Pertama kali kena naik mahkamah sebab kereta kesayangan tiada roadtax dan insuran, bukan sebulan dua tapi dah lebih 6 bulan! Malahan black hawk tu dah kami bawa balik kampung di Kedah, singgah merata tempat juga. Tak pernah dalam sejarah terlupa bayar road tax dan insuran kereta sejak punya kereta dan memandu seawal usia 22 tahun (lulus lesen kereta pada 22 April 1992)
Kecuaian Suatu Pengajaran
Kisahnya, pada bulan Disember tahun lepas, habibi pergi kerja naik kereta sebab musim hujan dan bila dia balik dia beritahu yang dia kena saman dengan JPJ sewaktu memotong kenderaan JPJ tu. Bila ditahan dia berhentilah sebab tahu dia tak buat kesalahan tapi bila pegawai JPJ check dalam sistem, black hawk dah tamat tempoh insuran dan road tax.
Memang pelik sebab selama 14 tahun bawa kereta ni dan lebih 30 tahun memandu, tak pernah kami lupa dan selalu pastikan insuran dan road tax dibayar tepat pada masanya. Memang dah diperbaharui dan bila balik tu cari dan godek kat email. dan akhirnya kami terima hakikat memang ianya tidak diperbaharui.
Tak tahu macam mana boleh lupa dan benda dah pun terjadi. Reda dan berserah padaNYA
Syukur tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kereta kami tu tiada kedua-duanya. Mana taknya kami dah balik kampung, dah sampai ke Ipoh, ke Bidor dan hantar KC ke Puncak Alam hampir setiap minggu.
Bila dah tau dah tamat tempoh road tax dan insuran tu memang zasslah habibi pergi renew. Alhamdulillah, settle satu bab.
Apa pun dia tetap kena naik mahkamah pada 11 Februari 2024, sehari sebelum kita berpuasa.
Maka, dia pun godek la tanya en google, apa yang perlu dilakukan, berapa kena bayar dan apa kena jawab bila kat mahkamah nanti. Rasa tenang sikit hati dia sebab tahu saman yang dikenakan masih pada tahap kami mampu bayar.
Tiba-tiba datang pulak surat untuk umi dari JPJ, dag dig dug juga. Bila buka rupanya umi pun kena naik mahkamah atas kesalahan tiada cukai jalanraya dan insuran. Mungkin sebagai tuanpunya kereta, untuk sahkan kenderaan tu dibenarkan, itu yang dapat fikiran kami berdua.
Tidak ya!
Empunya kereta perlu tahun, bila orang lain menggunakan kenderaan dan di saman oleh JPJ, maka secara otomatiknya tuan punya kenderaan juga disaman.
Untuk pengetahuan semua, kesalahan dan saman JPJ ni akan dikenakan tindakan terus naik mahkamah ya.
Pengalaman Naik Mahkamah
Umi dah siap bagitau adik yang umi tak boleh jaga bonda sebab kena ke mahkamah dan mujur Ayong ambil cuti untuk bawa kami ke Mahkamah. Bukan apa, kat mahkamah tu pasti susah nak dapat parking jadi perlu seseorang untuk bawakan supaya kami tak lewat untuk perbicaraan. Uishhh perbicaraan tu. Waktu tengah menaip entri ni pun masih dug dag bila sebut mahkamah.
2 hari sebelum kami ke mahkamah, habibi kena Bella Palsy. Allahuakkbar, kami diduga lagi dengan kesihatan. InsyaAllah, umi akan tulis kisah habibi ni di entri lain.
Perasaan cuak bila dapat surat saman dan kini kena pula nak court? Risau akan jumlah yang perlu di bayar memandangkan kedua-dua kami dikenakan saman. Hanya Allah swt yang tahu dan memang umi berdoa supaya dipermudahkan dan tidak dikenakan bayaran yang besar.
Kami tiba seawal jam 7:05 pagi. Cuaca masih belum terang dan boleh tengok pemandangan cantik Masjid Wilayah jadinya habibi sempat la ambil gambar, walau dengan musibah yang melanda dirinya.
Memang kami awal dan kami kena tunggu sebab jam 7.30 baru boleh masuk ke dalam bangunan Mahkamah Sambil menunggu tu berboraklah kami dengan satu pasangan yang turut di kenakan saman JPJ. tapi si suami guna motor kepunyaan isteri dan tiada roadtax sebab masalah sistem waktu nak perbaharui.
Larangan dari habibi, jangan ambil gambar dalam mahkamah dan bilik perbicaraan.
Bila dibenarkan masuk tu perasaan masih tak tenang, siap bersalawat dalam hati untuk tenangkan diri. Jauh pulak bilik perbicaraan saman ni, memang hujung sekali. Kalau sakit lutut memang kena berhenti sekali dua juga tu.
Sampai di depan bilik perbicaraan. kena tunggu dan beratur. Pegawai akan minta surat saman dan kad pengenalan untuk mereka periksa dan tunggu lagi sehingga pintu mahkamah dibuka untuk kami sermua masuk untuk dibicarakan.
Jam 8.15 kami masuk ke dalam bilik dan menanti perbicaraan, dah macam berada dalam drama kes perbicaraan pulak rasanya.
Denda Saman Kesalahan
Bila semua pesalah dah berada dalam bilik pebicaraan, pegawai pendakwa akan terangkan proses perbicaraan, jumlah yang akan dikenakan dan diingatkan jikalau sesiapa tiada wang yang mencukupi, diminta pergi ke JPJ untuk buat penukaran tarikh kerana bila sudah jatuh hukuman, boleh dipenjara kalau tidak cukup duit untuk membayar.
Menurut pendakwaraya, denda yang akan dikenakan untuk kesalahan tiada insuran kenderaaan sebanyak RM2000 dan kesalahan tiada cukai jalan sebanyajk RM1000.
Allahuakbar, makin seram sejuk la juga rasa. Tetiba terasa nak tanya habibi, ada tak sejumlah wang sebab kalau seorang dah 3k, kami berdua dah 6k sebab denda untuk yang membawa kenderaan dan denda empunya kenderaan. InsyaAllah, cukup kata habibi. Hati masih tak tenang ya.
Pendakwaraya kemudian menerangkan yang pesalah boleh membuat rayuan selepas dibicarakan dan setiap rayuan lazimnya sebanyak RM300 bagi satu kesalahan.
Bila disebut tu otak dah mengira, kalau rayuan habibi kena bayar RM600 dan umi pun akan kena RM600. Maka, jumlahnya akan jadi RM1,200 tapi habibi kata tak per, dia ada duit yang mencukupi. Bukan apa, risau dalam akaun tak cukup dan risau sebab umi dahlah tak bekerja dan juga duit sebanyak tu boleh digunakan untuk banyak keperluan lain.
Proses Penghakiman
Bila hakim masuk je, semua pesalah diminta bangun dan nama-nama kami dipanggil untuk tampil duduk di kerusi panjang sementara nama kami akan dipanggil ke hadapan.
Ingatkan kami harus berdiri di kandang pesalah, tidak rupanya.
Nama pesalah akan disebut, mereka akan bangkit dan berdiri mengadap hakim dan kesalahan akan dibaca oleh pendakwaraya. Pendakwa akan bacakan kesalahan dengan akta beserta waktu kejadian berlaku.
Kalau dah bersalah tu, memang kita harus akui kesalahan dan minta buat rayuan dikurangkan denda dengan alasan yang munasabah seperti hanya suami yang bekerja, anak masih bersekolah dan sebagainya.
Kemudian denda akan dikurangkan mengikut budii bicara hakim dan disebut secara langsung semasa kita masih berdiri.
Selesai perbicaraan tu, kami ke bilik sebelah untuk bayar denda.
Kategori Kesalahan
1. Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Bersalah atas pertuduhan - Denda RM200.00, setiap seorang
2. Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Bersalah atas pertuduhan - Denda RM0.00, setiap seorang
Keputusan Perbicaraan
Alhamdulillah, selepas rayuan tu, hukuman tetap dikenakan dan habibi kena bayar RM200 dan umi pun kena bagi RM200 bagi kesalahan tiada cukai jalan sementara kesalahan tanpa insuran tiada denda dikenakan.
Jadi secara keseluruhan kami harus membayar sebanyak RM400.00. Alhamdulillah, lega yang amat sangat.
Memang syukur sangat.
Selepas dijatuhkan hukuman, kami diarah ke bilik sebelah untuk membuat pembayaran. Masa ni baru la boleh terasa nak berborak dengan mereka yang telah selesai dibicarakan. Sempat pula sesama kami bertanya berapa jumlah yang dikenakan selepas rayuan.
Tip Hadir Mahkamah Saman JPJ
Okay, ini hasil google dan pengalaman hadir di mahkamah bagi pertuduhan yang dikenakan
1. Pastikan anda bawa dokumen yang lengkap seperti kad pengenalan, lesen, resit saman JPJ, dan kad bank kerana pembayaran tunai tidak diterima.
2. Datang awal pada jam 8 pagi sebab bukan hanya untuk saman JPJ tapi juga saman Polis akan disebut dalam mahkamah yang sama. Untungnya saman JPJ disebut dahulu kemudian saman Polis jadi masa menunggu tidak terlalu lama.
Sekiranya datang lambat, sebagai contoh 9 pagi ke atas, kebanyakan pegawai JPJ sudah habis daftar kes saman.
3. Selepas mendengar harga saman, sebaiknya anda pergi ke pejabat JPJ (seperti disarankan pegawai pendakwa) ambil tarikh baru hadir ke mahkamah.
4. Apabila nama dipanggil, pertuduhan dibacakan, akui kesalahan dan buat rayuan. Bagi alasan munasabah dan jumlah saman akan dikurangkan oleh hakim.
5. Bayar saman dengan kad debit, simpan resit dan saman serta tunjukkan kepada pegawai JPJ. Pastikan anda simpan resit pembayaran.
Peringatan / Amaran
Sekiranya anda tidak perasan tarikh yang diperlukan untuk hadir ke mahkamah dan anda secara tidak sengaja tidak hadir untuk dengar sebutan kes itu, kemungkinan besar satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana telah melanggar perintah JPJ yang sepatutnya memerlukan anda datang ke mahkamah.
Bagaimanapun, jika memang tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, pergi sahaja ke mana-mana JPJ dan beritahu alasan untuk dapatkan tarikh yang baharu.
Alhamdulillah. Sesungguhnya urusan kami dipermudahkan oleh Allh swt
6 Comments
Kadang2 memang boleh lupa tarikh luput insuran dan roadtax ni
ReplyDeleteSy pun terasa berdebar baca entry ni puan.
ReplyDeleteKadang kita terlupa, tambah² masa PKP dulu ada tertanggguh² utk urusan² begini . Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan utk puan & suami.
Banyak juga pengurangan dari rayuan tu tapi kalau tak ada duit, besar juga jumlah tu x 2 org. Apa pun Alhamdulillah dah selesai
ReplyDeleteBaca pun dah seriau... Aduh mcm mana boleh tak perasan sampai 6 bulan.. saya paling lama pun 3 bulan hahaha... Tapi bukan tak perasan tapi lebih kepada tak ada duit nak renew road tax dan insurance.. time tu lah nak raya.. anak2 nak msuk sekolah bagai..
ReplyDeleteWaaah satu pengalaman tak terduga ya kak.... Tapi at least jadi paham , dan next nya insyaallah tak lakukan kesalahan sama. Alhamdulillah tak terlalu banyak denda nya..
ReplyDeleteSuami saya pernah kena surat cinta dari polisi Krn dari kamera jalan tertangkap pakai hp ketika berkendara 🤣.
Tapi denda tinggal dibayar ke rekening yang sudah ditulis di surat.
Alhamdulillah. Mujurlah cuma perlu bayar RM400 sahaja.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!