tapi tak sanggup terlalu glamor sebab dah tua dah kan. Cik Meya pula jadi MUA yang makeup dengan dinner look. Uish scary tengok lepas dinner tu sebab umi memang tak suka makeup yang heavy tapi kena paksa haha

Waktu melalui laluan ke Grand Ballroom, KLCC Convention Centre, para tetamu disambut dengan waiter dan waitress yang offer minuman lemonade di sepanjang laluan tu. Macam pelik sebab tak ada liquor seperti kelaziman kalau ada event besar dan gemilang ni. 

Tapi bagus la, tak lah subahah kan.

Rata-rata yang hadir adalah dealer, agent, stokis orang Malaysia dan orang Taiwan.

Jam 6.20 malam, pintu ballroom dibuka dan seating tu ikut apa yang dah diberitahu sewaktu membuat pendaftaran.



Bila sampai kat meja dan duduk, terus dihidangkan  dengan teh china dan lemonade.



Kata-kata ucapan pun tak lama selepas dua orang emcee memperkenalkan beberapa tetamu VVIP dan serving pun bermula. 

Okay, umi share sajian yang sedap ni dan memang food kat KLCC Convention ni memang sedap, faham-faham jer la harganya berapa kan.


Special 8 Course Chinese Set Dinner



1st course
Five happiess platter
Szechuan-style spicy sea whelk with pickled vegetables
Chilled green mussels with garlid herb oil
Prawn coctail slad with Oriental coleslaw dressing
Cheese dumplings with breadcrumbs




2nd Course
Double-boiled supreme broth silie chicken and treasures of the sea



3rd course
Parcel of fortuen treasusre duck with "fatt-choy" sea moss

4th Course
Crispy fish fillet with Asian spice "Portugese" Style




5th Course
Deep-fried ocean prawn with Japanese roasted sesame aioli

Info : Aioli, allioli atau aïoli atau; Provençal Occitan: alhòli atau aiòli; Catalan: allioli; Bahasa Sepanyol: alioli ialah sos sejuk yang terdiri daripada emulsi bawang putih dan minyak zaitun; ia ditemui dalam masakan Mediterranean barat laut.



6th Course
Braised beancurd puff with "Wah-Wah" cabbage and dumpling



Sambil makan tu, dua orang emcee berceloteh dan Dato Tony Peng dan Jacky Wu (penyanyi Taiwan) pula sumbangkan lagu bukan lagi cina tapi lagu Fly Me To The Moon.



Umi tak tunggu pun untuk sajian seterusnya sebab kalau tunggu mau lewat walau ada cabutan bertuah dan kalau ada rezeki boleh menang Macbook Air tapi, kawan semeja pun nak gerak lagipun rehat tu penting kan.
 

7th Course
Oriental wok-fried rice with shrimp paste and barbeque dry chicken meat


8th Course
Duo of Chinese desserts


Terima kasih untuk PR team yang jemput, boleh kenal mereka dengan lebih dekat dan mesra. Memang team diaorang ni best dan friendly.

Mungkin ada masa dan ruang boleh la umi join event gah seperti ni yang entah berapa kosnya sebab yang dijemput bukan orang biasa-biasa.


Akhirnya dapat juga buat entri event yang umi hadiri pada 9 Mac yang lalu.