Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat dan pembaca blog picisan umi Fuzy ni. Bila cakapa pasal hari raya, pastinya kemeriahan terasa bila dapat balik kampung, tak kisah kampung tu di mana walaupun kampung tu di Kuala Lumpur macam kampung umi Fuzy ni. Setiap tahun balik kampung mestilah sebelum Syawal tiba atau petang 1 Syawal sebab ikut giliran gitu.



Persiapan Balik Kampung

Ya, kami balik pada petang raya (hari Selasa) selepas umi balik dari rumah bonda.

Ikut perancangan habibi ajak balik kampung pada hari Isnin, untuk rasai kemeriahan Ramadan dan malam raya tapi planning bertukar sebab Angah Ammar tersilap apply cuti dan umi sendiri tak boleh nak adjust jadual jaga bonda serta Cikcha pun kena apply cuti dari kerja sementara dia tu.

Umi dah swap malam menginap di rumah bonda bila umi ambil malam Selasa dan berbuka di rumah bonda pada hari Isnin dengan habibi dan anak-anak.

Petang Isnin tu, memang berangkutlah serba jenis masakan untuk berbuka di rumah bonda dengan anak-anak kecuali Angah dan Cikcha yang bekerja.

Sebelum pergi rumah bonda tu, umi dah siap prepare bahan-bahan untuk goreng bihun pada pagi Selasa,  dan beberapa hari sebelum tu habibi dah siap belikan bekas plastik untuk diisi makanan. Bukan tu saja, dia dah siap prepare barangan untuk memasak kalau ada yang masih lapar. Kiranya boleh camping sekali lagi.

Bukan apa, dah beberapa tahun ni dah malas nak berhenti di RnR untuk makan sebab tekak dah tua ni memang makin cerewet. Kalau ikut jalan lama, memang best boleh berhenti di warung-warung tempatan tapi risau takut banyak kedai dah tutup.

Kata habibi, dia nak jemput umi kat rumah mak then terus balik kampung tapi umi cakap, umi nak balik dan nak check apa yang perlu dibawa walau dah siap berkemas kain baju dah.


Selenggara Kereta

Hujung bulan Mac hari tu habibi dah hantar kereta untuk dipasang RFID kat Wangsa Walk dengan kos RM35 walau kami ni memang suka guna SMART Tag tapi apa daya, mesin kami tu dah bermasalah dan kalau nak repair kena ke mana tah.



Selain dah servis kereta,. habibi pun dah suruh Hong Chai tukar absorber dan oil filter, jadi melayang lah RM970. Beberapa hari sebelumnya dah tukar 2 tayar bahagian depan dengan kos RM250. Walau dah tukar absorber  tapi masih rasa tak best bawa kereta, rupanya 2 getah di bahagian bonet tu dah hilang. Maklumlah kereta dah berusia 13 tahun, bukan diletakkan di parking berbumbung, kena hujan panas, hujan panas kan


Perjalanan Lancar Di Highway

Jadi, kami bertolak dalam lebih kurang jam 1.20 sebelum azan Zohor, bimbang pulak nanti terkandas dalam kesesakan jalan tapi dah plan untuk guna WCE seperti beberapa tahun lepas.



Menariknya kali ni, kesemua anak-anak ada ikut dan bila dah ramai ni kenalah guna dua kereta, jadi memang lapanglah black hawk umi dan the girls naik cotton, kereta Kak Yang. Memang relax la habibi, sebab Angah jadi main driver bersama Ayong dan umi memang semedang jadi mem besar.


Alhamdulillah perjalanan kami smooth dan ada 2-3 accident dalam perjalanan antaranya di Jalan Duta, dan di highway PLUS tapi pergerakan kereta lancar. Cuma bila masuk nak melepasi Penang trafik memang selalu sesak sikit sebab kenderaan keluar masuk ke arah jambatan Pulau Pinang.


Singgah Iftar Di Pantai Ruat

Kata habibi, nak berbuka kat Pantai Bersih, Penang tapi tak jadi, habibi cadang kami berbuka di Pantai Ruat di Yan sebab konon nak ke Carribean campsite. Ada beberapa kali umi call tapi tak angkat tapi kami tetap terus ke sana dan rupanya tempat tu ditutup untuk private event.


Kami jumpa kawasan menarik beberapa meter dari campsite yang ada meja dan mengadap laut dengan pemandangan matahari terbenam. Indah!


Kedai kecil tu pun ada kerusi, jadi kami pinjam untuk duduk dan tak lama lepastu terpasang lampu solar, jadi tak la kami makan dalam gelap. Tapi habibi dah sedia bawa lampu extra.


Selain bihun goreng, habibi dah siap bekalkan mee segera siap dengan dapur, jadi kalau lapar boleh ler memasak tapi habibi kata kalau lapar, boleh berhenti makan di kedai.


Sepanjang perjalanan tu berchat la kami anak beranak sebab duduk dalam kereta berasingan dan memang selesa sangat tapi ada saja benda yang nak dicari pasal baik habibi mahupun si anak kat kereta Kak Yang.


Sambil makan tu kami layan tengok penduduk kampung main mercun yang cukup meriah dan cantik sebab sekeliling serba gelap cuma kat tempat kami tumpang makan ni ada lampu solar untuk menyinari kawasan. Memang cantik sangat!


Selesai makan, kami letak balik kerusi dan memang tak tinggal sebarang sampah dan perjalanan dari Yan ke rumah pusaka dalam lebih kurang 2 jam.


Tak sangka banyak kedai makan yang masih dibuka rupanya di sepanjang perjalanan kami tapi masing-masing dah kenyang dengan bihun yang cukup lengkap. Kalau ada yang bersuara lapar tu, memang kami berhentilah tapi puasa kali ni memang memang tak berapa makan banyak kami ni. Atau tak nampak banyak? 


Alhamdulillah, kami sampai ke kampung jam 10 malam lebih dan menjamu selera dengan laksa utara dan ketupat kuah gulai. 


Okay, nanti sambut cerita hari raya kami dalam next entri.