Rutin Bonda Bertukar Sejak Awal Tahun 2025

Bonda akan menyambut hari lahirnya ke 89 pada bulan Julai ini. Bonda masih nampak sihat, masih berselera untuk makan tapi tenaga bonda dah tak macam dulu. Kalau makan tu sama banyak yang tumpah bila menyuap tapi umi akan biarkan bonda makan sendiri sebab tu salah satu cara untuk bonda exercise tangan. Bonda dah tak boleh berjalan atau bangun dengan sendiri.




Isnin, Selasa Dan Khamis : Rutin Pagi

Selesai urusan di rumah, umi akan bertolak ke rumah bonda seawal jam 8 atau 8.30 pagi. Kalau awal tahun ni umi akan angkat bonda seawal umi sampai tapi tidak lagi sekarang. Bonda akan diangkat dari katil ke kerusi roda dalam jam 9.45 atau 10 pagi. 

Bukan tak nak bangunkan awal tapi kalau awal letak kat kerusi roda, awal jugalah bonda nak mintak diletakkan kembali ke katil. Bonda dah tak larat nak duduk lama.

Selalunya mereka yang tidur di rumah bonda akan bagi breakfast sebelum umi sampai tapi umi tetap akan buatkan secawan kopi dan biskut ataupun mee goreng. Selesai sarapan, umi akan bagi bonda tonton tv sambil kami berborak tapi bonda tak pun menonton. 

Sesekali bonda akan tanya siapa yang akan datang hari ni. Bonda akan sebut semua nama anak-anak dan cakap seronok kalau diaorang ada. Sesekali akan tanya pasal Tokmak Jamaliah (mak bonda), sebut nama-nama kakak dan abang-abang dia dan tak lupa nama abah.

Kalau dulu kerap bonda cakap, "mana pergi abah ni, tak balik lagi". Jadi kami akan cakap yang betul, abah dah tak ada dan bonda akan jawab "ohh".

Waktu makan tengahari pula umi akan bagi dalam jam 11.45 dan bonda akan ambil masa dalam 30 ke 45 minit untuk makan. Jadinya selesai dalam jam 12.15, bagi makan ubat dan rehat sebelum bawa masuk ke bilik untuk dibaringkan.

Selesai semuanya umi akan gerak balik jam 12.45 atau 1 petang untuk memasak dan makan tengahari jam 5 petang bersama habibi


Rabu & Jumaat : Bermalam Rumah Bonda 

Rutin tidur pada hari Selasa dan Khamis. Pagi hari sama dengan rutin hari Isnin, umi akan ke rumah bonda selepas selesai kerja rumah. Rutin siang berakhir selepas bonda makan tengahari dan dibaringkan.

Lepas Maghrib, umi akan kembali ke rumah bonda untuk ambil tugasan bermalam. Selalunya umi akan sampai sebelum jam 8 malam. Bonda dan dimasukkan ke bilik, dah diberi makan malam oleh Kak Ndak.

Pagi Rabu dan Pagi Jumaat

Kalau sebelum ni seawal jam 7 umi dah mandikan bonda tapi sekarang ni memang umi akan lewatkan hingga jam 8.30 atau 8.45 untuk mandikan. 



Lepas mandikan, pakaian pakaian dengan wangian, pakai tudung dan tolak kerusi roda bonda ke hallway untuk bonda nikmati pemandangan. Ala cuma pandang arah jalan besar, dengan kenderaan lalu lalang dan sesekali bonda akan ditegur jiran.


Baca Juga : Rutin Menjaga Bonda dan Cabaran Sebagai Surirumah

Jiran-jiran lama pun dah ramai tak ada, semua dah pergi dijemput Illahi.

Sesambil tu umi selesaikan tugasan membasuh dan menyidai pakaian. Sediakan makan pagi dan siap-siap masak nasi dan lauk untuk tengahari.

Jam 9.30 pagi, tolak kerusi roda bonda masuk dan bonda akan makan sarapan. 


Selesai sarapan, tolak balik kerusi roda bonda untuk sesi menonton. Masa ni lah kami akan berborak, mengadap tv walau tak menonton sepenuhnya.


Makan tengahari pulak tak boleh lewat macam dulu, seawal jam 11.30 pagi dah bagi makan, tu sebab nak elak dari bonda minta dibaringkan. Kalau boleh memang nak tahan sampai jam 12 tapi tidak lagi sekarang ni.

Selesai makan, bagi makan ubat, suruh bonda rehat. Tu pun jenuh nak tahan, sesambil umi akan menyapu sampah, lap meja untuk buy time.

Jadi selewat-lewatnya jam 12.30 tengahari dah kena bawa masuk ke bilik untuk baring.

Memang bonda dah tak larat sangat dah sekarang ni, sakit belakang dan sakit di punggung memang membuat bonda tak selesa duduk lama. Isi kat punggung pun dah menipis, jadi memang sakit lah kalau duduk lama.

Bila bonda dah diletakkan di atas katil, umi akan settle kerja rumah seperti melipat baju, basuh pinggan mangkuk, tutup semua suis api kecuali kat tv. Umi akan pastikan semuanya selamat sebelum gerak balik.

Sesi caretaker bahagian petang akan diambil Kak Ndak yang akan sampai dalam jam 2.30 petang setiap hari dan rutin kami hanya pada hari Isnin hingga Jumaat. 


Rutin check up 


Rutin check up bonda memang kami tiga beradik (umi, Kak Ndak dan adik) akan pastikan mengikut jadual. 

Kalau check up di Hospital Tunku Mizan, umi akan pergi awal dan ambil nombor. Adik akan jemput Kak Ndak bersama bonda dan hantar. Bila sampai kat HTM, umi dan Kak Ndak akan tunggu hingga selesai sampai ambil ubat. Adik pulak akan standby sambil buat urusan bisnes dia dan datang untuk jemput.

Selalunya check up kat HTM ambil masa, jadi alang-alang dah keluar, kami akan bawa bonda makan kat kedai makan jer sebelum adik hantar bonda dan Kak Ndak balik rumah bonda.

Kalau check up di Klinik Kesihatan Setapak, adik akan jemput bonda dan Kak Ndak. Ada masanya umi akan teman, tapi selalunya tidak sebab KKS ni lebih sesak dan bonda tak perlu bangun dari kerusi roda. Selesai check up, adik akan datang jemput.

Begitulah rutin kami tiga beradik. Mujur check up dalam 2 kali setahun, kalau tiap bulan memang parah sebab nak angkat bonda dari rumah ke kereta, dari kereta ke kerusi roda. 

Sebab tu kalau nak jaga orang yang tidak sihat ni, kita perlu sihat dan kuat.


Sabtu & Ahad

Hari Sabtu dan Ahad akan diambil alih oleh kakak-kakak dan abang yang akan ambil giliran. 

Dan hari Sabtu dan Ahadlah hari untuk umi ke pasar, mengemas rumah sendiri, memasak dengan tenang dan selesaikan kerja kat rumah yang tak pernah selesai.

Begitulah rutin kami adik beradik dalam menjaga bonda yang sudah semakin uzur. 

Semoga dipermudahkan urusan bonda dan urusan kami adik beradik dan semoga Allah swt berikan kami kesabaran dan ketabahan dalam menjaga bonda.

Jujurnya, menjaga orang tua yang tidak sihat atau sakit ni memerlukan bukan hanya fizikal yang sihat dan kuat tapi juga mental. 

Kita akan cepat penat dan kita perlukan sokongan ahli keluarga dan orang sekeling supaya mental kita kuat.



Post a Comment

0 Comments