Rutin Mencabar Sebagai Suri Rumah Dan Cabaran Menjaga Bonda Yang Uzur

Rutin Umi berubah lebih kurang 360 degree bila abah tak sihat, abah bedridden, pejabat Umi pulak ditutup operasinya selepas hampir 10 tahun Umi terajui dari zero (kalau ada kerajinan dan tenang hati, mungkin boleh diblogkan nanti. Kini, umi dan adik beradik ambil turn untuk menjaga bonda yang sudah berusia 87 tahun. 

Apakah Penyebab Perubahan Rutin



Bermula tahun 2019, umi belajar untuk move on, jadi lebih positif, bukan bermakna dulu umi tak positif tapi rasanya umi insan paling positif dengan pelbagai perkara yang berlaku sejak terajui pejabat pelancongan hingga menjerat diri hingga kini.  Tapi Umi perlu lebih waras dalam menangani masalah pejabat lama dan semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT. aamiin

Sepanjang 2018, pahit manis, suka duka singgah, Alhamdulillah berjaya ditangani walau kekadang tu hampir rebah, tapi syukur kita dilahirkan sebagai seorang Islam, kita punya pegangan, kita tahun Allah SWT tu maha mendengar, lagi mengasihani.


apa rutin umi Fuzy?


Sejak Allahyarham abah uzur (sejak tahun 2018), umi memang menginap rumah bonda dan balik awal pagi dan selepas abah dah tiada, umi ambil rutin tidur di rumah bonda setiap hari Selasaa dan Khamis. Malam-malam lain, ada abang, kakak dan adik ambil turn masing-masing ambil 1 malam untuk bermalam tapi kadangkala tu ada yang jadi 2 malam bila ada diantara mereka ada hal.  Dulu umi pun pernah bermalam 3 malam bila ada yang tak dapat jaga mak dan abah.

Kenangan sungguh bila teringat abah tapi kini kami tak nampak kesakitan abah.

Perubahan paling drastik bila bonda kerap jatuh dan memang kami tak boleh tinggal, jadinya adik, Kak Ndak dan umi secara automatik membuat jadual rutin untuk memastikan ada adik beradik yang ada bersama bonda 24 jam sehari.



Alhamdulillah, habibi restui dan izinkan umi dengan rutin menjaga bonda dan umi kena lupakan hasrat untuk kembali bekerja walau dapat beberapa tawaran. 

Ya, peluang untuk umi dan adik beradik untuk tambah pahala dan balas jasa bonda yang membesarkan kami.


Sekadar berkongsi rutin kami menjaga bonda, moga dapat dicontohi anak-anak, ahli keluarga dan sahabat pembaca blog ini

Hari Isnin 

Seawal jam 0800 pagi umi dah ke rumah bonda dan terkadang lewat sikit sebab abang Teh (BT) yang menginap akan mandikan bonda, siapkan breakfast sebelum pergi kerja.

Kadang-kala sempat umi borak dengan BT, kekadang dia dah pergi lebih awal dan umi akan selesaikan rumah bonda, basuh baju dalam mesin basuh dan membersihkan rumah.

12:00 Lunch untuk bonda. Lauk lunch selalunya umi bawa lauk dari rumah, cuma nasi dimasak kemudian bagi makan ubat. Selesai makan, umi akan tolak kerusi roda bonda untuk sama-sama menonton tv, bonda bukan layan tv macam dulu, sesekali dia akan ketawa kalau cerita lawak atau ada pelakon yang dia kenali. Kami berborak sesekali sebab kekadang suara bonda tu perlahan, kekadang kuat cara orang dah tua dengan umur bonus.




Sementara bonda makan, umi akan angkat baju dan lipat. Lazimnya umi akan solat Zohor dulu dan borak dengan bonda sementara tunggu Kak Ndak Emy (kakak no 3) untuk ambil alih jaga bonda sehingga adik (Chef Ross) datang untuk menginap. 

Kekadang tu sempat juga umi dan KN sempat borak dulu kalau ada masa sebab umi nak jemput CikCha balik dari sekolah.

Perjalanan balik rumah tu ambil masa dalam 7 - 10 minit bergantung pada lampu isyarat yang terkadang cepat sampai tak sempat nak lepasi. Ada 4 lampu isyarat yang umi kena tempuh sebelum sampai ke rumah.

Sesampai ke rumah pulak, umi letak beg dan apa yang dibawa dan terus ke dapur untuk memasak.  

Alhamdulillah, habibi dah ditukarkan ke cawangan di Ulu Kelang tapi kesian sebab tak boleh balik lunch sebab umi akan mula memasak dalam jam 2.45 petang, usai sampai ke rumah. Habibi akan breakfast heavy dan  makan tengahari/makan malam bersama umi pada jam 5 petang selepas solat Asar.

Boleh dikatakan kami tidak dinner sebab lunch tu dah lewat, jadi kalau lapar umi masak sardin cicah roti atau panaskan roti arab.

KN akan jaga bonda sehingga Chef Ross sampai untuk bermalam di rumah bonda dan tugasan adik berakhir pagi Selasa.

Hari Selasa & Khamis

Seawal jam 0830 pagi umi dah ke rumah bonda dan terkadang lewat sikit sebab adik bongsu Chef Ross  yang menginap di rumah bonda dengan keluarganya. Dia akan hantar anak-anak ke sekolah dan kembali ke rumah bonda dan keluar menghantar isterinya ke pejabat dan dia terus ke kitchen untuk rutin merotinya.

Rutin kat rumah bonda pastinya kain baju bonda dan kemas mengemas. Kalau adik dah masukkan baju dalam mesin basuh dan jalankan, jadi umi cuma perlu sidai bila mesin dah selesai kerja. Kalau tak jalankan mesin, memang jenuh sebab kalau lewat nanti kain baju lambat kering dek cuaca yang tak menentu.

Adik akan siapkan breakfast bonda dan umi akan kemas apa yang perlu selepas bonda selesai makan dan tolak kerusi roda bonda dan sesi menonton dan berborak dengan bonda.

Jam 12 tengahari, masa untuk bonda makan dan rutin umi mengemas rumah bonda, angkat baju dan melipat baju sambil berborak dan menonton dengan bonda.

Lepas solat Zohor, umi dah siap sedia untuk balik bergantung lewat atau awalnya KN sampai rumah bonda. 

Rutin bila sampai rumah tu pastinya ke dapur untuk memasak, makan nasi lepas solat Asar dan reha sambil umi siapkan artikel di blog.

Lepas solat Maghrib, umi akan bersiap untuk ke rumah bonda sebab turn menginap dan take over tugasan dari Kak Ndak.



Hari Rabu

Memandangkan umi menginap di rumah bonda, jadi urusan mandi atau lapkan bonda memang tugasan umi dan kemudian sediakan breakfast hinggalah makan tengahari bonda.

Kalau tahun lepas dan awal tahun ni, umi akan bantu bonda ke bilik air untuk mandi tapi selepas beberapa kali bonda jatuh, dan struggle teruk untuk bangun dari tandas ke kerusi roda sampai hilang imbangan, jadi umi ambil keputusan untuk hanya lapkan badan bonda di katil. Lap yang seakan mandi sampai basah lapik tilam. 

Mulanya rasa macam kesian bonda tak mandi tapi dari terjadi kecederaan pada bonda, terpaksa umi redha tapi bonda akan mandi setiap pagi Selasa, pagi Khamis pula Kak Uda mandikan dan kadang kala adik akan datang waktu petang untuk mandikan bonda.

Lauk makan tengahari selalunya umi bawa sekali pada waktu umi jadi hanya perlu panaskan atau kalau tiada lauk, umi order online je which is jarang sebab umi sendiri tak puashati dengan masakan orang lain.

Seperti hari-hari biasa, umi akan tunggu Kak Ndak sampai sebelum umi bergerak balik ke rumah. KN pula akan tunggu sampai Kak Uda datang untuk menginap dan ambil alih tugas sehingga pagi Khamis.



Hari Khamis

Pagi Khamis seawal 0815 pagi umi dah sampai rumah bonda. Selalunya Kak Uda yang menginap waktu malam akan mandikan bonda dan bagi bonda breakfast, kemudian baringkan bonda di katil sampailah umi datang. 

Bila sampai, umi akan settlekan kerja membasuh pakaian, kemas rumah bonda dan siapkan lauk tengahari.

Kadang kala umi akan letakkan bonda di kerusi roda seawal jam 11 pagi atau jam 12 dah bagi bonda makan tengahari.

Lazimnya Kak Ndak akan sampai sebelum jam 2 petang dan bonda pun dah selesai makan nasi dan makan ubat serta umi bagi bonda tengok tv AlHijrah atau Astro Oasis.

Seperti biasa, KN akan take over jaga bonda hinggalah umi sampai selepas Maghrib untuk overnite.




Hari Jumaat

Rutin hari Jumaat sama seperti seperti hari-hari biasa cuma bab mandi atau lapkan bonda tu jadi tugasan umi. Dan Jumaat ni KN akan datang sebelum jam 1 tengahari dan umi pulak bak lipas kudung bila sampai rumah untuk siapkan lunch untuk habibi yang akan balik lepas solat Jumaat.

Jadi hari Jumaat adalah hari bertugas akhir umi untuk minggu tu. KN akan jaga bonda sampailah Abag Ngah datang untuk bermalam di rumah bonda.

Jadi kalau nak balik kampung, memang boleh hari Jumaat petang dan balik ke KL pada hari Isnin. Kalau hari Isnin tu umi tak boleh caretake bonda, maka Chef Ross akan ambil alih.


Ya, adik beradik umi memang ramai tapi kakak-kakak dan abang umi menetap agak jauh dari rumah bonda dan hanya boleh cover waktu malam di hujung minggu. 

Sama juga bila perlu bawa bonda untuk pemeriksaan di Hospital Tunku Mizan, umi dan KN perlu ada sama dan adik pula akan hantar kami dan Klinik Kesihatan Setapak, hanya KN akan bawa bonda jumpa doktor dan dihantar adik. 

Kalau dulu bolehlah umi drive dan bawa bonda tapi sekarang bonda payah nak bawa diri dan perlu didukung adik untuk turun tangga dan usai selesai, dia akan jemput dan dukung bonda balik ke rumah bonda.


Hari Sabtu

Hari Pasar dan hari untuk kemas rumah dan hari rehat serta hari untuk selesaikan tugasan edit video, blog dan hari memalaskan diri. 

Selalunya hari Sabtu, umi ok untuk keluar cuci mata tapi kalau boleh memang nak duduk rumah saja sebab rasa banyak benda boleh dibuat di rumah sendiri.

Kalau dulu, setiap malam Sabtu umi ke rumah bonda, tapi sejak rutin setiap hari berubah, memang jarang atau tidak kecuali ada hal penting sebab sejujurnya memandu setiap hari walau jarak dekat tu memenatkan.


Hari Ahad

Hari relax? tidak sebenarnya sebab banyak benda nak boleh dibuat dan jadi suri rumah sepenuh masa yang sebenar-benarnya.


Kalau dulu, Sabtu dan Ahad memang tak relax sebab umi akan pastikan lauk tengahari bonda dimasak dan dihantar tapi sejak PKP rutin pun dah berubah.


Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, waktu lunch memang ikut masa, jadinya petang pasti ada dessert, bihun atau pasta untuk makan malam.

Jarang umi nak keluar hari Ahad sebab esoknya hari Isnin dan rutin akan kembali seperti biasa. a

Akhir Kata


Hujung minggu memang umi perguna sebaiknya untuk keluarga sendiri dan bermanja dengan habibi. Ya lah kan, dia dah bagi keizinan untuk ke rumah bonda setiap hari dan menginap 2 kali seminggu tu, jadi hujung minggu adalah hari untuk borak, lepak dan duduk dekat dengan kekasih hati.

Alhamdulillah, bonda memang uzur tapi boleh makan sendiri walau terkadang kena bertegas sebab bonda cepat letih dan asyik minta untuk tidur walau dia tak tidur pun. Kalau dibaringkan bonda akan kerap panggil adik dan cucu-cucunya.


Bila usia semakin banyak, pemikiran mereka pun terkadang seakan anak-anak, kerap lupa, kerap seakan hayal dan percakapan pun perlahan.

Memang penat dan melelahkan tapi jaga orang tua yang uzur ni kita perlu sabar, perlu banyak beristigfar dengan karenah mereka.

Mujur juga selera bonda kira ok walau kekadang kena tegas untuk suruh bonda habiskan makanan sebab kalau tak makan nanti badan akan terus jadi lemah.

Jadi sesiapa masih punya ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya dan kita sendiri perlu belajar sebagai persediaan kita di hari tua kelak.

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah
    Bagus sepakat adik beradik menjaga ibu yang tua dan uzur

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ibu puan nampaknya masih sihat, walaupun segala keperluannya perlu dijaga. Dan syukur, adik beradik semuanya berpakat jaga ibu. Semoga Allah berkati puan sekeluarga 🤲

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, suami memahami & adik-beradik saling membantu...semoga dipermudahkan urusan Umi...ibubapa tiada galang ganti..

    ReplyDelete
  4. semoga umi terus kuat .semoga habibi mendapat pahala juga utk keizinan nya...semoga linda pun diberi kekuatan yang sama sekiranya di uji begitu...aamin

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!