Salam Aidil Fitri : Kami Team Raya KL Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Hari Raya dah nak sampai ke penghujung, tapi baru sempat nak mencoret kenangan kat sini. Ya, tahun ni kami hanya raya di KL je sebab tak nak ganggu jadual menjaga bonda dan bagi peluang adik beraya di rumah mertua dan Kak Ndak pula ke Kelantan.



Photoshoot Keluarga

Kami buat photoshoot juga pada pagi Ahad, sebelum KY Amanda dan suami dia balik ke Bidor. Awalnya nak buat photoshoot kat studio tapi masing-masing sibuk, jadinya kami buat photoshoot di parkir depan rumah jer. Memang kawasan rumah ni agak tenang dan lebih tenang sebab ramai orang dah balik kampung.

Baca Juga : Raya Di Kampung Suami

Kami Team Raya KL

Rutin masih sama, pagi Isnin 1 Syawal tu umi ke rumah bonda tapi lewat sikti dari biasa sebab buat nak sediakan sarapan nasi impit dan lemang untuk habibi. Kemas rumah sikit waktu hero-hero semua ke masjid dan sama-sama ke rumah bonda. Kalau tak settle kerja kat rumah, memang tak senang duduk, mana taknya, kalau ke rumah bonda, berjam-jam  baru balik rumah. Dah balik, tengok rumah semak, memang semak perut.


Sesi bersalaman tahun ni tanpa KY Amanda, yang balik ke rumah mertua, sementara the girls pulak ada yang separuh bersiap, bermakeup tu yang lama sama tu.


Sesampai jer kat rumah bonda, adik dan anak dia pun gerak balik nak jemput isteri dan anak-anak yang lain selepas sediakan sarapan.


Kalau tahun lepas Bang Teh yang masakkan rendang daging campur tapi tahun ni adik Chef Ross yang ambil alih masakkan rendang. 10 kilo juga rendang yang dibuatnya untuk dimakan dengan nasi impit. Fuhh memang banyak.


Menu Wajib Pagi Raya

Kata habibi, tahun ni dia kurang rajin nak buat ketupat palas, tapi dia akan beli lemang dan umi akan rebus nasi impit. Memang feeling tu kurang bila tak buat ketupat palas tapi sebab raya hari Isnin, rutin masih sama dan tak nak rushing. InsyaAllah tahun depan atau raya haji ni boleh la kot.


Jadi kemestian buat gulai daging utara, kuah kacang dan rendang pula kami buat rendang ayam pencen. Memang laku habis la especially habibi, berkali dia puji gulai daging utara yang memang katanya sama macam mak dia masak.

Tiap-tiap tahu pun puji yang sama hee.

Kuih Raya

Memang umi tak pernah buat kuih raya, or maybe pernah buat kot. Hahaha sampai tu pun tak ingatkan. Beberapa tahun dulu ada teringin nak buat kuih siput sebab rindu nak makan kuih siput bonda tapi sampai dah lebih 5 tahun tak pernah guna pun alat buat kuih siput tu.


Bab kuih pula, dah tempah siap-siap dengan Liez, kuih tart nenas 5 bekas dan 2 bekas kuih makmur. Ada kuih nutela pod, biskut suji badan dan nestum matcha dibeli dari kawan FB. Ada kuih simpul kasih (3 bekas) yang KC Iman beli dari kawan pejabat. Kuih tart bunga (2 bekas) umi beli dari kawan sekolah.

Cuma kali ni tiada pulak kerepek, rempeyek, kerepek pisang. 


2 Syawal

Rutin masih berjalan seperti biasa tapi kali ni Kak Jang overnite ganti adik, jadinya pagi Selasa tu agak ramai sebab kami berdua layan bonda.


Petang raya kedua, Bang Chaq sekeluarga datang, penuh sesak la teratak bonda dan yang paling pasti, bonda cukup senang hati bila anak, menantu, cucu dan cicit datang. Cuma yang tiada anak bongsu Bang Chaq dan cucu serta cicit (piut bonda) tidak datang

Tahun ni tak balik kampung, jadi rutin berjalan seperti biasa jaga bonda. Tak sempat nak beraya ke rumah adik beradik, tak perlu tunggu raya, hari-hari lain kalau ada kesempatan, kita jengah je.

Kisah kebakaran kat Putra Height cukup menggemparkan orang ramai dan ramai Malaysia dengan kerugian berjuta, kehilangan tempat tinggal dan rata-rata tinggal sehelai sepinggang. Yang tak bestnya banyak pulak spekulasi dari orang ramai yang seakan lebih tahu dan bijak pandai sampai bergaduh kat media sosial. 

Selamat Hari Raya! Sempat lagi kan, sebab raya sebulan.

Post a Comment

0 Comments