Tahun ni macam mood raya tu kurang sejak Aidil Fitri lagi, dan sekali lagi kami tak balik Kedah. Bukan sekadar tak balik kampung, pertama kali raya ni tiada kuih raya mahupun baju baru. Memang cukup ala kadar sambutan kami di Kuala Lumpur tapi kemeriahan sambut raya dengan anak-anak serta menantu tetap terasa.
Juadah Wajib Raya
Hari Jumaat, sehari sebelum Aidil Adha, awal pagi lepas subuh habibi dah ke pasar Dato Keramat beli ayam 4 ekor, santan dan singgah ke Lembah Keramat untuk beli daging segar (tak kena ais) untuk dibuat gulai daging utara. Rutin yang biasa setiap kali kami nak sambut hari raya di KL, kalau kat kampung, gulai daging tu selalunya dah hampir siap bila kami sampai.
Balik jer dari rumah bonda, dah jadi lipas kudung, siapkan lauk tengahari sebelum habibi balik dari masjid untuk makan tengahari.
Selesai makan tengahari, terus aturkan tugasan buat anak-anak untuk bantu apa yang perlu.
Bayangkanlah nak masak rendang dengan 4 ekor ayam, nak bagi bisan, nak bawa ke rumah bonda dan untuk rumah sendiri.
Mujur ada satu je bisan, kalau ada 3,4 mau jenuh nak masak berapa ekor tah..hehe
Baca Juga : Sambut Aidil Adha di Johor
Dessert Raya
Specialnya ada dessert raya pulak tahun ni, bila KC Iman buat New York Banana Pudding (à la Magnolia Bakery) dan bukan pertama kali dibuatnya. Paling dia teruja bila tumi bagitau yang tokmak (bonda) cukup menyukai banana pudding ni. Bertambah la rajin dia membuatnya.
Mana tak suka, pudding ni cukup lembut, berlemak dan mirip mousse nak-nak bagi orang yang dah tua.
Insiden Sinki Tersumbat
Hasrat nak bantu KC Iman ditangguh hingga selesai sesi beraya, makan ketupat dan bergambar dengan anak menantu (kecuali KC Iman, Cik Meya dan Aca).
Tup tap tup tap, lebih 2 jam juga nak bersihkan bahagian dalam kabinet. Penat bukan boleh dibuat main tau..hehe
Raya Rumah Bonda
Hanya kami empat beranak ke rumah bonda sebab habibi masih tak berapa sihat dan tak boleh nak duduk lama. Dua bujangan tu bselalunya akan pergi naik motor jer.
Waktu kami sampai rumah bonda pun dah jam 3 lebih, masih tiada adik beradik yang datang sebab mereka buat korban juga.
Rezeki pulak bila Uda yang menginap di rumah bonda, sediakan bihun soto walau anak-anak expect Kak Uda akan buat tosei.
Kata Uda, tak sempat nak buat tosei yang nampak simple tapi renyah. Tapi seriously, tosei Kak Uda ni memang sedap, begitu juga chutney yang dibuat.
Baca Juga : Resipi Bihun Soto
Kata Uda lagi, dia buat bihun soto ni sebab dah lama sangat tak buat dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak untuk adik beradik
Bonda pulak suka bukan main bila disuap cucu, sampai makan dengan banyak sekali dan cukup enjoy makan banana pudding.
Sedar tak sedar dah dekat jam 9 kami duduk berborak dengan Kak Lang dan anak-anak dia. cuma tak sempat tunggu kak Jang dan Kak Ndak datang sebab KC Iman ada jamuan makan pulak. Nak tak nak, kenalah ikut sebab umi malas nak drive.
Begitulah cerita raya korban kami, ada tak yang sama atau macam mana sambutan raya korban korang?
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!