PBAKL 2024 : Shopping Buku Menambah Koleksi Tapi Pening Nak Cari Ruang Simpanan

PBAKL 2024 telah pun melabuhkan tirainya hari ini (2 Jun) dan tahun ni memang umi separa puashati sebab dapat bau buku baru. Lebih teruja KY pula melayan dan membayar buku pilihan umi tapi bukan semuanya sebab umi memang dah ada bajet untuk buku baru. Memang nak pergi PBAKL tahun ni sebab tahun 2023 langsung tak sempat jejak tapi tetap ada buku baru juga

PBAKL 2024

Jejak Ke PBAKL 2024

Ikut perancangan Cik Cha pun nak ikut jadi dia minta cuti hari Jumaat tapi since dia cuti, KY yang cuti pun ajak adik-adik ke GPO jadi progam umi kena postponed lah.

Pepagi umi dah bersiap awal konon nak pergi jam 10 pagi memandangkan habibi kerja, tapi bila KY, KC pun nak ikut, jam 12 lebih baru keluar rumah.

Baca Juga : Bau buku baru dari PBAKL 2022


Memang sesak dan stressful bila bawa kereta ke pameran buku ni, penuh dengan kereta kat jalanraya dan sesak nak dapat parking. 

Kami pusing satu mall dan akhirnya pilih valet parking berharga RM20 untuk 4 jam! Kira oklah kan

Reruai Poreng Kertas Dan Prolog Media


Booth pertama yang umi jengah seperti tahun lalu sebab nak dapatkan naskah dari Lynn Dayana, Anna Lee, mungkin dari Hezzy Azra dan Dhiya Zafira tapi kena tengok bajet juga bukan boleh beli semberono kan.


Hasilnya 5 naskah dari reruai yang kedudukannya bersebelahan. Ingat nak tambah lagi tapi bajet kena jaga walau KY dok tanya "umi nak buku mana lagi"


Reruai Karangkraf


Dapat juga 3 naskah Ramlee Awang Murshid, novelis thriller no 1 Malaysia yang terbaru iaitu Perempuan Busana Merah. Dah alang-alang Kak Yang belanja, umi ambil juga Ranggu dan Majis. Kata KY, tunang dia minat RAM, so lepas umi baca, dia boleh baca dan simpan. Jimat storage space umi kan.


Pada awal mencari naskah RAM, kami terjumpa novel yang nampak menarik sinopsisnya, KY pun ralit tengok sinopsis dan tertarik nak beli novel May (Rozanna) dan terus membayar sementara umi masih lagi melayan tengok apa yang menarik.



Memang first time untuk kedua-dua buah novel ni, dan bila baca sinopsis novel  Bintang Tanpa Nama (Ainul Farihah) , ni umi terberkenan pulak.


Memang kami round dengan santai, alang-alang parking kat valet untuk 4 jam, jadi really make use la time limit tu.


Reruai Hilal Asyraf


Tunang KY minta belikan novel dari Hilal Asyraf yang kebetulan umi ada ternampak kat FB, jadi nak tengok juga novel apa dan rupanya novel yang banyak mengisahkan pertarungan dan ada sekuelnya.

Kat booth ni penulisnya pun ada tapi umi malas nak bergambar atau mintak sign sebab lebih suka nak layan diri bulu-buku.


Waktu pergi tu umi dah nampak naskah Dr Maszlee Malik dan sempat singgah untuk ambil gambar naskah terbaru beliau. Kata budak yang jaga booth tu, Dr Maszlee Malik akan ada pada sesi meet and greet jam 4 tapi taklah umi nak tunggu sebab buku dia umi dah beli online dan perut pun dah berkeroncong.



Memang panjang betul queue kat booth ni, ada novel Teme Abdullah, Anjell dan ramai lagi tapi sebab panjang, umi tak jadi nak beli novel Bayang Sofea walhal kat atas tu pun ada. Memang bukan rezeki lagi nak beli, esok lusa mana tau kot umi beli online.


Akhirnya, umi memang tersenyum manis sebab ada buku baru dan tak sabar nak kongsi ulasan nanti.

Anda pergi tak ke PBAKL?

Post a Comment

2 Comments

  1. Masa bujang muda2 dulu rajin betul baca novel. Sekarang ni banyak guna hp je dah tak membaca sangat.

    ReplyDelete
  2. Best nya dapat singgah! btw UZ ada buat review pasal perempuan busana merah tu kat blog. Jemput singgah! ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!